Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 213
Ahli: 0
Jumlah: 213




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Erti rakan kongsi hidup..
 Posted on Khamis, 04 Ogos 2005 @ 22:13:30oleh Hanan
Tazkirah Franz menulis Oleh Saodah Abd. Rahman

Perkahwinan ialah salah satu daripada fitrah kehidupan manusia di dunia ini. Ikatan perkahwinan sering dikaitkan dengan bisikan hati dan perasaan halus yang wujud dalam sanubari manusia.

Perasaan begini terlalu sukar untuk difahami oleh individu lain kerana perasaan ingin berkongsi kehidupan dengan individu yang berbeza fizikal dan perasaan hanya terukir apabila gerakan dan bisikan hati mendesak individu tersebut melakukannya.

Islam mengharamkan ibu bapa memaksa anak berkahwin dengan orang yang tidak disukai olehnya.

Ini disebabkan perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada manusia yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hatinya. Ini adalah satu asas utama dalam pembinaan perkongsian hidup antara lelaki dan wanita.

Apabila wujud perasaan cinta yang mendalam, lelaki dan wanita sanggup mengharungi bahtera kehidupan walaupun dalam kesukaran.

Kesabaran, pertimbangan akal yang rasional dan kesedaran dalam memegang amanah Allah adalah asas didikan Islam dalam pembinaan rumah tangga.

Konsep hidup mawaddah warahmah (kasih sayang) yang wujud dalam diri manusia tidak perlu kepada kursus dan ilmu yang tinggi. Ia adalah bisikan hati yang menyenangkan perasaan manusia yang berkongsi hidup dengan rakan yang berbeza jantina.

Oleh itu tidak ada sebarang petua yang ideal berhubung kait dengan perkahwinan kerana ia berkaitan dengan perasaan hati.

Terdapat kes di mana pasangan yang cacat anggota badan - bahagia dalam kehidupan berumah tangga walaupun salah seorang daripada mereka memerlukan banyak pengorbanan dalam kehidupan bersama.

Suasana begini wujud disebabkan oleh perasaan kasih sayang yang mendalam hingga membangkitkan semangat ingin berkorban.

Dalam soal perkahwinan, Allah meminta manusia supaya menanamkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan sabar. Ini disebabkan sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan bisikan hati tidak dapat dizahirkan dan dinyatakan kerana ia merupakan perkara yang amat sukar untuk difahami.

Bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga, Allah dan rasul menyeru umat Islam supaya mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan.

Keimanan dan ketakwaan yang tinggi adalah penawar yang paling mujarab untuk mewujudkan perasaan belas kasihan, kesabaran dan penderitaan dalam hidup berumah tangga.

Perkahwinan dalam Islam didasarkan pada perasaan indah dan kerelaan memegang amanah Allah dalam pembentukan dan perkembangan umat manusia.

Apabila lelaki dan wanita memahami konsep perkongsian hidup berdasarkan pelaksanaan amanah, maka umat Islam akan kurang prihatin terhadap penderitaan batin dan kehendak hawa nafsu yang boleh meruntun seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika perkahwinan dan pelaksanaan amanah Allah.

Panduan yang dikemukakan oleh Allah di dalam al-Quran dalam soal perkahwinan lebih menumpukan perhatian kepada konsep menanggung amanah dalam memelihara isteri dan anak-anak. Allah cuba membuka minda umat Islam supaya mengimbangi kehendak hawa nafsu dengan pemikiran yang rasional.

Allah menciptakan manusia dengan hawa nafsu bertujuan untuk memperkembangkan umat manusia kerana matlamat manusia diciptakan adalah untuk menjadi hamba dan khalifah-Nya di dunia ini.

Hubungan antara suami dan isteri adalah perkara yang terlalu rahsia dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Allah meminta pasangan yang berkahwin supaya bersabar, bertolak-ansur serta berkorban demi kebaikan diri mereka dan juga anak-anak.

Allah juga menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah perkahwinan di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. menjadi contoh teladan kepada umat Islam dalam urusan rumah tangga.

Perceraian diizinkan apabila keadaan rumah tangga tidak boleh dipulihkan lagi. Allah juga menunjukkan cara-cara yang baik untuk bercerai.

Orang yang paling bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga ialah ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang akrab bagi pasangan tersebut.

Apabila Allah menjelaskan bahawa ahli-ahli keluarga bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga, maka umat Islam perlu memahami soal rumah tangga, perceraian dan sebagainya bukan dapat diselesaikan dengan formula-formula yang berasaskan kepada andaian dan pemikiran manusia yang berbeza-beza corak hidup dan latar belakang.

Setiap pasangan hidup mempunyai perasaan, corak pemikiran dan persepsi berbeza. Oleh itu orang yang paling bijak dan warak pun tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan perkahwinan orang lain kerana perasaan manusia berbeza antara satu sama lain berdasarkan pada berlainan latar belakang, pendidikan dan pendedahan.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta umat Islam supaya melihat isteri atau suami sebagai rakan perkongsian hidup. Jika rumah tangga yang dibina itu dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan hidup maka itu merupakan kebahagiaan yang perlu diteruskan.

Jika perkahwinan itu merupakan satu penderitaan batin maka perpisahan dibenarkan secara hormat dan dirahmati.

* dari. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

  Tazkirah


Komen


"Erti rakan kongsi hidup.." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Erti rakan kongsi hidup..
oleh azzahrah pada Rabu, 17 Ogos 2005 @ 21:48:43
(Info AHLI) http://-


" Ya Tuhanku..temukanlah aku suami yang soleh yang meminang dan mengahwiniku serta menjadi sahabatku di dunia dan di syurga.."
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Erti rakan kongsi hidup..
oleh nurul_huda3110 pada Selasa, 30 Ogos 2005 @ 10:32:12
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


ana sentiasa berdoa semoga hubungan kekeluargaan ana dan sahabat2 sekalian serta seluruh muslimain dan muslimat diberkati ALLAH swt dan berkekalan hingga ke syurga...
dijauhkan dari segala musibah.dan sentiasa dalam redha ALLAH..
"alangkah indahnya jika semua manusia menghargai kasih sayang yang dikurniakan ALLAH dan dipraktikkan dengan cara yang dibenar.."
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078275 saat. Lajunya....