Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-05-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
RaihanFan: 18 hari yang lalu

Maniskan wajah, lembutkan lidah
 Posted on Ahad, 03 Ogos 2003 @ 15:44:56oleh Hanan
Umum pokjak menulis assalamualaaikum

Mari kita lihat satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. tentang hal ini. Setelah semua wanita berkumpul di Baabun Nisaa', Rasulullah s.a.w. datang dan memberi salam, "Assalamualaikum.PERKAHWINAN anda dikira masih awal jika usianya baru mencecah setahun meskipun anda telah pun bergelar ibu ataupun ayah. Pada masa yang begini, pastinya kebanyakan anda sedang dibungkus nikmat hidup berumah tangga. Anda bersama suami sedang merealitikan impian-impian yang sebelum ini hanya berlegar dalam imaginasi. Bahagia rasanya.

Namun, tidak kurang juga pasangan-pasangan yang sedang dihimpit kesusahan, maklum awal perkahwinan biasanya perlu banyak berkorban. Kewangan selalunya menjadi masalah utama. Jika anda dalam situasi kedua, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ramai lagi orang di luar sana sedang bergelut dengan kehidupan mereka. Barangkali lebih teruk daripada apa yang anda alami.

Dalam situasi kedua, tidak usah tercari-cari kekurangan suami. Begitu jika anda seorang suami, usah dibangkit-bangkitkan kekurangan isteri. Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Terima seadanya dan lakukan perubahan berdikit-dikit tapi berterusan (istiqamah). Dalam masa yang sama, banyakkan mendalami agama untuk mengetahui lebih banyak rahsia kehidupan dan apa-apa yang dijanjikan ALLAH terhadap orang yang reda. Reda balasannya Syurga, tidak reda dan mengungkit-ungkit jawapannya neraka.

Mari kita lihat satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. tentang hal ini. Setelah semua wanita berkumpul di Baabun Nisaa', Rasulullah s.a.w. datang dan memberi salam, "Assalamualaikum. Wahai kaum wanita. Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka." Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Tidak, bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, iaitu kamu banyak mengutuk/menyumpah dan kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda mengingatkan supaya banyak beristighfar dan banyak bersedekah. Apa yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah?
Perbuatan ini mudah hingga kadang-kadang tidak sedar ia telah
dilakukan.

-Sumber majalah-
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

 

  Umum


Komen


"Maniskan wajah, lembutkan lidah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Maniskan wajah, lembutkan lidah
oleh munawwar pada Selasa, 05 Ogos 2003 @ 16:01:03
(Info AHLI)


Kalu bab2 ni kena kesabaran yg TINGGI..persediaan rapi pun perlu seblm tempuh alam walimah.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121814 saat. Lajunya....