Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 29 hari yang lalu
ronniefinancehome: 41 hari yang lalu
MTMKi: 51 hari yang lalu
usop79: 52 hari yang lalu

Kebesaran Solat Dua Rakaat
 Posted on Jumaat, 01 September 2006 @ 9:36:02oleh istisafa
Tazkirah afizam menulis "Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada saya?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah saya dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling saya cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu saya lebih sukai dari solatmu itu.Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan saya berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun saya memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....." Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nyadalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 

  Tazkirah


Komen


"Kebesaran Solat Dua Rakaat" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh puteri_kk ([email protected]) pada Jumaat, 01 September 2006 @ 13:13:30
(Info AHLI)


MasyaAllah betapa Allah swt mengasihi dan menyayangi umat nabi Muhammad saw..sama-sama lah kita mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh musafir_solehah pada Sabtu, 02 September 2006 @ 2:11:40
(Info AHLI)


Mudah-mudahan kita dijauhkan dari kemurkaan Allah...Amin ya Rabbal Alamin...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh Nuralisa pada Sabtu, 02 September 2006 @ 2:59:23
(Info AHLI)


Banyakkanlah bersolat. Moga kita mendapat keredhaan-Nya
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh zaitihamdan pada Isnin, 04 September 2006 @ 5:28:14
(Info AHLI)


begitu sekali Allah sayangkan kita umat Muhammad ni sehinggakan solat sunat 2 rakaat diberikan ganjaran yan pergi sebegitu besar...tapi kekadang kita bukan tak tahu fadhilat mengerjakan solat2 sunat cumanya nak didik diri supaya istiqamah dalam beribadat tu yang payah..(termasuk ana sendiri..) so lepas ni diharap sama-sama kita ambil kesempatan sementara masih bernyawa untuk kumpul bekalan ke akhirat untuk mendapat keredhaanNya...wasalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh ulfah_widad pada Khamis, 07 September 2006 @ 11:49:02
(Info AHLI)


Ya Tuhanku, Engkaulah Maha Penyayang..Moga solat sunat dua rakaat ini dapat terdiri dengan istiqamah dalam diriku...Sesungguhnya, betapa kerdil diri manusia ini dibanding dengan kasih sayang Allah yang maha luas.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kebesaran Solat Dua Rakaat
oleh bintubahariyah ([email protected]) pada Sabtu, 30 September 2006 @ 14:10:50
(Info AHLI) http://www.bintubahariyah.blogspot.com/


subhanallah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096326 saat. Lajunya....