Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 210
Ahli: 0
Jumlah: 210




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN MAJUSI
 Posted on Sabtu, 06 November 2010 @ 9:23:32oleh Hanan
Tazkirah seluar18 menulis Dalam suatu kisah pada zaman Nabi Ibrahim a.s., telah datang seorang Majusi ke rumah Nabi Ibrahim a.s. untuk meminta sedikit makanan dan menumpang tidur di rumah baginda. Sebelum baginda bersetuju menolongnya, baginda telah bertanya kepada Majusi tersebut, apakah agama yang dianutinya. Si Majusi pun menjawab, dia menganut agama Majusi. Apabila mendengar jawapan Majusi tadi Nabi Ibrahim pun tidak mahu menolongnya. Lalu Majusi tadi pun beredarlah.

Sebaik sahaja Majusi itu pergi, Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Ibrahim, kenapakah kamu tidak menolong Majusi yang dalam kesusahan tadi, sedangkan Aku telah memberi rezeki kepadanya selama 40 tahun walaupun dia dalam keadaan kufur kepada Aku.”

Mendengar wahyu tersebut, Nabi Ibrahim segera mencari semula Si Majusi lalu diberi pertolongan padanya. Majusi tadi merasa hairan melihat perubahan sikap Nabi Ibrahim, lalu dia pun bertanya:
“Tadi kamu telah mengusir aku, tetapi Kenapa sekarang kamu menjemput aku semula?”

Nabi Ibrahim pun menjawab:
“Aku telah ditegur oleh Tuhanku bahawa walaupun engkau kufur pada-Nya tetapi dengan kasih sayang-Nya, selama 40 tahun Dia tidak pernah lupa untuk menurunkan rezeki untuk kamu, tetapi Kenapa aku tidak dapat menolongmu ketika kamu memerlukannya?”

Mendengarkan hal itu, Majusi tadi terus mengucap syahadah kerana katanya:
“Tuhan kamu ada kasih sayang, tapi tuhan aku tidak ada kasih sayang.”

Begitulah Tuhan, walaupun hamba-Nya menderhakai-Nya, tetapi kasih sayang-Nya tetap melitupi semua makhluk-Nya.Oleh itu salah satu cara untuk mendapatkan rasa bertuhan ialah sentiasa mengenangkan kasih sayang Tuhan yang tidak terhingga. Nikmat oksigen, naik turunnya nafas, kerdipan mata, denyutan jantung, sudah cukup menjadi tanda-tanda kasih sayang dan tanda kebesarannya.

Bila mengenangkan kasih sayang Tuhan ini, sudah tentu rasa diri lemah. rasa-rasa inilah yang dikatakan rasa kehambaan. rasa kehambaan inilah yang akan mendorong untuk melaksanakan perintah Tuhan dan syariat-Nya.

 

  Tazkirah


Komen


"KISAH NABI IBRAHIM DENGAN MAJUSI" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: KISAH NABI IBRAHIM DENGAN MAJUSI
oleh MTMKi pada Ahad, 10 Mac 2019 @ 10:42:20
(Info AHLI) http://ikhwan-mtmk.blogspot.com/


بسم الله الرحمن الرحيم AKADEMIK THEIR CAN MUNAFIQ،NASAB THEIR CANT LIE. سبحان الله وبحمده العظيم..مشاءالله
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.151026 saat. Lajunya....