Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
 Posted on Sabtu, 14 Mei 2005 @ 3:26:19oleh littlemuslimah
Tazkirah meow menulis Kita hidup di dalam dunia ini penuh dengan bermacam jenis rupa perangai manusia. Tak dapat kita nafikan kehadiran mereka, malah kita juga menjadi salah satu daripada watak-watak lakonan di pentas dunia. Hari ini mungkin kita melihat manusia lain, dan esok pula kita menjadi perhatian orang lain. Bermacam-macam karakter manusia yang dapat kita temui. Sekeliling kita sahaja bukan seorang dua, malah beribu karakter yang telah kita temui.

Kita hidup di dalam dunia ini penuh dengan bermacam jenis rupa perangai manusia. Tak dapat kita nafikan kehadiran mereka, malah kita juga menjadi salah satu daripada watak-watak lakonan di pentas dunia. Hari ini mungkin kita melihat manusia lain, dan esok pula kita menjadi perhatian orang lain. Bermacam-macam karakter manusia yang dapat kita temui. Sekeliling kita sahaja bukan seorang dua, malah beribu karakter yang telah kita temui. Saya hendak bawakan dua karakter berbeza antara dua orang sahabat saya. Seorang dari mereka merupakan anak datuk. Berasal dari keluarga kaya raya, tiada masalah kewangan. Manakala seorang lagi datang dari keluarga kurang berada, keluarga nelayan dari Perak dan kadang-kala menghadapi kesulitan kewangan. Si anak datuk, Si S, menerima kehidupan sebagai suatu yang mudah dan senang baginya. Tidak perlu banyak memikirkan masalah, malah mampu menghadapi segala kesulitan hidup sebagai pelajar dengan wang ringgit. Si S mampu memiliki kereta sendiri ketika baru di tahun 2 pengajiannya. Tinggal di rumah sewa bukanlah masalah baginya, sewa bulanan rumahnya tiada pernah tertangguh. Pulang bercuti dengan Penerbangan Malaysia (MAS) bukan lagi AirAsia. Setakat hujung minggu terasa di hati hendak pulang ke rumah, boleh sahaja. Tiada masalah. Manakala seorang lagi sahabat saya, si H, adalah seorang yang sangat berhati-hati di dalam menguruskan kehidupan belajarnya. Wang biasiswa yang diterima digunakan dengan penuh hemat. Jangan fikirlah hendak pakai kereta sendiri, telefon tangan pun tidak dimilikinya. Hanya setelah mengumpul wang beberapa tahun, barulah merasa telefon tangan sendiri. Harapan selalunya dapat tinggal di dalam kolej kediaman pelajar lantaran tidak mampu menyewa di luar. Kadangkala, mengikat perut untuk mengumpul wang membeli buku rujukan. Pulang bercuti hanya pada hari raya. Tiada mimpi hendak pulang di hujung minggu seperti si S. Namun, Allah itu Maha Adil. DijadikanNya si S seorang yang pemurah. Sentiasa membantu kawan-kawan yang tiada berkemampuan. Setakat hendak menumpang kenderaan ke kuliah atau ke bandar, bila-bila masa sahaja boleh dibantu. Kalau setakat kekurangan wang untuk makan tengahari, sepuluh dua dihulur sebagai pemberian biasa sahaja. Jangankan wang, bantuan lain-lain seperti pelajaran juga tidak ketinggalan. Akhirnya, si H berjaya dan si S juga berjaya. Menghadapi hari-hari bersama dan bakal menamatkan pengajian tidak berapa lama lagi. Sungguh pun si H tidak mampu dari segi kemewahan, ada juga bantuan lain yang disumbangkan pada si S. Ketika di dalam kesedihan dirundung malang, si H menghadiahkan kegembiraan buat temannya. Nasihat dan tegurannya membetulkan langkah si S yang bengkok. Biar pun bukan kemewahan yang diberikan tapi ianya suatu yang berharga bagi sebuah persahabatan. Kesimpulannya, setiap insan dilahirkan Allah ke dunia ini dan diberikan pelbagai rupa perangai. Tujuannya adalah untuk sama bantu membantu. Setiap manusia ada keurangannya; maka kekurangan itulah yang akan ditampung oleh insan lain untuk menjadikan kita sempurna. Kelebihan yang Allah berikan pada kita adalah sebahagiannya milik teman kita yang lain. Dijadikannya amanah Allah pada kita untuk ditunaikan pada masa dan ketika yang sesuai. Benarlah kata-kata bahawa manusia tidak ada yang sempurna.

