Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 183
Ahli: 0
Jumlah: 183




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

abah..kukenang selalu
 Posted on Jumaat, 20 Jun 2003 @ 10:02:10oleh Engku_Salina
Kenangan brothersuf menulis assalamualaikum...

walaupun abah sudah lama pergi namun sampai ke hari ini aku masih mengingatimu... tahun 1992 merupakan jarak masa yang lama dengan 2003..sudah masuk 11 tahun...tapi setiap kali menyambut perayaan hatiku mesti terasa pilu kerana nikmat yang Allah berikan kepdaku sudah ditarik..iaitu seorang hamba yang digelar ayah... waktu tu umurku baru 7 tahun(darjah satu)...

aku tak pernah dengar suaranya dan memang tak akan kenal selama2nya...kerana abah menderita sakit hampir 10 tahun lamanya..bila aku baru nak mengenali abah...dia dah tak boleh cakap kerana sakit urat saraf...dia hanya boleh baring dan buka/tutup mata sahaja...yang lain sumanya kaku...tangan dan kaki semuanya kaku...mak lah yang banyak berjasa....pagi petang sibuk menguruskan abah..tapi mak tak pernah merungut....sabar...

aku teringat di saat hampir masanya untuk bertemu Tuhan...aku pergi menghampiri abah...aku kucup pipi abah....abah senyum tapi tak boleh berkata2...aku panggil adik...aku kucup pipi abah sekali lagi...abah senyum...adik kucup pula...abah senyum....tak tahulah macam mana nak cakap perasaanku ketika itu...bahagia sangat...waktu tu aku baru saja nak kenal ayah....baru boleh nak berfikir...sebelum itu aku tak pernah tengok abah senyum...tapi hari tu abah paksa dirinya senyum...aku tau abah seronok sangat ketika itu....

tapi bila abah pergi tak lama selepas itu,Ya ALLAH tak tau lah nak cakap bagaimana??sedih sangat...

saat yang tak boleh aku lupakan ialah ketika abah dikambus tanah...depan mata sendiri....ya allah..sedih sangat...

sampai sekarang bila aku tengok kawan-kawan berbahagia dengan ayah mereka...aku bahagia sangat...tapi hanya menumpang bahagia saja lah....amat bernilai nikmat tu...

bila aku teringat balik masa aku kucup pipi abah...sebak rasanya...cukuplah setakat tu....nak dicerita panjang sebak pula rasanya.....

sementara yang masih empunya ayah dan ibu...jagalah mereka sebelum nikmat ini ditarik....kepada ibuku...aku sayang ibu....

 

  Kenangan


Komen


"abah..kukenang selalu" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: abah..kukenang selalu
oleh amad pada Sabtu, 21 Jun 2003 @ 3:03:47
(Info AHLI) http://vzard.vze.com


Assalamualaikum..

brothersuf, ana paham bagaimana perasaan anta/i...menag sedih..tapi itulah hakikat semua benda yang bernyawa..akan menenui maut jua akhirnya...termasuk ana sendiri..dan anta/i juga...3 benda yang masih berhubung dengan kita setelah pergi ialah: doa anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang dimanfaatkan.. kita yang masih hidup ini haruslah terus berdoa dan bersedakah kepadanya...

kepada sahabat2 dan diri ana sendiri...kita alhandulillah masih berkesempatan untuk berbicara dan menatap wajah ayah dan ibu...ambillah kesempatan ini untuk berjasa dan menunjukkan kecintaan dan sayangnya kita kepada mereka...
wallahua'lam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

















Re: abah..kukenang selalu
oleh putera_bongsu pada Ahad, 21 Disember 2003 @ 23:37:19
(Info AHLI)


assalamualaikum,
nmpaknya kite senasiblah...tp ini cuma dugaan Dia untuk hambanya yang beriman.look at the bright sight..ketiadaan ayah mnjadikan kite lebih berdikari dan percaya pd diri sendiri.pastu kite lebih mengerti dn mnghargai nikmat kasih sayang especially mak kite.kepada sahabat yg lain,bahagiakanlah parent korang when u still have the opportunity,k.wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: abah..kukenang selalu
oleh furqani_nur pada Ahad, 28 Disember 2003 @ 14:49:03
(Info AHLI)


assalamualaikum brothersuf......
ana begitu tersentuh mendengar luahan hati anta...
begitulah lumrah kehidupan,setiap yang bernyawa akan pergi jua....redholah......

apa yang anta rasakan adalah ujian dari yang maha esa dan Allah lebih sayangkannya....

sebenarnya ana amat sensitif bila kawan2 ana menyebut tentang keluarga..apatah lagi apabila membaca artikel anta...ana tak pernah merasa kebahagian keluarga...ana juga tidak pernah merasa tinggal bersama keluarga sejak ana berusia 5 bulan lagi dan hanya ditaburi dengan kasih sayang ibu angkat....namun,kasih sayang ibu yang melahirkan kita tidak sama dengan kasih sayang seorang ibu yang hanya menjaga kita...

brothersuf,ketahuilah banyak lagi manusia di dunia ini yang mengalami nasib seperti anta..malah, ada yang lebih teruk lagi dari kesedihan yang anta alami.....sementara ibu anta masih ada..hargailah kasih sayang ibu,kerana setiap manusia mempunyai SEORANG ibu sahaja.

SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU......

ma'assalamah ilal liqoq
jazzakullah hukairan kathira
wassalam......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115361 saat. Lajunya....