Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 182
Ahli: 0
Jumlah: 182




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

kebaikan yang tersembunyi
 Posted on Rabu, 10 September 2003 @ 14:57:58oleh khaulah_alazwar
Tazkirah al-kauthar menulis Assalamualaikum wbt..

Menemui sahabat-sahabat seperjuangan sekalian moga sahabat-sahabat semua sentiasa berada dalam pemeliharaan Allahu subhanahu wata'ala..

Renungkankan...

Tulisan ini...
mengenai Kebaikan yang tersembunyi....
yang ana ambil daripada artikel dalam majalah Anis (September2003).....

Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan.Contoh mudahnya, apabila turun hujan,ramai org yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah kain aku nak kering.."

Disebabkan ada org yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak pada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata-kata pujian..

Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. tetapi tidak semestinya kesenanagan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dan kemiskinan itu keburukan atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu-satu perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai malapetaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.

Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah.Lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. Apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. Isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun Allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Allah berfirman yang bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Al-baqarah:216)

Fikir-fikirkan..
Timbang-timbangkan...

Bersama muahasabah diri agar lebih dekat dengan Ilahi....

Wallahua'lam

 

  Tazkirah


Komen


"kebaikan yang tersembunyi" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: kebaikan yang tersembunyi
oleh qaszilah pada Rabu, 10 September 2003 @ 21:34:42
(Info AHLI)


assalamualaikum..
lepas bace lette ni..renung2kanlah...
kite sepatutnye bersyukur dgn setiap ape yg tlh Allah turunkan kpd kite...
kerana setiap ape yg diturunkan oleh-Nya mesti ade sebab dan hikmah di sebaliknye...tul tak??
okey..that's all...wassalam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139503 saat. Lajunya....