Posted on Khamis, 04 Januari 2007 @ 8:47:24oleh istisafa
ratusyahadah_uiam menulis Syurga rumahntanga itu fitrah hati Naluri nurani yang pinta di isi Kerananya sidara rela diperisteri Kerananya jejaka rela menjadi suami Masing-masing membawa harapan Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan
Matlamah yang satu, tapi jalannya berliku Destinasi sama, kaedahnya berbeza Lalu bersimpang siurlah jalan ke sana Perbagai jalan menimbulkan dilemma Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman Tuluskan niat luruskanlaah matlamat Suami pemimpin arah tujuan Isteri pembantu sepanjang jalan Lalu mulakanlah kembara berdua Kerana dan untuk…Allah jua.
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan Iman itu tujuan, Islam itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian Rumah jadi sambungan madrasah Berputiklah Rahmat, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga Setia dan penyayang seorang suami Cinta dan kasih seorang isteri Lalu berbuah lah mahmudah demi mahmudah Yang melahirkan zuriat yang SOLEH dan SOLEHAH !!
"CinTa Itu Tidak perNah MeMINtA TEtAPI mMEMbERI SEpenUh rELA rasa bAHAGIA wALAUPuN sENGsARA bERKOrBan SegALA-gALa"
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.
Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com. Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.
Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com
Komen