|
Lebih baik berdiam saja
|
|
|
Posted on Jumaat, 15 September 2006 @ 14:58:36oleh istisafa
|
|
|
ketenteramanku menulis Rasulullah s.a.w sedang duduk duduk bersama Sayidina Abu Bakar as Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa apa, lelaki itu menjadi semakin berang.
Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.
Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.
Akhirnya perlahan lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar lah.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?
Tidak, jawab Rasul sepatah. Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.
Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.
Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, Bagi kami amal amal kami dan bagimu amal amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang orang yang jahil. ( Al Qassas : 55 )
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh wardatuljannah ([email protected]) pada Jumaat, 15 September 2006 @ 18:09:22
(Info AHLI)
salam ukhwah...
subhanallah....maha suci Allah...
sesungguhnya setiap kesabaran itu adalah satu kemuliaan...
maka berbahagialah kepada mereka yang sabar dalam setiap dugaan hidup...
~moga kita semua mendapat petunjukNYA~
oleh nina_nur pada Jumaat, 15 September 2006 @ 18:59:12
(Info AHLI)
"SABAR ITU TIADA HADNYA"..
sebelum ni kita selalu cakap sabar itu ada hadnya..
jadi lecturer saya b`pesan spy kita b`sabar, kerana sabar tiada hadnya..
yang jelas, banyak hikmah jika kita mengamalkan sft sabar itu..
oleh azemi pada Isnin, 18 September 2006 @ 12:16:31
(Info AHLI)
Subnanallah..indahnya akhlak Islam..sama-sama kita ambil iktibar daripada. cerita yang sangat berguna ini..
Sememangnya apabila org tengah 'hot' dia berharap bahawa org yang dimarahinya akan memberi tindakbalas..ibarat menyiram minyak tanah ke atas api yang kecil..tapi bagi orang yang sabar, ibarat api dipadam dengan air yang sejuk dan menenangkan..api lawannya air..
Alhamdulillah..syukran sahabat ukhwah..
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Rabu, 20 September 2006 @ 9:57:12
(Info AHLI)
SEKADAR NASIHAT ORANG AGAR BERSABAR BOLEHLAH TAPI BILA DAH TERKENA kat DIRI SENDIRI...BARULAH TAU BETAPA IANYA TAK SEMUDAH yang DIUNGKAPKAN.
MUGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN ORANG yang BERSABAR...
oleh affenry pada Khamis, 19 Oktober 2006 @ 0:40:08
(Info AHLI)
salam..............
hehehehehehe..........
kan ke ketika marah tu syaitan akan mencurah minyak pada kita (menapi2 kan org yang marah) sehigga org tu lupa batas-batas seorang islam.....