Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

*Seenak Kata Setulus Bicara*
 Posted on Khamis, 15 Mei 2003 @ 23:23:43oleh Kang
Umum Tetamu menulis Hayatilah isi kandungan kata-kata hikmat di berikut ini

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana..
Ia akan sakit oleh kerana ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita
Selagi ia masih hidup


Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang..
Setelah ia mula menyayangi mu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali terus kamu tinggalkan begitu sahaja
Kerana..
Dia akan terluka oleh kenangan bersama mu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingati mu..


Jika kamu menadah air
Biarlah berpada..
Jangan terlalu mengharap takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluan mu!
Kerana..
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi..


Begitu juga..
Jika kamu memiliki seseorang
Terimalah dia seadanya
Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah untuk kamu menerimanya
Akhirnya dia, kamu tinggalkan..
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik..

Wallaahu'alam..

 

  Umum


Komen


"*Seenak Kata Setulus Bicara*" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: *Seenak Kata Setulus Bicara*
oleh hidayati_mamahafiy pada Khamis, 28 Julai 2011 @ 0:37:05
(Info AHLI)


Sedangkan jika kamu memaafkannya Boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109069 saat. Lajunya....