Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam
 Posted on Ahad, 25 Januari 2004 @ 0:36:53oleh Hanan
Berita aimanqistina menulis Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
Jab. Fiqh dan Usul Fiqh ,
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
[email protected]

Lanjutan daripada senarai ulama ahli Sunnah semasa yang telah ditulis
sebelum ini, lalu timbul persoalan dari pembaca tentang nama-nama para
pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) yang mana
karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan
menyeleweng fahaman sebenar Islam. Lalu penulisan ini dibuat bagi menjawab
soalan tersebut InsyaAllah. Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa
ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan
professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku
berbahasa Inggeris.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-
1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa
dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

Jenis kumpulan Orientalis

1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng,
jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul
dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis bagaimanapun semakin
berkurangan dari masa ke semasa.
2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab
dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan
Politik dan Penjajahan baru.
3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja
menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang
tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan
Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tawhid, kesohihan
Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional
tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada
Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms78 -79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka


Bil Nama Orientalis Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam bahasa
Malaysia) Tahun Keluar (Masihi) Catatan
1. A.J Arberry a. Islam hari Ini (Islam Today)b. Pendahuluan Sejarah
Tasawufc. At-Tasawufd. Terjemahan Quran 1948195019501950 · British, sangat
memusuhi Islam.· Prof di Univ. Cambridge, ramai pelajar Mesir belajar
dengannya dalam Pengajian Islam
2. A. Geom Al-Islam · Britsh, sangat musuhi Islam.· Pensyarah di Univ di
Britain&USA· Jelas dalam karyanya agenda missionary· Ramai pelajar Mesir juga
pelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir.
3. Baron Garra ada Vaux Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia · French,
sangat musuhi Islam
4. H.A. Gibb a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Cara Islam
(Inggeris & Arab)c. Pendekatan Baru dalam Islam (Inggeris&Arab)d. Mazhab
Muhammadi (Mohammedanism)e. Islam & Masyarakat Baratf. Whither Islam
19471947 · British, Orientalis terbesar· Ahli dalam kesatuan Bahasa di
Mesir.· Prof di Univ Hartford, USA· Karya2nya tersangat bahaya kepada Islam
5. Gold Ziher a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Sejarah Mazhab
Tafsir Islam (Inggeris&Arab)c. Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam
(Introduction to Islamic Theology & Law)d. Halangan Muhammad · Pengasas
gerakan meragukan kesohihan Hadith.· Dianggap pakar bidang Hadith oleh
rakan-rakan Orientalisnya· Mendakwa Quran diubah selps Baginda SAW wafat·
Tokoh utama oreintalis , terlalu benci Islam
6. John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur 1924
7. S.M.Zweimer a. Dunia Islam (pengasas majalah ini)b. Islam Mencabar Demi
‘Aqidahd. Al-Islam 19081911 · USA, Missionary, sangat terkenal dengan
permusuhannya dengan Islam
8. Aziz ‘Atiyyah Suryal Beberapa kitab tentang Perang Salib · Kristian
Mesir· Belajar di Univ Amerika, sangat benci dengan Islam.· Terlalu banyak
menyelweng ajaran Islam.
9. pergi.Von Grunbaum a. Islam di zaman pertengahanb. Perayaan Muhammadc. Usaha
Menerangkan Islam yang Modend. Pengajian Sejarah Keilmuan Islame. Al-Islam
f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam 19511947195419571955· Yahudi,
Jerman, masuk ke USA· Prof di Univ Chicago· Terlampau banyak menyerang Islam
10. Phillip Hitti a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arabb. Sejarah Arab
(History ofArabs) mengandungi tuduhan Nabi gilac. Al-Islamd. Sejarah
Syriae. Asal usul Agama Duruz · Kristian Lubnan· Prof. Pengajian Timur Univ
Brenston, USA· Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika dahulu·
Sangat benci dengan Islam & enggan menisbahkan Islam dengan sebarang
kebaikan & keutamaan
11. Carl Brocklemann The History (Jerman, Inggeris)
12. A.J Weinsink Aqidah Islam 1932 · Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran
