Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Doa Seorang Hamba
 Posted on Ahad, 03 Ogos 2003 @ 1:13:22oleh Hanan
Umum shahirah_huda menulis Ya Allah...
Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu

Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
Jadikanlah air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku ini sebagai saksi diakhirat........Bahawa. Aku pernah merintih keampunan daripada-Mu
Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan wajahku ini sebagaipemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar...Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya.Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku , dan wajahku ini sebagai
pemberat ketika amalanku ditimbang. Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah air mataku sujudku , tanganku , dan wajahku ini sebagai
penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri.

Tuhan.........
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.Melainkan hanya ini yang menjadi harapan......air mata penyesalan ,sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajah yang malu memandang-Mu.

Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam
selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
Apakah sujudku ini sejebat Uwais Al Qarni yang merintih hingga
dini hari ?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan
Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?
Apakah wajahku yang mengadap-Mu ini seperti Rabiatul Adawiyah
yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?
Semua kesangsian ini Ya Allah mendatangkan kegentaran di dada
untuk mengadap-Mu....
Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..

~

 

  Umum


Komen


"Doa Seorang Hamba" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Doa Seorang Hamba
oleh kakyong ([email protected]) pada Ahad, 03 Ogos 2003 @ 8:09:36
(Info AHLI) http://www.kakyong79.cjb.net


Tuhan...betapa kerdilnya aku ,dihadapanMu,...terlalu banyak nikmatMu yg aku dustakan....Ya Allah...ampunkanlah aku..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.212973 saat. Lajunya....