Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Khilafah Islam
 Posted on Ahad, 03 Oktober 2004 @ 14:29:31oleh Hanan
Tazkirah achik252 menulis “Dari Numan bin Basyir, ia berkata : Kami duduk-duduk di Masjid Rasullullah SAW. Basyir adalah orang yang tidak banyak bicara. Kemudian datang Abu Tsalabah seraya berkata, Wahai Basyir bin Sad, apakah kamu hafal hadits Rasullullah tentang para penguasa? Maka Hudzaifah tampil seraya berkata. Aku hafal khutbahnya. Lalu Abu Tsalabah duduk mendengarkan Hudzaifah berkata : Rasullullah SAW bersabda : Muncul kenabian di tengah-tengah kamu selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendaki.

Kemudian akan muncul khilafah yang sesuai dengan system kenabian selama mana yang dikehendaki Allah, kemudian Ia kan mencabutnya selama mana Ia mengkehendakinya, kemudian akan muncul raja yang menggigit selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian muncul raja dictator selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia mengkehendakinya. Kemudian akan muncul (lagi) khilafah sesuai denagn system kenabian. Kemudian beliau diam.”
(Riwayat Hidzaifah bin Al- Yamani)


Mengenai hadis ini bahagian pertama dan kedua cukup jelas, iaitu saat Nabi masih hidup dan kemudian diganti dengan Khalifah Abu Bakar, Umar ibn Khattab, Utsman ibn Affan serta Ali ibn Abi Thalib. Bentuk pemerintahan mereka ialah khilafah yang terpimpinsesuai denagn system kenabian. Akhirnya lembaran putih ini (masa khalifah rasyidin) diguling pada ketika seorang berdosa menikam dada Ali bin Abi Thalib ra.

Setelah itu, umat islam memasuki era pemerintahan baru dimana khilafah dijadikan barang warisan di antara Bani Umayyah di Syam. Pemerintahan Bani Umayyah sehingga zaman khalifah Utsmaniyah adalah zaman raja yang berkuasa. Pada tahun 1924, bahagian ketiga ini diakhiri oleh Dewan Nasional Turki yang menyatakan pembubaran dan penggulingannya.

Dengan demikian umat islam telah melampaui bahagian ketiga ini dari periodisasi pemerintahan yang diramalkan oleh Rasulllullah SAW tersebut.

Selanjutnya memasuli bahagian keempat, iaitu zaman raja dictator dalam bentuk pemerintahan tentera dan lain sebagainya yang kita lihat pada abad ini.Namun yang menjadi tanda tanya bilakah akan munculnya bahagian kelima? Iaitu zaman khilafah yang akan terbentuk semula sesuai dengan system kenabian. Zaman yang menjadi cita-cita seluruh umat islam. Kerana zaman inilah yang mengembalikan zaman kegemilangan islam.

Bila waktu wujudnya zaman ini bukanlah persoalan yang perlu dirunsingkan, apa yang pentingnya kita perlulah menggembelingkan tenaga bagi mencapai zaman kegemilangan islam tersebut sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasullullah SAW dalam hadis yang telah disebut tadi. Apabila usaha telah dijana maka yakinlah bahawa janji ini tidak akan dikhianati, Cuma masa yang akan menentukan tunainya janji kekasih Allah ini…Wallahualam…

 

  Tazkirah


Komen


"Khilafah Islam" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Khilafah Islam
oleh fahim pada Rabu, 01 Disember 2004 @ 11:12:03
(Info AHLI)


assalamualaikum.
mmg sah, kita tunggu je la. Klaw tak silap waktu khilafah period kelima tu dah banyak tanda-tanda besar berlaku kot...
Kalau tak silap, Kalau silap takut termenipu lak, kalau termenipu dosa la... Sebab tu ana kata kalau tak silap.
Sekian, wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.299261 saat. Lajunya....