Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Cerita Bersiri: Duri kulalui intan kumiliki
 Posted on Selasa, 19 Disember 2006 @ 15:18:04oleh istisafa
Karya myislam menulis Melihat wajah Nek Nong ingin juga terdetik dihati mentauliahkan dia sebagai ibu kandungku. Tapi inginkah aku diterima oleh anak-anaknya yang lain. Mungkin boleh, itu kata hatiku. Apa pula dalam hati Jemi, Tiah, Maon, Mayoh dan Jenun.

Mungkin penuh dengan kebencian sepertimana yang telah diluah oleh Jenun anak bongsu Nong yang masih terngiang-ngiang di pelusuk gegendang dan telah terbenam dalam sanubariku ”woi budak! Kamu tak malu tinggal di rumah ini lama-lama. Sudahlah menumpang singgah, mencuri kasih pula dari sini.”.

Pedih hatiku mendengar dalam usia yang masih mentah tetapi perasaan telah didesak dengan kemelutan hidup dan menjadikan kematangan telah terpaku dalam diriku. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku lari dari pondok usang itu. Tetapi, dimana ingin aku mengadu nasib. Siapa lagi saudaraku paling dekat sejak membuka mata mengenal dunia ini selain daripada mereka semua.

Jenun menjadikan aku sebagai musuh utamanya. Usia kami tidak jauh berbeza, namun kasih sayang yang aku dan dia dapat tidak berbeza. Semuanya sama dan menyebabkan Jenun membuak-buak melihat aku. Apatah lagi bila sahaja Nek Nong menyuapkan nasi dimulutku dengan satu pinggan yang sama dan sudu yang sama disuapkan kepada dia juga.

Ah! pedulikan sahaja budak berjambul itu, yang penting aku dapat terus hidup dan aku sentiasa berazam akan aku ketemui ayah dan ibuku nanti.”Epit... esok teman Tok Jang ke sungai ya. Kita bertolak selepas sahaja matahari mula menyinsing.” Suara getar gagah tua dari ruang tamu tepi tingkap mengajak akan aku ke sungai esok. ”Baiklah Tok.”sahutku dengan manja keanakkan. ”Bukan main budak ni ya. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku tarik rambut dia yang ikal itu. Biar dia tahu dan sedar dia tu menumpang kasih dari bapa dan mak aku”. Itulah yang dapat aku tafsirkan dari wajah bengis Jenun memandang kearahku.

Malam semakin jauh menemui janji pagi. Tetapi hatiku masih resah dan gelisah. Entah siapakah ayah dan ibu kandungku. Dapatkah aku temui mereka berdua. Andai aku menemui mereka, apakah yang patut aku lakukan sebagai pembalasan diatas perbuatan mereka yang tidak bersifat kasih dan sayang terhadap anak. Dalam keadaan yang penuh tanda tanya aku terlelap terus hingga ke pagi subuh.”Epit, cepat bangun dan bersiap. Jangan lupa tolong bawakan Tok bekal makanan dan minuman yang Nek Nong kamu siapkan.”

Walaupun usia telah lanjut, namun pengharapan seorang ’bilal’ sebuah surau ini sangat tinggi dengan rezeki yang Allah janjikan terhadap hambaNya yang taat. Aku terus menuju ke dapur untuk mendapatkan beberapa bekalan makanan berbungkus dengan daun pisang. ”Ini untuk kamu dan ini pula untuk Tok kamu ya. Satu lagi ini untuk sarapan pagi kamu bila sahaja sampai di sana. Jangan lupa, jaga diri kamu tu elok-elok ya.”Pesan Nek Nong kepada cucunya. ”Baiklah,nek” sambil ditatap wajah seorang wanita meniti usia yang banyak menyimpan rahsia diriku.

Ada baiknya juga kalau aku tidak duduk di rumah. Andai aku duduk di pondok ini sudah tentu pergaduhan aku dengan Jenun yang pemalas itu tercetus. Saban hari aku habiskan masa di sungai bersama Tok Jang yang tegas lagi garang. Sikap itu aku tafsirkan daripadanya ketika dia sedang mengajar Quran kepada anak muridnya di surau berdekatan.

