Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Cerita Bersiri: Rizal Hafizuddin [1]
 Posted on Isnin, 29 Ogos 2005 @ 22:28:38oleh Kang
Karya sanada_yukimura menulis Rizal Hafizuddin- prologue

Rizal masih lagi tersedu-sedu semasa Kak Iza datang. Bahunya bergegar dengan sedu sedannya. Dua jam menangis namun amarahnya belum mahu surut, terkilannya masih lagi terasa, suara abah masih lagi terngiang-ngiang.

“Ijal...mari balik...” lembut suara Kak Iza.

Diam. Tiada balasan. Dangau buruk itu bagai tidak menyimpan sesiapa di dalamnya. Kak Iza memang sudah masak dengan sikap degil adiknya. Katanya jarang mainan. Perlahan Kak Iza melangkah masuk.

“Ijal, sudah lah tu Jal...jom balik. Dah maghrib pun. Nanti nyamuk gigit.”

Hati budak Rizal masih membentak. “Nyamuk pun nyamuk lah! Ijal tak nak balik!”

“Mari lah Jal...” pujuk Kak Iza lagi, “Temankan akak balik, akak tak berani lah balik seorang-seorang...”

Setelah sekian lama barulah wajahnya diangkat dari lutut. Terusik jugak hati kerasnya mendengar kakaknya merayu. Matanya nyata tersembul lebam, bagai orang tak tidur semalaman. Terkebil-kebil kanak-kanak itu menatap dunia yang semakin kelam.

“Ya Allah, Jal!” Kak Iza tersentuh melihat keadaan adiknya. Di peluk satu-satunya adiknya itu.

“Abah benci kat Jal!”

‘Astagfirullah. Mana mungkin abah benci kat Jal. Sayangnya lebih dari akak. Kadang-kadang akak pun irihati dengan Jal.’ Mahu saja dihambur begitu.

“Dah lah Jal. Jangan merajuk lagi. Abah tak marah Jal. Dia sayang Jal lebih dari dia sayang kakak tau.” Naluri keibuannya yang tersentuh hampir melahirkan butir-butir jernih di mata. Di tahannya sedaya upaya.

“Habis Kenapa Abah pukul Jal!”

“Abah pukul sebab sayang kat Jal. Abah pukul sebab Ijal degil. Ijal tak nak solat asar ye?”

Rizal angguk. “Kawan Jal Alif, Zam pun tak solat. Tapi mereka tak pun kena pukul!” Balas logik akalnya. Itulah juga katanya pada Abah yang membuatkan Abah hilang sabar. Getah paip abah rentap, abah hayun ke belakang Rizal. Berkali getah itu menyapa kulitnya hingga calar-balar namun lidahnya keras untuk meminta ampun.

“Rizal...kan solat tu kewajipan kita kat Tuhan. Hari-hari Tuhan kasi nikmat kat kita sebab dia sayang kita. Solat tu tanda sayang kita kat Tuhan pulak.”

Diam lagi.

“Ijal pernah bayar ke setiap nafas jal sedut? Ijal pernah bayar setiap kali nak tidur? Mengantuk tu pun nikmat tau!”

Kak Ija menghembus nafas lega melihat adiknya tak lagi membangkang. Tak lagi menjawab. Apakah Rizal faham hujahnya atau dia sudah kepenatan?

“Balik ye Jal..?” tanya Kak Ija penuh harapan. Hatinya terasa lapang apabila Rizal mengangguk setuju.

Matahari hampir tak kelihatan lagi. Jalan yang belum bertar itu terasa begitu kelam tanpa sebarang lampu jalan. Yang tampak ketara hanya petak-petak sawah digarisi saki baki cahaya senja.

“Kak..?” suara si adik memecah kesepian.

“Kenapa?”

“Akak kata kalau kita solat Tuhan sayang kita...” Rizal mendongak ke akaknya.

“Memanglah.”

“Habis tu Kenapa kita ni miskin kak? Alif tu tak pernah solat pun tapi keluarga dia kaya?”

Di bawah kemalapan sinar senja Rizal nampak bibir ayu kakaknya tersenyum. Mata cantiknya redup merenungnya.

“Kaya tu tak semestinya tanda Tuhan sayang kita. Orang yang Tuhan sayang, hati dia akan tenang... Ada masaalah ke, tak ada masaalah ke. Ada duit ke, tak ada duit ke...”

Kalaulah Rizal sentiasa ingat kata-kata itu selepas mereka semua semua pergi. Ibu, abah dan kakak Iza...

 

  Karya


Komen


"Cerita Bersiri: Rizal Hafizuddin [1]" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078123 saat. Lajunya....