Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-05-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: lizaizara
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43026

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Yang Masuk Ke Sini
Daeng_Jati: 1 hari, 10 jam, 41 minit yang lalu
lizaizara: 2 hari yang lalu
jutawanmuslimah: 4 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
are_rule1981: 23 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu

Aduhai 4 org isteriku
 Posted on Khamis, 11 November 2010 @ 9:33:23oleh Hanan
Tazkirah AbdulQahar menulis Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai
empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat
dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.
Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara
kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini
sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya
itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia
sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering
berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang
lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga
sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang
sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila
pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat
bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi
suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa
kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si
suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu
mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu
sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia
menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak
lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya
empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku
akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup
sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian
mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang
paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang
indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukan kau
mendapingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya
terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang
keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata
lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan
ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat
ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku,
dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya
menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan
menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul
dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau
selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali
pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti,
akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang
kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,
"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun
kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan
setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah
suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata
begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa
menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku
mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak
akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri
dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak
waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita
supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang.
Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita
menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.
Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang
lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang
pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman.
Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka
tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai
kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal
kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya
demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun,
sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang
mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita
melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita
diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita
dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian
hari!...

 

  Tazkirah


Komen


"Aduhai 4 org isteriku" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Aduhai 4 org isteriku
oleh pemerhatidunia pada Isnin, 06 Disember 2010 @ 6:44:32
(Info AHLI) http://www.pemerhati-dunia.blogspot.com/


Sungguh terkesan benar di hati saya... Terima kasih di atas renungan yang berguna tersebut...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076815 saat. Lajunya....