hasil dari ringkasan kitab 2agama dan falsafah sebelumnya.· Tetapi setengah
karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)
13. Kenneth Gragg a. Ketua Editor Majalah The Muslim Worldb. Dakwah
al-Makzanah 1956 · Amerika, sangat benci & menentang Islam.· Mengajar di
Univ. Amerika di Qaherah beberapa ketika.· Missionary Kristian· Ketua Jab
Kristian di Univ Hartford
14. L. Massignon1 . Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam2. Salah
seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam. · Perancis, Oreintalis
terbesar France.· Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur
Afrika· Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionary Perancis di Mesir· Pernah
menjadi askar Perancis 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama· Ahli Majlis Bahasa
di Mesir & Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria· Mendalami dalam bidang
Falsafah & Tasauf Islam.
15. D.B Macdonald a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh & Teori Perlembagaan dalam
Islam b. Pendirian Agama & Hidup dalam Islam 19031908 · Amerika, antara yang
paling memusuhi Islam
16. M.Green Setiausaha Majalah Middle East
17. Majid Qadrawi Perang & Damai Dalam Islam 1955 · Kristian Iraq, · Ketua
Jab Pengajian Timur Tengah Univ. John Hopkens, USA· Ketua Ma’ahad Timur
Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington· Terlalu benci Islam
19. D.S Margoliouth 1. Perkembangan Baru dalam Islam2. Muhammad & Kelahiran
Islam3. Universiti Islam 191319051912 · British
18. .a Nichloson1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Para ahli Sufi
Islam3. Sejarah Sastera Arab.. 19101930 · British, sangat bencikan Islam·
Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam
19. Henry Lammens1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Al-Islam3.
At-Toif4 . Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA 1925 · Bangsa Perancis.
Tersangat merbahaya!· Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah
banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti ubah tarikh lahir Nabi SAW serta
membuat gambaran jahat tehdp Fatimah az-Zahra
20. Joseph Schacht1 . Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Usul Fiqh
Islam3. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·
German, punyai banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.· Mendakwa asas
syariat meniru undang 2Rom
21. Rudi Paret1 . The Quran2. ada Koran · Menuduh Nabi mereka sendiri
Quran, dan mengambil pengalaman hidup & ilmu tentang Isa & Maryam sebagai
asas rekaan Al-Quran
22. Karl Heinrich Becker Pengasas Majalah Islam
23. Jetson Phiit masjid al-Islam (Kemuliaan Islam) · Menghentam islam melalui
kitabnya
24. Richard Bell Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab &
Inggeris) · Prof Bahasa Arab di Univ Edinburgh
25. Lord · Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran yahudi dalam mereka
permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. seperti Alif Lam Mim dan lain.
26. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Oreintalis) · Berbangsa arab.
27. W.C. Smith Islam in Modern History
28. Montgomery Watt1 . Sirah Nabi di Mekah ,2 . Sirah Nabi di
Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)3. Mohammad, Prophet & Statesman
29. Dr C.pergi Pfander Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq) · Mencabar Ulama Islam
berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854M. Hasil debat ini
akhirnya Pfander mengakui terdpt 8 tempat penyelewengan dalam Injil.· Debat
dibuat dalam beberapa hari, pengikut kristian yang semakin ramai membanjri
majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfnder ketara hingga
beliau tidak datang pada hari ke3 debat.· Syiarnya selepas itu, “Kiranya
Syeikh(ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari
tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)
30. George Sale Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris
31. Hamilton Jobb Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam · Banyak melakukan
penelewengan maklumat dan menyelwengkan pendapat ulama dalam bukunya.
32. William Muir · Cuba meragukan Bahasa Quran & menuduh ianya tidak
terjamin dr salah.
33. Louis Gardeih Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian ·
Mendakwa Saidina uthmanyang menyusun surah dan ayat quran.
34. Z.P Bodly · Menuduh kotor isteri-isteri Nabi· Dakwaan bohong Nabi
punyai hubungan dengan Rahib Kristian. · Serta dakwaan bohong Nabi
dipegaruhi Paderi Waqas B. Sa’adah & Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
35. Cofan, Renan, Jano · Kesemua mereka penipu besar dalam mengutarakan hal
Asas Syariat Islam.

Berikut adalah beberapa kumpulan nama buku yang terbahaya hasil karya para
Oreintalis.

