Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 283
Ahli: 0
Jumlah: 283




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Cerpen: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]
 Posted on Selasa, 30 Ogos 2005 @ 14:20:30oleh Kang
Karya cahaya82 menulis Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Ikhwan. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan qurratu ain yang cukup bermakna buat suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak.Mana mungkin untuk menolak takdir yang ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali lagi Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Aliya selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.

“Ya Allah, tabahkan hati ini…….”Aliya merayu dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapi ujian ini.Aliya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita itu.
    “Aliya, Kenapa ni? Abang rasa dari tadi isteri abang menangis”?Zahid yang baru sahaja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.
    “Abang…..tadi Doktor Ikhwan telefon. Dia nak cakap dengan abang..Tapi Aliya bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita!”
    “Berita? Berita apa ye?”
    “Abang..,Aliya di dalam sedu cuba mencari kekuatan diri untuk mengungkap khabar.
    “Doktor Ikhwan mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Aliya tak mampu mengandung bang!!”Aliya menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangisan yang semakin kuat.
    “Innalillahi wainna ilahiraji’un”Zahid mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Aliya pasti suaminya turut menangis.
    Rumahtangganya cukup bahagia . Malah tiada siapa pun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya adalam diam Aliya turut menyimpan kasih yang terpendam. Aliya, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapamenduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Zahid. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah S.W.T mempertautkan antara dua hati, Zahid dan Nur Aliya.
    Masih terbayang jelas di ruang fikiran Aliya, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Zahid,insan yang kini menjadi bergelar suami buat dirinya,
Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Zahid, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Zahid melakukan langkah yang lebih drastik apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya. Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampong, mereka bergelar suami isteri yang sah.
    Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikan bunga-bunga yang kembang mekar disirami dengan titisan-titisan hujan di malam hari. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.
    Aliya akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Zahid baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Zahid meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Zahid. Aliya akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Zahid.
    Namun dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambanya. Bumi yang mana tak akan ditimpahujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian.
Sepanjang lima tahun perkongsian hidup dengan Zahid, merekatidak dikurniakan cahaya mata. Aliya sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain di hadapan rumahnya. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Zahid sering kali bijak memainkan emosinya, “kalau dapat anak, mana mungkin lagi kita dapat berpimpin tangan seperti ini…..”
    Aliya sering tersenyum apabila mendengar gurauan Zahid sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Zahid seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor…….
    “Aliya sudah yakinkah keputusan ini?”. Zahid meminta kepastian dari isterinya.
    “Aliya yakin bang……Aliya sudah istikharah…Aliya yakin, inilah pengorbanan Aliya untuk abang!”
    “Aliya, abang tidak perlukan satu lagi sayap. Cukuplah Aliya sayap kiri abang dalam perjuangan…..”
    “Abang, tapi abang perlukan zuriat . Aliya tak mampu nak berikan abang zuriat!” Lemah suara Aliya sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik- manik halus mulaberkumpuldi kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.
    “Aliya…..”Zahid menggenggam erat tangan isterinya.
    “Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang dalam melayari hidup ini. Abang kasihkan Aliya, dan selamanya kasih tak akan berubah. Ingatkah dulu, kita pernah berjanji, kasih kita tak akan terlerai, selama-lamanya,kan? Kecuali kita berpisah kerana kematian…kan?Aliya masih ingat?

 

  Karya


Komen


"Cerpen: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]
oleh farhanna pada Khamis, 15 September 2005 @ 9:37:45
(Info AHLI) http://www.farhanna.blogdrive.com


berila kasih sayang yang setulusnya pada seorang insan yang bernama wanita.... letaklah wanita itu di atas, jangan dihinakan dirinya, Kerana wanita yang soleh itu lebih tinggi martabatnya berbanding seorang lelaki.... ye, ke dah kahwin???? or isteri orang yang ketandusan kasih sayang... maaf ye bukan nak sibuk. Sesajer sekadar ingat mengingati... wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]
oleh farhanna pada Khamis, 15 September 2005 @ 9:54:01
(Info AHLI) http://www.farhanna.blogdrive.com


Assalamualaikum....

Alia, berusahalah jaga suami awak??? agar dia sentiasa menyayangi awak, pujuk lah suami awak agar tidak berubah hati. Even, kami perberkasih sebelum awak... sesungguhnya, i redha kehendak ilahi dia bukan milik i, i dah menerima hakikat tu dengan hati yang terbuka. Cuma satu pinta i, tolong nasihatkan suami u jangan kacau hidup i lagi, jangan fitnah i lagi... antara i dan dia, i dah anggap dia dah beristeri dan tak mungkin akan mengganggu kebahagiaan u berdua. Tolong bagitau dia... hadapi lah kenyataan. Mungkin ini semua adalah takdir yang tertulis oleh Allah dia bukan jodoh ana. Beberapa tahun ana menanggung fitnah masyarakat yang kononnya ana seorang yang curang. Cuba, awak amati. i need my own privacy in my life... i will owez pray for him in harmony life for the future...

wassalam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]
oleh farhanna pada Khamis, 15 September 2005 @ 10:03:14
(Info AHLI) http://www.farhanna.blogdrive.com


Kenapa PERLU MENGANGGU HIDUP ORANG LAIN??? Kenapa??? cinta itu sudah lama berlalu....... Kenapa perlu nak jadik wedding planner kat orang pulak??? siap, nak sediakan calon untuk orang pula??? bukankah i dah punya hak untuk memilih siapa yang i suka dan sayang. Bukankah i juga punya hak asasi??? Kenapa??? Kenapa perlu turun naik rumah orang or pejabat orang semata-mata untuk menabur fitnah. Ana dah cukup baik, ana sanggup dihina & dikeji untuk menutup keaiban orang lain... DI MANA KEADILAN DUNIA??? MANA???? tak hairan jika doa ana makbul, tak hairan kalau sumpah ana makbul

wassalam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [1]
oleh nawzah pada Isnin, 12 Februari 2007 @ 8:13:13
(Info AHLI)


Subhanallah....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079614 saat. Lajunya....