|
Sebab doa tidak termakbul
|
|
|
Posted on Jumaat, 20 Oktober 2006 @ 10:23:41oleh istisafa
|
|
|
eddyputra menulis IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:
# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.
# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.
# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.
# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.
# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.
# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.
# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.
# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.
|
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh lisa_solehah pada Isnin, 20 November 2006 @ 13:49:21
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/
doa adalah salah satu senjata buat umat Islam di dunia ini namun adakalanya kita putus harap dengan Allah swt. Kita leka bahawa kita seringkali melupakannya dikala kita berada dalam suasana gembira namun bila kesedihan, baru kita mengingati Allah swt dan bila doa kita tidak dimakbulkan-Nya, kita seringkali putus asa...itukah kita??? harap-harap itu bukanlah kita, dengan adanya tazkirah ini, diharapkan kita sedar Kenapa doa kita seolah-olah tidak dimakbulkan Allah swt namun kita harus ingat, doa yang tidak makbul di dunia akan membantu kita di akhirat kelak...
oleh umi_iium ([email protected]) pada Ahad, 17 Disember 2006 @ 3:21:31
(Info AHLI)
pastikan dalam keadaan bersih
hendaklah dalam keadaan berwudhu'
wajah menghadap kiblat
mengangkat kedua tangan dengan sedikit renggang antara keduanya
memuji Allah terlebih dahulu
selawat ke atas nabi
berkeyakinan Allah akan mengabulkan doa itu
merayu dan meminta pada Allah
menunjukkan kehambaan sepenuhnya kepada Allah
jangan melihat ke arah langit
berdoa dari lubuk hati
hendaklah menangis ketika berdoa
jangan berdoa bagi sesuatu yang mustahil
sebelum mengakhiri doa sekali lagi puji lah Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad
ucapkan amin