|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu. -- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Aidilfitri : Adab-adab dan Hukum
|
|
 |
Posted on Isnin, 24 November 2003 @ 1:11:50oleh Hanan
|
|
|
MuSaFiR_SaYYaFF menulis Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan bagi orang-orang Islam diMalaysia. Di negara jiran ia dikenali sebagai Hari Lebaran atau Eidul Fitri. Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari 'turn over' atau assimilasi kalimah-kalimah arab kedalam Bahasa Malaysia. Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu' ketiga atau 10 malam terakhir Ramadan.
Eid : Hukum dan Adabnya
العيد عند المسلمين: أحكامه وآدابه
Kemeriahan Hari Raya ini seolah-olah mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadan. Lampu-lampu minyak dan lampu-lampu warna-warni menerangi malam-malam Ramadan ini. Amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadan yang Mubarak ini. Mahu tidak mahu, bagi kita yang Allah swt dipanjangkan umur, pasti akan melalui hari yang kita panggil, Hari Raya.
Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu-satu perayaan yang di sambut oleh umat Islam diseluruh dunia. Ulama tidak berselisih pendapat mengenai kesahihan perayaan ini jika nak dibandingkan dengan sambutan-sambutan yang lain seperti meraikan Malam Isra' dan Mi'raj, Mawlid Nabi, Malam Nisfu saya'ban dan sebagainya. Ulama mempunyai pelbagai tanggapan mengenai perayaan yang selain dari kedua-dua Eid ini. Ada golongan yang mengatakan walaupun ia bukan dari hadis shahih (seperti Nisfu saya'ban), tetapi disebabkan oleh fada'il 'amal maka mereka membenarkan ia disambut. Ada pula golongan yang mengatakan bahawa sambutan-sambutan atau perayaan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan hadis-hadisnya juga bertaraf da'if malah ada yang maudhu', maka tidak boleh sama sekali ia diraya atau diamalkan. Walaupun Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu amalan warisan dari Nabi saw, tidak dapat tidak kedapatan berlakunya amalan-amalan penambahan dan mitos-mitos tertentu didalamnya. Artikel kali ini meringkaskan fatwa yang dibawa oleh ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid bagi membicara mengenai hukum dan adab-adab didalam merayakan kedua-dua Eid ini. Kemungkinan juga Eid Al-Fitri 1423 akan disambut pada hari Jumaat di Malaysia, maka kami membawa beberapa pandangan ulama' mengenai hukum meninggalkan salah satu solat tersebut. Eid Al-Fitri di negara kita akan berlaku di musim cuti sekolah dan juga penghujung tahun. Pasti ramai saudara-saudari kita (termasuklah kakitangan dipejabat kami) yang akan menamatkan penghidupan bujang mereka dan melangkah kealam perkahwinan. Apakah tidak baik mereka berkahwin didalam bulan Syawal yang mulia ini? Apakah ia merupakan satu 'bad omen' bagi kedua-dua mempelai? Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Eid/Syawal ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut Hari Raya ke 2 atau Eid Al-Abraar. Apakah perayaan ini dibenarkan? Fatawa (fatwa-fatwa) dibawah ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.
----------------------
a. Eid Adab dan amalan - ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid." { فمن أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات }.
---------
Kesimpulan
Didalam menyambut Eid Al-Fitr yang mulia ini, marilah kita berbalik kepada sumber-sumber Islam yang sebenarnya. Kepercayaan-kercayaan lama dan mitos-mitos, lebih-lebih lagi peninggalan zaman Jahililiyyah haruslah kita buangkan dari penghidupan kita. Apa yang kita mahu ialah mempertingkat Iman dan taqwa sebagai muslim sejati (True Muslim), yang bukan hanya pandai berkata "Aku Mazhab Syafie", tetapi satu Kitab Imam Syafie pun tak pernah dibaca! Jadikan bulan baik dan hari baik ini sebagai titik permulaan didalam penghidupan kita, agar amalan yang dilakukan sejajar dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Akhir kata : Eid Mubarak, Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu {تقبل الله منا ومنكم }, Selamat menyambut Hari Raya 1423H.
wallahu'alam (والله أعلم )
wassalam
-susunan Khairol Amin (kamin) -
29 Ramadan 1423
Rujukan :
1. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Eid :Adab dan Hukum. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=4561
2. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?lain=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dengan=3
3. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah - Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, masa. 343
4. Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz. Kitaab Majmu�EFataawa wa Maqaalaat Mutanawwi�ah li Samaahat - Jilid. 13, masa. 13
5. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Berkahwin diantara dua hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?lain=ara&ds=qa&lv=browse&QR=13475&dengan=3
6. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Hukum berjima' dimalam dan hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?lain=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38224&dengan=3
7. Sheikh Abdul Aziz ibn Ahmad Al-Tuwajri. Al-Bida�Eal-Hawliyyah :Hukum merayakan Eid al-Abraar, masa. 350. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=25756
8. Sheikh Ibnu Taimiyyah. Majmu' Fatawa - juzu' 25. Mekah : percetakan Al-Hukumah, 1969h., masa. 298.
9. Dr. Ali Al-Soa. Membayar Zakat Al-Fitr dengan wang. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=23177
10. Dr. Mozer Kahf Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21799
11. Dr Yusuf Al-Qardawi. Tempat membayar Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1931
12. Sheikh Atiyya Saqr. Melambatkan Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=16163
Sumber : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=8888
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
|
Komen