Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 86
Ahli: 0
Jumlah: 86




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Ghairah Melawan Gejala Futur
Disiarkan pada Ahad, 21 Mac 2004 @ 17:41:04 oleh Hanan

Tazkirah qurratulainin menulis: "Kita sedar bahawa gejala futur, atau lemah semangat dalam perjuangan, sering menimpa rakan-rakan para pejuang. Tidak dapat dinafikan bahawa futur boleh menghinggap siapa sahaja, pimpinan, pak kiyai mahupun ahli-ahli peringkat bawahan sehinggalah kepada pion-pion yang turut membantu gerakan Islam. Namun begitu, I’tibar sejarah telah banyak ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan baginda sehari-hari, juga turut menjangkau kepada praktik dan nasihat baginda serta para sahabat sewaktu perang.

Salah satu perang yang cukup tegang pada zaman Rasulullah s.a.w adalah perang Mu'tah. Perang ini yang berlangsung pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H yang bertepatan pada bulan Ogos 629 M, merupakan yang terbesar semasa hayat Rasulullah apabila ditinjau dari segi jumlah pasukan yang terlibat di dalamnya. Pasukan dari kaum muslimin berjumlah 3000 parajurit sedangkan dari pihak musuh mereka baru sedar bahawa musuh yang akan dihadapi sangat besar jumlahnya. Hal ini membuatkan semangat pasukan muslimin yang dipimpin Zaid bin Haritsah, menjadi lemah semangat dan muncul pada diri mereka ketakutan.

Akhirnya mereka melakukan musyawarah, apa langkah dan tindakan yang mereka perlu ambil seterusnya. Pada awalnya mereka memutuskan untuk menulis surat kepada Rasulullah di Madinah dengan mengharap bantuan ataupun perintah lain dari Rasulullah. Tapi salah seorang sahabat Rasulullah yang kemudiannya gugur dipeperangan ini, Abdullah bin Rawahah, menentang pendapat ini sambil berkata: “Wahai semua orang, demi Allah, apa yang tidak kalian cari dalam rombongan ini sepatutnya merupakan sesuatu yang kita cari, yaitu mati syahid. Kita tidak berperang dengan manusia kerana jumlah, kekuatan dan banyak kelengkapan. Kita tidak akan memerangi mereka melainkan kerana agama ini, yang dengannya Allah memuliakan kita. Maka berangkatlah, kerana di sana hanya ada salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau syahid.”
Pidato yang heroik dan bergegar ini secara nyata telah membangkitkan semangat juang dari kaum muslimin yang hanya berjumlah 3000 parajurit. Kerana itu mereka akhirnya mengambil ketetapan untuk terus maju kehadapan, pantang mundur melawan musuh yang berkekuatan 200,000 parajurit itu.

Istinbat yang nyata dapat di ambil dari kisah ini. Manusia dibahagi menjadi 3 golongan berdasarkan respons yang mereka keluarkan dalam menghadapi rintangan dan hambatan.

Golongan pertama disebut dengan golongan Quitters. Golongan ini adalah sekelompok manusia yang memilih berhenti, keluar ataupun menghindari rintangan/kesulitan yang menghadang. Golongan ini cenderung memiliki sedikit cita-cita, semangat yang minima dan cenderung tidak mengambil risiko dan biasanya tidak kreatif. Sehingga apabila kelompok ini menemui hambatan ataupun kesulitan dalam hidupnya maka dia akan menghindari kesulitan dan tidak menyelesaikan kesulitan tersebut. Sebab rata-rata mereka memandang kesulitan tersebut adalah sebagai sebuah bencana dan respon mereka adalah pasrah dengan keadaan. Bila dikaitkan pada peristiwa perang Mu'tah di atas, kelompok ini adalah parajurit yang berusaha melarikan diri dan menyelamatkan diri mereka sendiri ketika mengetahui bahwa jumlah parajurit musuh jauh lebih besar.

Golongan kedua adalah golongan Campers. Sedikit lebih baik daripada kelompok pertama, golongan campers ini adalah segolongan individu yang pada awalnya bersemangat untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi namun kerana sesuatu hal sehingga mereka merasa lelah dalam menyelesaikan kesulitannya dan pada akhirnya mereka berhenti sama sekali bahkan mereka pasrah dalam keadaan kesulitan yang belum diselesaikan. Golongan ini biasanya akan tetap mengambil risiko tapi risiko yang diambilnya adalah risiko yang paling aman dan paling sedikit ancamannya. Dan apabila keadaan ini terus dibiarkan maka golongan campers ini akan 'turun' menjadi golongan quitters. Dalam perang Mu'tah, mereka ini adalah para parajurit yang menginginkan agar meminta bala bantuan dari Rasulullah ataupun yang menginginkan agar Rasulullah mengeluarkan perintah penarikan berundur dari peperangan.

Sedangkan golongan ketiga adalah golongan Climbers. Berbeza dengan dua golongan di atas, golongan ini menyambut baik tantangan-tantangan, dan mereka hidup dengan pemahaman bahawa ada hal-hal yang mendesak dan harus segera dibereskan. Mereka mampu memotivasi diri sendiri, memiliki semangat juang yang tinggi dan berjuang untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya, sehingga hari-harinya dilalui dengan penuh gairah. Abdullah bin Rawahah .a, merupakan contoh nyata manusia kelompok climbers. Beliau memandang bahawa jumlah musuh yang banyak bukanlah sesuatu halangan ataupun alasan untuk melarikan diri dari tujuan asal, tapi sebaliknya justeru dengan jumlah musuh yang banyak itulah yang akan menghantarkan mereka semua menuju sesuatu yang sangat diidam-idamkan, iaitu syahid. Beliau berhasil memotivasi diri dan juga seluruh pasukan kaum muslimin untuk terus berjuang membela kalimatul haq.

Mungkin sudah saatnya bagi kita untuk bertanya pada diri sendiri, berada digolongan manakah kita ? Sebagai seorang mujahid dan pejuang sejati yang akan terus menyerukan kalimah haq maka sudah sepatutnya kita berada di golongan ketiga, iaitu sebagai seorang climbers. Wallahu 'alam.

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Ghairah Melawan Gejala Futur" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.156446 saat. Lajunya....