Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 264
Ahli: 0
Jumlah: 264




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

CINTA MAUT keranamu kekasih
 Posted on Khamis, 03 April 2008 @ 8:47:54oleh istisafa
Semasa ilhamku21 menulis Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya
sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku Tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun
baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan
Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada
Rasulullah saw yang bermaksud "Barangsiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang
sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini,
Tsauban menjadi gembira semula...

Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita
sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita
bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana
umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah
wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat
ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan
dan semata-mata kerana Allah.

 

  Semasa


Komen


"CINTA MAUT keranamu kekasih" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CINTA MAUT keranamu kekasih
oleh Nurizmi pada Isnin, 05 Mei 2008 @ 14:21:38
(Info AHLI)


alhamdulillah...

selawat serta junjungan mulia buat junjungan agung Nabi Muhammad SAW...

terharu mmbaca kisah ni...
banyak yang tersirat...dan banyak yang membuatku terfikir..untuk apakah aku mencintai sahabatku sehinggakan aku aku snggup berkorban segalanya...dan demi perjuanganku..biarlah aku kehilangan kawan asalkan aku xkehilangan sahabat seperjuangan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: CINTA MAUT keranamu kekasih
oleh Sweetcouple_07 (muah...muah...muah...) pada Rabu, 30 Julai 2008 @ 11:01:51
(Info AHLI)


begitu suci betul cintanya kepada nabi itu....sehingga s'hari nda jumpa bgaikn s'tahun nda bertemu....tuela kalau kita mahu cari sahabat,kita mesti lah cari yang ikhlas mahu bersahabat dengan kita...yang ssah senang bersama dengan kita...bukan yang mahu tikam kita dr blkang...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098877 saat. Lajunya....