1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga1938 dalam
3 bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian cuba diterjemah ke bahasa
Arab…sehingga huruf ‘ain, terhenti dan para penterjemahnya melakukan
kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan
kebanyakan isikandungannya dan keluarkan terbitan baru tahun 1954 .
Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan
pendirian terhadap masalah khillafiah, ia kerana sedikit campurtangan para
ulama dalam kandungannya.
Terjemahan sempurna ke bahasa Arab siap dan diklan pada tahun 1997 dalam 32
jilid.

2. Majalah ‘The Muslim World’
3. Shorter Encyclopedia Of Islam
4. Encyclopedia Of Religion and Ethics
5. Encyclopedia Of Social Sciences
6. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
7. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
8. Al-Islam oleh Alfred Geom
9. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
10. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
11. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
12. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
13. Islam Today oleh A.J Arberry
14. Translation of Quran oleh A.J Arberry
15. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam
bahasa German & Arab oleh Goldziher
16. Arabic History oleh Phllip Hitti
17. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
18. Qamus Al-Munjid : Berkata Dr Mustafa al-Jawad bahawa dikenalpasti lebih
324penyelwengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika
sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (???????) ,
diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis
tidak sempat menyemak hal ini)
19. Dan lain 2kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya
yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.


Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf
sebagai punyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen
dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-


1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah
karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane Mu’jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang6
Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad
diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar
Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. pergi.B Strenge Land of the Eastern Caliphate


Antara karya bekas Orientalis yang telah memasuki Islam.

1. Islam at the cross road oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam
Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret
Marcus)


Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa
selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga
spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha
meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari
kalangan umat Islam.
Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka
juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang
menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai
tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti
berikut :


Bil Nama Karya Bab
1. Prof. Ahmad Amin(Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, punyai sijil dalam
Qadha’ Syar’ie) Fajr al-Islam · Majoriti kandungan kitab ini. · Bab Hadith
Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah ra lemah dalam riawayat Hadith, Imam
Abu Hanifah tidak punyai Hadith, Menuduh Ibn Mubarak lalai, pertikai
keadilan Sahabat Nabi, keraguan pada Imam Bukhari.· Bab Maslahat bertembung
Nusus.
2. Abu Rayyah Adwa’ ‘ala As-Sunnah · Pertikai Abu Hurairah
3. Ismail Adham Tulisan mengenai Sunnah tahun 1353 H · Mengisytiharkan
hadith shohih dari kitab 2sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu’ (rekaan)
4. Prof. Ali Hasbullah Usul At-Tasri’ Al-Islami · Mendakwa maslahat perlu
diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat’ie.·
Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan
Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.
5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul
Perundangan tahun 1925 ) · Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini
dikecam hebat oleh ulama semasa Islam ketika itu. · Antara ulama yang
menjawab Syeikh Muhd Bakhit al-Mut’ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya
penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr.
Muhd ‘Amaroh
6. Prof Khalid Muhd Khalid1 . Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)2 .
Ad-Demoqratia Abadan · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam
kitabnya Min Huna na’lam (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga
menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam.·
Bab Maslahat
7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali(Prof undang-undang) Manahij at-Tafsir fil Fiqh
al-Islami(Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang
perlu disemak & diperbetul, majority karyanya adalah diiktiraf, manakala
kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi’ Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi)
· Bab Maslahat, main dakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana
Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.
8. Dr Nur Farhat (Prof Undang 2& dekan Kuliah Undang 2di Univ Az-zaqaziq)
Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar
9. Sai’d al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar
12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia) Dalam kebanyakan artikel karya
mereka · Banyak, tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan
dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.
13 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak,
tiada ruang untuk disebut di sini
14. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadithMenafikan hadith secara
totalPemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.


Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui
beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh
muslimin/at yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan
berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri
dan gangguan syaitan.


Sekian,
Irbid,
1July 2003


Senarai Rujukan :
1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro’
al-khadori, Dar Al-Ma’arif, tanpa tarikh.
2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
3. Dr Mustafa As-Siba’ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma
alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet1 , 1999 m
4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal
Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal
Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja
Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah
Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas
kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
9. Dr. Mustafe As-Sibi’e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar
al-Warraq, Beirut, cet1 , 1998 m
10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah
Ar-Risalah, Beirut, cet1 , 2001

 

  Berita


Komen


"Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.260661 saat. Lajunya....