Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Hadis berkaitan zina!
 Posted on Ahad, 08 Februari 2004 @ 21:20:18oleh Hanan
Tazkirah amirul_mukminin2x menulis Assalamualaikum! Buat semua hamba ALLAH...
Hadis Ibnu Abbas .a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda. Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim

Pada kali ini, insya Allah kita akan membincangkan hadis yang berkaitan dengan zina. Kita akan mengambil beberapa hadis tetapi ditumpukan pada hadis di atas. Perbicaraan hadis ini berpandukan kepada kitab Bahr Mazi yang merupakan sebuah kitab yang menerangkan isi kandungan hadis Imam Turmudzi.

Hadis di atas merupakan hadis riwayat Imam Muslim. Hadis ini juga di riwayatkan oleh Imam Turmudzi. Hadis ini membawa kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Maiz bin Malik yang telah berzina.

Mengikut riwayatnya, telah sampai ke telinga Rasulullah SAW berkaitan perilaku Maiz bin Malik. Maka untuk mendapatkan kepastian, Rasulullah SAW telah pergi bersemuka dengan sahabatnya, Maiz bin Malik dan bertanya kepadanya,Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu? Bertanya Maiz kepada Rasulullah SAW pula,Berita apakah itu? Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda,Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab,Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai 4 kali bahawa dia memang melakukan zina. Maka cukupla syarat untuk dia dihukum menurut hukum hudud. Maka nabi telah memerintahkan sahabat2nya untuk melaksanakan hukuman rejam keatasnya sampai mati kerana Maiz bin Malik telah berkahwin ketika dia berzina.

Menurut sesetangah ulama, Nabi telah berpaling setiap kali pengakuan Maiz umpama tidak mahu mendengar Maiz membuat pengakuan itu. Namun Maiz tetap membuat pengakuannya berzina di hadapan nabi setiap kali nabi SAW berpaling daripadaNya. Ulama hadis berpendapat kelakuan nabi berpaling menunjukkan bahawa baginda lebih suka kiranya Maiz bertaubat nasuha sahaja. Manakala, Maiz lebih rela dihukum mengikut syariat Allah, kerana yakin dengan hukuman ke atasnya menyucikan dia dr dosa besar itu.

Di dalam Bahr Madzi, sebelum Maiz di hukum, baginda telah bertanya kepada Maiz, Abika junun?(engkau gilakah). Dan jawab Maiz, Tidak! Maiz kemudiannya di hukum. Ketika dia di hukum, Maiz telah melarikan diri. Maka dikejar olehnya hingga ke satu bukit di mana matilah Maiz bin Malik di situ. Dikhabarkan berita akan kematiannya kepada Rasulullah. Rasulullah mengatakan bahawa Maiz merupakan soerang yang baik kerana telah membuat pengakuannya. Ulama Muhaddissin mengatakan bahawa kenyataan Nabi ini bertujuan agar org ramai tidak membuat sebarang umpatan ke atas Maiz bin Malik kerana dia telah suci dr dosanya. Namun begitu, Nabi SAW tidak menyembahyangkan mayat sahabatnya itu kerana ingin menunjukkan tidak setujunya Maiz yang melarikan diri dr tempat hukumannya. Berbeza dalam kisah yang lain di mana seorang perempuan yang nerzina dan dijatuhkan hukuman rejam tetapi baginda menyembahyangkannya.

Sesungguhnya hukum hudud itu terdapat rahsia disebaliknya. Tidakkah kita sedar di dalam apabila setiap kali Allah menyebut perkataan Hudud, pasti ianya diiringi dengan nama Allah. Hukum hudud dan qisas merupakan pencegahan dr Allah ke atas perkara yang dilarangNya. Wallahua'lam

(An-Nur-..)
Bermaksud: Perempuan berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu sekumpulan dr org yang beriman.

Wassalam!

 

  Tazkirah


Komen


"Hadis berkaitan zina!" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Hadis berkaitan zina!
oleh syed ([email protected]) pada Selasa, 10 Februari 2004 @ 17:42:11
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net


hemm maaf nak tegur sikit..dalam hadis tersebut.memeng maiz melarikan diri..dan sahabt terus kejar dan merejam maiz..sampaim mati..perkara ini sampai di telinga rasulululah SAW..dan ia menegur para sahabat kerana mengejar maiz..sebab ape?sebab maiz dah meruju' kembali daripada pengakuan beliau..sebab dalam undang2 islam pensabitan seseorang itu melakukan jenayah..zina atau ape2 pun dgn 2 cara,iaitu penyaksian dan pengakuan..pengakuan ini boleh di tarik balik manakala penyaksian terserah kepada keadilan penyaksi2 tersebut..yang mana mereka semua hendaklah lelaki dan empat orang dan menyaksikan perkara tersebut dengan jelas..sebab perkara yang syubhah akan mengugurkan hudud..insyallah kalau saya silap..maafkan saya..wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.3368 saat. Lajunya....