Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Permata hati
 Posted on Isnin, 26 Disember 2005 @ 0:42:14oleh istisafa
Kenangan ilahsweet menulis Hidup ini memang penuh dengan dugaan. Saya pernah terdengar kata-kata seorang hamba Allah. Tuhan mendatangkan kepada kita berbagai-bagai ujian. Ujian itu sama ada dalam bentuk kesenagan atau kesusahan. Tentu ramai yang akan memilih ujian dalam bentuk kesenangan, kan?

Tetapi hakikatnya, ujian dalam bentuk kesusahan adalah yang paling senang. Apabila kita susah, kita akan sentiasa mengingati Allah. Sedangkan apabila kita senang, jauh sekali terdetik dalam diri kita untuk mengingatiNya.
    
Saya bukanlah seorang yang alim. Tetapi saya dididik dalam sebuah keluarga yang cukup harmoni. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah saya meningkat remaja. Seperti remaja lain, saya selalu inginkan kebebasan. Ingin bersama-sama dengan rakan-rakan dan enjoy dalam kehidupan. Kadang-kadang saya ingkar pesanan ibu saya. Tetapi alhamdulillah,saya tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan islam.

Ketika umur saya 15 tahun, saya disahkan menghidap penyakit scoliosis. Saya mengalami masalah pembengkokan tulang belakang. Saya perlu segera dibedah. Pada waktu itu, hanya tuhan yang tahu betapa pedihnya hati saya. Sebanyak RM18700 diperlukan untuk pembedahan tersebut. Di mana saya hendak mencari wang sebanyak itu? Ayah saya hanya seorang tukang kebun. Setiap kali orang bertanyakan kesihatan saya, saya akan menangis. Saya rasa diri saya tidak berguna kerana menyusahkan ibu bapa saya. Setiap malam, ayah saya akan bangun seawal jam 3 pagi untuk solat dan berdoa semoga saya sihat. Saya sedar semua itu.
    
Akhirnya, saya berjaya memperoleh bantuan. Selama setahun saya menunggu bantuan tersebut. Pada bulan ramadhan tahun lepas, iaitu ketika saya hendak menyambut hari jadi ke-15, saya telah dibedah. Ketika saya koma, ibu bapa saya tidak dapat melihat saya kerana mereka terlalu takut. Ayah saya hampir pengsan melihat keadaan saya yang lemah dan hampir kehilangan nyawa. Sehingga sekarang, iaitu setelah hampir setahun saya dibedah, saya masih menganggap bahawa ia adalah pengalaman terbaik saya.
    
Saya mula sedar bahawa keluarga adalah permata dalam kehidupan saya. Saya sangat sayangkan ibu dan bapa saya. Doa, air mata dan harapan mereka ketika itu menyedarkan saya.

I LOVE YOU MUM AND DAD!!

 

  Kenangan


Komen


"Permata hati" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Permata hati
oleh nurin_yin pada Selasa, 27 Disember 2005 @ 11:53:37
(Info AHLI)


emm memang lah sedih tapi ada hikmanya. Latih lah diri kita untuk sentiasa bersyukur bila dapat kesenangan dan kesusahan. sesuatu yang tidak disangka juga pernah menjengah dalam hidup saya tapi saya diberi ketabahan, pasrah .... kalau itu yang terbaik diberikankepada saya mesti ada cerita gembira disebaliknya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Permata hati
oleh qudwah ([email protected]) pada Jumaat, 30 Disember 2005 @ 23:13:57
(Info AHLI)


DOA IBU DAN BAPA ADALAH DOA YANG PALING MUSTAJAB DI SISI ALLAH
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Permata hati
oleh hilmy pada Isnin, 09 Januari 2006 @ 0:24:24
(Info AHLI)


pemata hati..yang lebih utama allah&rasull..and then familly
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Permata hati
oleh hanif ([email protected]) pada Rabu, 31 Mei 2006 @ 16:14:41
(Info AHLI)


SYUKUR ITU HANYA DAPAT DINILAI JIKA KITA KEHILANGANYA,
BERBEZA DARI KESABARAN, RAMAI ORANG BOLEH BERSABAR TAPI TAK RAMAI YANG BERSYUKUR!!! FIKIR-FIKIRKAN lah!1

WASSALAM.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.212048 saat. Lajunya....