Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 140
Ahli: 0
Jumlah: 140




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

IKTIBAR untuk SAHABAT semua...
 Posted on Jumaat, 02 Jun 2006 @ 11:30:15oleh istisafa
Semasa fir menulis Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka
terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan
soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat
dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya
mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah,
boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang.

Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.

 

  Semasa


Komen


"IKTIBAR untuk SAHABAT semua..." | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: IKTIBAR untuk SAHABAT semua...
oleh jejakaislam ([email protected]) pada Sabtu, 03 Jun 2006 @ 11:42:56
(Info AHLI)


alhamdulillah...padangan sahabat yang begini la patut kita puji...jangan la tengok orang pada luaran saja...

bersahabatlah dengan orang yang patut....berperang lah pada iblis laknatullah.........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: IKTIBAR untuk SAHABAT semua...
oleh PUTERI_FUZA ([email protected]) pada Ahad, 30 Julai 2006 @ 16:26:12
(Info AHLI)


bersahabatlah dengan semua... jangan memilih... tak ada faedahnya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: IKTIBAR untuk SAHABAT semua...
oleh maisarah_anisah pada Isnin, 14 Ogos 2006 @ 18:34:31
(Info AHLI)


sahabat yang baik bukan saja bertanya kabar, dan bertanya tentag hidup kita..
tapi yang paling penting mengingati kita dengan doanya dalam solat..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: IKTIBAR untuk SAHABAT semua...
oleh umaira_sutera pada Selasa, 22 Ogos 2006 @ 9:51:01
(Info AHLI)


SEBENARNYA MEMANG SUSAH NAK CARI SAHABAT yang SEBENAR-BENARNYA SAHABAT.KALAU ADA ANTARA KITA YANG DAH PUNYA SAHABAT SEJATI,MAKA PELIHARALAH PERSAHABATAN ITU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.SAHABAT yang BAIK ADALAH SAHABAT yang MENUTUP KEBURUKAN KITA DAN yang MENWAR-W
ARKAN KEBAIKAN KITA.
BAGI MEREKA yang TAK PUNYA SAHABAT SEJATI,CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SAHABAT KITA..DIA LEBIH BAIK DARI SERIBU SAHABAT yang BAIK.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.257951 saat. Lajunya....