Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 225
Ahli: 0
Jumlah: 225




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kisah Benar : Pengalaman Hidup Saudara Kita
 Posted on Sabtu, 05 Julai 2003 @ 22:44:42oleh Hanan
Umum shafawi78 menulis Dipetik dari satu email yang dihantar kepada ana...
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh
kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku
sekolah dsn.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama
kristian

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka
dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya
kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian
saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.
Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang
berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"
mengapa Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.


Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.


Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.


Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran
lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..


6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada
keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.


Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.


Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya
hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.


Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....


Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.


Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.


Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh
sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.


Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat
Islam.
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.


Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan.


Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.


Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka
akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

 

  Umum


Komen


"Kisah Benar : Pengalaman Hidup Saudara Kita" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.21015 saat. Lajunya....