Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 214
Ahli: 0
Jumlah: 214




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Al-Quran
 Posted on Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 11:17:17oleh istisafa
Tazkirah akhi_ahm menulis Wahai muslim dan muslimat sekelian...

Marilah kita bersama-sama kembali kepada Al-quran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Marilah kita kembali berpegang kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk panduan umat akhir zaman ini. Tidakkah kita lihat betapa umat masakini masing-masing semakin lupa akan kepentingan Al-quran dalam kehidupan seharian kita?

Kita semua sibuk dengan urusan dunia yang hanya melekakan kita dari mengingati Allah,kita sibuk dengan mencari keseronokan dunia yang tidak ada penghujungnya.
Tiada ruginya jika kita sentiasa membaca Al-quran, jika kita sentiasa mempelajarinya, jika kita sentiasa mengkajinya dan jika kita sentiasa mengamalkan apa yang terkandung didalam Kitabullah itu...

Ingatlah sabda Nabi tentang kepentingan membaca Al-quran yang maksudnya..

Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan saya lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari)

Dalam hadis yang lain,baginda juga bersabda tentang kelebihan mengajarkan Al-quran :

Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain.

Oleh yang demikian wahai insani...
marilah kita menyahut seruan Nabi kita..
marilah kita kembali kepada Al-quran ...
dengan membacanya,mengkaji dan mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain..

Sekian,salam ukhwah untuk semua.

 

  Tazkirah


Komen


"Al-Quran" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Al-Quran
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 12:55:05
(Info AHLI)


insyaALLAH... syukran jazilan akhi_ahm...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Al-Quran
oleh noorsyahadah (smiley_cute:)) pada Ahad, 20 Ogos 2006 @ 12:50:48
(Info AHLI)


kenyataan, semakin lama tempoh masa umat Nabi Muhammd s.a.w dtinggalkan oleh Nabinya, maka semakin leka dan alpa..melainkan merekayang benar-benar melakukan segala pesanan rasulullah yang mana Baginda telah tinggalkan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup..Bila tengok keadaan di Negara kita sendiri, hak agama Allah semakin terabai..amalan sekular dan liberialisme semakin tersebar...sedangkan Allah tidak menyuruh hambanya mengambil separuh sahaja dari agama, malah kita kena ikut semuanya..secara kesuluruhannya..Tapi bgaiaman kita nak ubah situasi ini agar tidak berlarutan..?? Semuanya terpulang kepada diri kita..andai kita benar-benar mahu menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, usahalah..bermula dengan diri kita..semoga Allah membantu..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Al-Quran
oleh qibtiyah (laksamu;laksakujua) pada Rabu, 23 Ogos 2006 @ 14:23:27
(Info AHLI)


insya-ALLAH
ana akan jadikan al-Quran
teman sejati sehidup semati...
insya-ALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Al-Quran
oleh musafir_solehah pada Isnin, 28 Ogos 2006 @ 2:14:50
(Info AHLI)


Jadikan Al-Qur'an sebagai teman
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Al-Quran
oleh nuraisha ([email protected]) pada Selasa, 29 Ogos 2006 @ 10:43:31
(Info AHLI)


semoga al-quran sentiasa ada dalam diri kita semua
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086738 saat. Lajunya....