Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 10 hari yang lalu
lidah-penghunus: 12 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu

Mana Satu Pilihan Hati
 Posted on Sabtu, 20 Disember 2008 @ 4:40:55oleh simpLe_sHida
Umum ombaklaut menulis Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Renung-renungkan dan selamat beramal...

"The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be. Because of You!!!.."

from: Tmn2Syurga

 

  Umum


Komen


"Mana Satu Pilihan Hati" | Login/Mendaftar | 13 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh naruto-san pada Ahad, 21 Disember 2008 @ 18:20:38
(Info AHLI)


satu karya yang sangat HEBAT!!!

sesuai dijadikan panduan buat pemuda pemudi Islam yang sekarang terawang2 mencari pintu penyelesaian.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh syahidatul pada Ahad, 21 Disember 2008 @ 21:47:36
(Info AHLI) http://atashi-ws.blogspot.com/
elok dibaca selalu untuk peringatan kita di sepanjang usia...

terima kasih di atas karya ini. menarik :-)
]


Mana Satu Pilihan Hati
oleh addean7469 ([email protected]) pada Selasa, 23 Disember 2008 @ 22:17:03
(Info AHLI)
tidak berpuitis, tetapi mesej yang disampaikan amat mudah difahami.

yang bisa saya katakan, sesuai dengan kata-kata ALLAH. seperti didalam surah an-nur : lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. :-)

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH ra, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI ra...
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh ika2410 ([email protected]) pada Rabu, 24 Disember 2008 @ 0:14:25
(Info AHLI) http://ayu-pilihanku.blogspot.com/
assalamualaikum...

ye ana setuju dengan artikel ni...
cintailah seseorang itu kerana Allah s.w.t..
oleh itu seandainya berlaku perpisahan..
hati akan redha menerimanya...
justeru carilah pasangan yang mencintai kita kerana Allah s.w.t.
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh atiey87 pada Rabu, 31 Disember 2008 @ 16:02:32
(Info AHLI)
sangat menyentuh hati... Cinta kepadaNya satu-satunya cinta yang paling agung...
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh affenry pada Jumaat, 02 Januari 2009 @ 23:23:11
(Info AHLI)
sesuai kalau dijadikan pedoman kepada sesiapa yang dalam proses mcari jodoh.
juga bagus bagi mereka yang dah pts tunang macam saya ni....
hehehehehehehehe
boleh dijadikan pngajaran agar kita lebih bhati2 dalam memilih jodoh.......
bnikah bukan untuk sehari dua
tapi sepanjang kita hidup ni.....
]


Mana Satu Pilihan Hati
oleh qudwah ([email protected]) pada Isnin, 05 Januari 2009 @ 18:49:08
(Info AHLI)
satu kisah yang boleh dijadikan panduan...penuh dengan makna yang mendalam...
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh kayu_Manis86 pada Jumaat, 09 Januari 2009 @ 11:02:26
(Info AHLI)
Best artikel ini..saya setuju bila penulis kata yang keikhlasan kita akan nampak juga tanpa perlu ditonjolkan..Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu dan apa yang ada dalam hati setiap insan..tak semestinya bila kita cinta pada seseorang maka kitulah jodoh kita..Apa pun,bila baca artikel ni barulah saya sedar tentang hakikat cinta dan memiliki..betapa besar perbezaan antara keduanya..cinta tak semestinya memiliki..
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh pu3_raudhah pada Jumaat, 16 Januari 2009 @ 7:51:16
(Info AHLI)
karya yang sangat mnyentuh hati..bez sangat...
dapat sedar btapa Allah tu lagi berhak untuk dcntai daripada makhluknya...
nak minta izin untuk copy...thank you
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh ikrimah ([email protected]) pada Ahad, 18 Januari 2009 @ 20:04:35
(Info AHLI)
tiada ungkapan lain yang boleh diungkapkan...
melainkan memang betul...kasih sayang kerana Allah adalah di antara salah satu cabang kemanisan iman..

Wallahua'lam...
]


Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh ANSHU pada Jumaat, 23 Januari 2009 @ 14:30:30
(Info AHLI)
subhanallah...indahnya cerita ni...mudah-mudahan ada cinta sebegitu dalam dari sendiri..berilah aku ruang untuk mendekatkan diri kepadamu ya Allah..bimbinglah aku supaya aku tak terpesong ke landasan yang berteraskan nafsu semata..amin
]

Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh miss_nuyu ([email protected]) pada Selasa, 20 Januari 2009 @ 12:00:21
(Info AHLI)


emm..
cinta ni bahaya...
kalau silap sikit,habis lah...
harap-harap cinta 2 datang lepas kesusahan yang dihadapi sekarang..
tak sedia lagi terima cinta...
karya 2 beri banyak pengetahuan...
syukran..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Mana Satu Pilihan Hati
oleh syift (spam proor) pada Rabu, 28 Januari 2009 @ 16:25:59
(Info AHLI) http://www.myspace.com/sleepy_eyes/


sebak saja rasa baca...banyak pengajrn...
pengalaman banyak mmberi erti kehidupan..

:malu:
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.189658 saat. Lajunya....