Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 30 hari yang lalu
ronniefinancehome: 41 hari yang lalu
MTMKi: 51 hari yang lalu
usop79: 52 hari yang lalu

erti MERDEKA (Bahagian 1)
 Posted on Selasa, 30 Ogos 2005 @ 8:32:47oleh istisafa
Tazkirah afizam menulis Merdeka! Merdeka...mungkin itulah lafaz yang bakal hampir kesemua umat Islam di bumi Malaysia ini akan laungkan demi menyambut perayaan hari kemedekaan negara yang ke48. Tapi kita sebagai umat islam ini sedarkah akan maksud kemerdekaan itu yang sebenarnya? Mungkin di lubuk fikiran semua yang merdeka bermaksud bebas dari dijajah.

Tapi apakah merdeka dari sudut islam itu sendiri? Pernahkah kita berfikir akan perkara tersebut? Merdeka dari sudut islam adalah bebas dari segala perkara keji dan mungkar, bebas hati ini dari dicengkam ganas oleh nafsu serakah dan hasutan syaitan dan bebas dari pemikiran yang negatif...itulah hakikat sebenar merdeka dari sudut islam. Tapi adakah kita menelusuri segala yang telah Allah syariatkan kepada kita itu dengan betul.."Sesugguhnya ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mendapat rahmat darimu yakni orang-orang soleh dan janganlah Kau jadikan aku orang yang tidak mendapat nikmat dariMu yakni orang-orang yang sesat" Surah Al- Fatihah - ayat 5 & 6.

Masya Allah.. besarnya hikmah surah al-fatihah di sebalik pengertiannya terhadap kita.. tapi pernahkah kita menghayati setiap baris ayat tersebut setiap kali kita tunduk kepada Mu ya Allah lima kali sehari... wahai sahabat - sahabatku sedarlah engkau dari lenamu dan bangkitlah dari tilam empukmu dan sujudlah banyak-banyak kepada Allah selagi mana Allah memberi peluang kepada kita hidup di muka bumi ini bagi mencari bekalan sebanyak yang mungkin sebelum kita dipulangkan kepadaNya... Arus ganas globalisasi memanglah sangat mencabar iman umat islam pada hari ini untuk dibuai leka menikmati kenikmatan dunia yang kini kononnya tanpa sepadan.. dengan ilusi dimensi ketiga...kita pula berfantasi di dunia fatamorgana yang penuh dengan dosa ini...

Dosa memanglah seronok untuk dilakukan manakala benda yang baik itu adalah sangat berat untuk diinjak bagi melakukannya... apa yang hendak dikata..perkara buruk itu dikawal dan dibenihkan oleh nafsu yang berkompromi dengan syaitan durjana... perkara baik pula tiada yang membantu..tiada yang mampu mengujakan diri ini untuk berbuat demikian...tapi ingatlah wahai sahabat2ku yang kita telah ditinggalkan nabi junjungan kita dengan al-Quran dan sunnahnya dan sesugguhnya baginda adalah USWATUL HASANAH...pelajarilah dan teladanilah satu persatu.. nescaya kita tidak akan tersesat dengan perkara mazmumah, malah kita akan disajikan dengan juadah mahmudah.. berubudiahlah kepada Allah..insyaAllah kita akan berasa bahawa betapa izzahnya diri ini dengan agama suci ini yakni Islam...

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini.. merdekakanlah diri kita ini dari perkara - perkara keji dan mungkar... ingatlah bahawa perkara paling dekat dengan diri kita ini ialah maut..."Sesungguhnya ingatlah wahai manusia bahawa kamu berada di ambang maut..maut itu hanyalah ibarat tali kasutmu.. yang sangat dekat denganmu.. kenikmatan dunia hanyalah 1% manakala kenikmatan hari akhirat adalah 99%... yang mana satukah jalan yang kita harus pilih... gunakanlah akalmu yang dianugerahkan Allah demi membezakan diri kita dengan makhluk lain... letakkanlah diri kita dalam jalan orang -orang yang soleh yakni laksana para sahabat dan solihin.." kata - kata orang soleh.

Biarlah kita ini apabila dicampak ke daratan menjadi gunung.. dilempar ke lautan menjadi pulau dan dilontar ke udara menjadi kejora yang berterbangan bebas berpaksikan jalan yang tepat dan megah menerjah segala molekul udara dengan hebat.. ingatlah biarpun perkara itu adalah bagi kita perkara kecil untuk melakukan kesalahan, tapi ianya tetap salah.. jagalah auratmu. Sesungguhnya itulah aset yang paling berharga dari Allah kepada kita untuk disimpan dengan baik dan bukannya untuk ditontoni orang lain sebagai kononnya kebanggaan kepada kita....

 

  Tazkirah


Komen


"erti MERDEKA (Bahagian 1)" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.070277 saat. Lajunya....