Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 245
Ahli: 0
Jumlah: 245




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Mahalnya syurga
 Posted on Jumaat, 20 Oktober 2006 @ 10:22:01oleh istisafa
Tazkirah shauqah menulis Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian
diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari.
Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?

Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di
dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

 

  Tazkirah


Komen


"Mahalnya syurga" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Mahalnya syurga
oleh mas2ra pada Rabu, 25 Oktober 2006 @ 14:28:35
(Info AHLI)


insyaALLAH, moga kita selalu bermuhasabah diri... strive for mardhatillah dan mahabbatillah... ALLAHuakbar...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Mahalnya syurga
oleh ulfah_widad pada Ahad, 10 Disember 2006 @ 14:31:31
(Info AHLI)


apapun yang kita buat jangan mengharap balasan dan pujian..lakukanlah kerana Allah...jika sebaliknya, kelak kita kembali ibarat membawa tuaian yang telah tercicir akibat kelalaian diri sendiri...rasa sudah cukup amalan sedangkan ianya kosong..nauzubillahi min zaalik
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Mahalnya syurga
oleh sayatetapsaya pada Ahad, 07 Disember 2008 @ 21:45:34
(Info AHLI)


hmm..mahal sungguh harga syurga..andai tiada keredhaan Allah...terlalu mahal..sehingggakan kita memang langusng tidak layak untuk memilikinya hatta jika hanya diambilkira dengan harga sebelah mata, walaupun ibadah kita beribu tahun lamanya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083295 saat. Lajunya....