 

  Tazkirah


Komen


"Kekurangannya adalah amanah Allah padamu" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh salimahbreepbreep pada Ahad, 15 Mei 2005 @ 13:43:00
(Info AHLI) http://www.yahoo.com


Masyaallah... hidup ini bukan demi wang ringgit...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh comel pada Rabu, 18 Mei 2005 @ 10:49:00
(Info AHLI)
Subhanallah....sesungguhnya Dia maha mengetahui tiap sesuatu yg diciptakan-Nya. Dunia ini serba lengkap kepada umat-Nya..tapi kita perlu pandai utuk mencari 'PELENGKAP TERBAIK SEPERTIMANA YG DIKEHENDAKI OLEH-NYA.

Mudah-2an kita semua mendapat petunjuk dan rahmatdr Nya. Insya-Allah.
]


Re: ALLAHUAKBAR....
oleh viviana pada Khamis, 30 Jun 2005 @ 14:42:53
(Info AHLI)
Kita manusia biasa yang tidak memiliki sifat ma'sum...
kita tdk seperti kekasih ALLAH yang hebat peribadi nya...
tapi, kita blh berusaha ke arah itu...
]


Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh cahaya_syahadah ([email protected]) pada Jumaat, 22 Julai 2005 @ 0:27:28
(Info AHLI)
asalamualaikum
ana rasa memang begitu. sahabat akan sering lengakp melengkapi ingat mengingati. sukar nak cari sahabat sebegini. nak cari sahabat yang baik kena jadi shbt yang baik dahulu. ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah bertemu menambahkan ketaqwaan kepada Allah berpisah tiada gelisah. seperti shbt ana arwah fara sentiasa di hati lantaran ukhwah terjalin menjadi asbab untuk lebih mencari jalan mendekatkan diri kepadaNya.
]

Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh Tetamu pada Rabu, 20 Julai 2005 @ 17:47:51


no komen
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh nur_solyHAH1107 pada Rabu, 24 Ogos 2005 @ 17:01:40
(Info AHLI)


CIPTAAN ALLAH SUNGGUH UNIK.ALLAH CIPTAKAN SESUATU DENGAN TERATUR DAN MENGANDUNGI HIKMAH DIDALAMNYA..
TERHARU MEMBACA jalan CERITA TADI...BAHAGIANYA KEDUA2 SAHABAT ITU...MESKIPUN ada KEKURANGAN...SAHABATNYE SUDI MENAMPUNG KEKURANGAN ITU BERSAMA..

TAPI,MASIHKAH ADA LAGI SAHABAT PERSIS ITU??????
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh awan_biru85 pada Sabtu, 30 Disember 2006 @ 10:38:34
(Info AHLI)
bagus benar karya ini, emm ada lagi karya serupa ini
]

Re: Kekurangannya adalah amanah Allah padamu
oleh alexander pada Sabtu, 13 Januari 2007 @ 14:59:55
(Info AHLI) http://www.wardatulmusfirah.blogspot.com/


Assalamualaikum...


Manusia diciptakan untuk saling tolong ,menolong,bantu menbantu dan saling lengkap melengkapi....seandai diri lupa..ada yang mengingatkan..seandai diri lemah..ada yang menguatkan....alhamdulillah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142403 saat. Lajunya....