Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Masakah pemisah antara kita?
 Posted on Isnin, 02 Januari 2006 @ 1:36:07oleh istisafa
Kenangan Tetamu menulis Entahlah, masa terlalu pantas berlalu hinggakan ana dapat rasakan betapa jauhnya kita terpisah. Bukan kerana jarak usia tetapi mungkin perjalanan waktu yang seringkali memangkah langkah untuk kita tetap bersama seperti dulu. Nyata memahamimu ana rasakan terlalu susah lantaran kesibukan rutin harianku sebagai seorang pelajar. Ana meredhai ketentuan tuhan yang relanya memisahkan kita sedang ku tahu betapa hangatnya api kerinduan yang membara dijiwa.

Budimu yang seindah santunmu tersimpan kejap didialam ingatan ku. Rasanya ingin saja kurakamkan kembali detik manis kita bersama walau jelas sudah wujud jurang yang terlalu curam dan dalam. Kau terlalu memahamiku, mengasihiku dan menerima kehadiranku seadanya walau secara zahirnya kau masih lagi memerlukan waktu.

Tiada yang seindah dari mengingati tuhan dan dirimu, kerana kutahu syurga dibawah tapak kakimu. Airmatamu adalah lukisan hatimu yang sebenarnya terguris, maafkan ana ibu kerana terlanjur hilang rasa kerinduan dan hilang rasa kasihku padamu walau ku tahu kau adalah segalanya untukku.

Kita pernah susah dulu dan kita tak akan susah lagi kalau ana berjaya kelak. Itulah ungkapan keramatmu yang lahir sebaik saja kakiku melangkah ke menara gading. Anggukkanku seakan memberi semangat kepadamu dan ana tahu akulah yang bakal mengubah impian itu menjadi realiti yang pasti. Namun disebabkan masa dan bebanan kerja yang kugalas cuma sedikit ruang dapat ku mengingatimu.

Pastinya kasihku akan mekar kembali, subur dan takkan terpadam sampai bila. Jika masa yang menjarakkan hubungan kita biarlah masa jua yang mendekatkan kita ibu, berilah ruang untukku rehat sebentar sebelum pulang membawa sebeban rindu kapadamu. Nantikan kepulanganku.

 

  Kenangan


Komen


"Masakah pemisah antara kita?" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Masakah pemisah antara kita?
oleh mellisaleez ([email protected]) pada Isnin, 02 Januari 2006 @ 15:34:30
(Info AHLI)


Tak terbalas jasamu ibu....
Dari kecil hingga ku dewasa kini, kau sentiasa memanjakan ku seperti anak kecil....terasa bahagia di sampingmu ibu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Masakah pemisah antara kita?
oleh hilmy pada Isnin, 09 Januari 2006 @ 0:13:48
(Info AHLI)


tak terbalas jase mu ibu..
who next your mother 2x..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Masakah pemisah antara kita?
oleh putra_adi ([email protected]) pada Sabtu, 14 Januari 2006 @ 17:37:38
(Info AHLI)


Terima kasih Bonda diatas segala baktimu terhadapku,tiada apa yang dapatku berikan kepadamu, hanya Allah akan membalas segala baktimu itu. aku berazam untuk membahgiakanmu kelak bila kaki ini menjejaki kembali tanah air tercinta dan akan ku bawa nur untukmu dan seluruh umat ini.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Masakah pemisah antara kita?
oleh maizan ([email protected]) pada Isnin, 16 Januari 2006 @ 19:11:41
(Info AHLI)


bukan masa tapi semuanya adalah qada' dan qadar dari Allah SWT...
bersyukurlah kepada sesiapa yang masih dapat menatap wajah ibu tercintaaaa....
selagi masih berpeluang untuk berbakti kepada ibu di dunia ini teruskanlah...insyaAllah bahagialah hidup kamu....
bagi sesiapa yang sudah tidak dapat menatap wajah ibu tercinta sematkanlah kenangan mereka diingatan kita dan sentiasalah memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya roh mereka sentiasa mendapat kerahmatan dan kemuliaan di sisi Allah SWT, diampuni segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Masakah pemisah antara kita?
oleh KIKO ([email protected]) pada Khamis, 06 Julai 2006 @ 13:05:57
(Info AHLI)


Sya sudah membaca article ni memang cukup bagus...sikit saja lah nak betulkan sikit k hehe jangan semput yak bila nak tulis tu...vote u 3 bintang...tingkatkan lagi...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080651 saat. Lajunya....