Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

zaman pemerintahan mustafa attartuk
 Posted on Jumaat, 28 Mei 2010 @ 20:51:20oleh Hanan
Tazkirah sbgskaters menulis 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh
bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang
barat.

13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir
miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan
tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk
adalah
tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar
itu.

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah
datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan
tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak
hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh
kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan
beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak
hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9
November
1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal
dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan
dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah
tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi
dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak
silap
catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke
satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan,
ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa,
"jangan
kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"






Sekian

 

  Tazkirah


Komen


"zaman pemerintahan mustafa attartuk" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101729 saat. Lajunya....