|
Lelaki yang ditarik ke neraka..
|
|
 |
Posted on Khamis, 18 September 2008 @ 15:03:58oleh simpLe_sHida
|
|
|
aye menulis Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan ti ndak tanduk isterinya. Bergaul ! be! bas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
...............................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka ! ka! um lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
|
|
| |
|
|
|
Komen
oleh adieq85 (adieq_shaniez) pada Khamis, 30 Oktober 2008 @ 7:54:29
(Info AHLI)
YA ALLAH..beratnya tanggungjawab kaum adam ni..saya yang perempuan ni mambaca,terasa takutnya tak terpikul tanggungjawab dan amanah ni..tak tahulah apa pula perasaan kaum adam sendiri..semoga semua kaum adam ni mengerti akan tanggungjawab berat yang perlu mereka pikul ni..jadilah anak lelaki,abang,adik, dan ayah yang bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ni..amin..
oleh sayatetapsaya pada Ahad, 07 Disember 2008 @ 22:00:28
(Info AHLI)
nauzubillahhi min dzalik..
antara 4 elemen tersebut, yang paling dikhuatiri adalah yang no 4...inilah perkara yang paling sukar untuk diuruskan..
hendak menasihati emak sendiri..hmm...
sukarnya, lebih sukar dari menarik rambut yang halus dalam tepung...
oleh naruto-san pada Sabtu, 13 Disember 2008 @ 18:43:14
(Info AHLI)
1. Apabila bercakap mengenai perkahwinan, ramai yang beranggapan kaum perempuan akan menjadi hamba kepada suami, keluarga perempuan kehilangan anak kesayangan yang akan menjadi milik suami, perempuan kehilangan kebebasan....tapi....berapa ramai umat Islam yang memikirkan bebanan tanggungjawab lelaki apabila dia mengahwini seorang wanita, apabila dia bergelar suami??....sebab itu kita tidak hairan mengapa hari ini adat mengarut orang melayu iaitu HANTARAN semakin tinggi setiap tahun....sebab mereka hanya memikirkan masa depan wanita, tidak memikirkan masa depan lelaki.
2. Sepatutnya....keluarga pihak perempuan terutamanya si ayah perlu berterima kasih kepada lelaki, bakal suami anak perempuannya....kerana sanggup memikul tugas menanggung dosa yang sebelumnya menjadi tugas si ayah....patutnya mereka mengikut suruhan Islam dalam urusan perkahwinan...bukannya membebankan pihak lelaki.
3. kaum wanita sepatutnya memahami dan sedar bahawa apabila si ayah, si suami, abang dan adik lelaki, anak lelaki memberikan nasihat.....mereka benar-benar berharap agar anda mengikut nasihat tersebut....kerana mereka (kaum lelaki) takut akan dosa yang akan dipikul mereka jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai lelaki.
4. bertimbang rasalah, simpatilah kepada suami anda....kaum wanita senang saja nak masuk syurga...iaitu dengan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri....tapi bagi lelaki....mereka banyak tanggungjawab.....mencari nafkah...mendidik keluarga....bebanan dosa ahli keluarga...tanggungjawab pada mak ayah....so kepada wanita....kasihanilah kaum lelaki.
oleh srikandi_islam ([email protected]) pada Jumaat, 06 Februari 2009 @ 13:37:47
(Info AHLI) http://tiada
hm...sangat menginsafkan