Sunguh tidak kusangka ketegasannya dan kelantangan suaranya menegur dan membetulkan sebutan dari mulut-mulut muridnya. Di sebalik fungsi penunjuk huruf itu ada fungsi kedua sebagai pemukul sesiapa sahaja yang tersilap dalam mengenal huruf dan sebutan dalam Al-Quran. Antara yang selalu aku tengok dipukul dengan rotan adalah Musa anak mua’laf dari bangsa iban di hujung kampung. Kasihan bila melihat dia, namun itulah yang kedua ibu dan bapanya harapkan daripada Tok Jang supaya anaknya dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sekaligus mendidik anaknya menjadi seorang muslim yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Setelah pukat Tok Jang sudah di muatkan kedalam perahu dengan tangkapan yang sedap mata memandang berkat doa seorang yang mengharap kasih dan rahmat Allah s.w.t itu kami berdua terus pulang. Satu lagi tugas aku yang sepatutnya ditemani oleh Jenun untuk diselesaikan. Namun pada hari itu hanya aku berseorangan sahaja untuk menjual hasil tangkapan.

”Ikan. Ikan..., Ikan. Ikan..” menjaja sambil berjalan di kampung yang aman dan tenang itu. Lantang suara aku memecah kesunyian petang itu. ”Ikan apa yang ada hari ini Epit.” Terdengar suara yang aku harapkan seorang pelanggan pertamaku hari ini. Oh! Ya Mak Cik Seria tuan kedai runcit yang satu-satunya ada di kampung ini. Terus sahaja aku berlari-lari anak ke arah Mak Cik Seria di tangga rumahnya. Senyuman diberikan padanya. ”Hari ini udang galah ada, ikan terubuk ada, ikan bulu telur pun ada. Makcik ingin yang mana satu.” suara penuh semangat dariku. ”Makcik nak yang mana satu.” perlawaku kepada dia. ”bagi Makcik udang galah 2 kilo ya.”

Otak ku mula berjalan mengingatkan pesanan dari Nek Nong sebelum sahaja aku keluar menjaja. ”Setiap satu bungkus ikan dan udang ini sekilo.”Erm, kalau dua kilo maknanya dua bungkus agaknya”. Masih ragu-ragu lagi aku masa itu. Ingin ke sekolah masih tidak berani lagi berdepan dengan guru dan kawan-kawan yang lain yang cukup dengan kelengkapan persekolahan.

Aku hanya ada sepasang baju dan seluar pendek sekolah rendah. Itupun yang diberi bantuan oleh pihak sekolah. Berbeza jauh sekali antara aku dengan kawan-kawanku yang lain. Inginku luahkan bahawa beg aku daripada beg plastik yang selalu orang buang, dua batang pensil dan beberapa buah buku latihan kecil yang telah lusuh pemberian jiran sebelah rumahku. Bila sahaja aku menjejakkan kaki di kelas darjah satu itu, dadaku tiba-tiba menggelegak memandang ke arah Cik Wan Abdullah yang sangat bengis dan menakutkan.

sambungan.....

 

  Karya


Komen


"Cerita Bersiri: Duri kulalui intan kumiliki" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Duri kulalui intan kumiliki
oleh nur_ashikin pada Selasa, 19 Disember 2006 @ 15:47:46
(Info AHLI) http://ashikin84_utm.blogs.friendster.com/my_blog/


sambunglah cepat..macam cerita novel saja ni
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Duri kulalui intan kumiliki
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Khamis, 21 Disember 2006 @ 14:31:27
(Info AHLI)


best cerita ni..tak sabar nak tau kesudahannya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Duri kulalui intan kumiliki
oleh mohamad pada Sabtu, 30 Disember 2006 @ 8:47:28
(Info AHLI)


sambung-sambung ni yang tak best ni....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Duri kulalui intan kumiliki
oleh cute_unlimited pada Isnin, 16 April 2007 @ 0:21:23
(Info AHLI) http://www.friendster.com/4900187/


starting yang menarik...
tak sabar nak tau ending....

keep up the good work!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.387606 saat. Lajunya....