Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 211
Ahli: 0
Jumlah: 211




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bilakah Bapa Menderhakai Anaknya
 Posted on Ahad, 06 Mac 2005 @ 13:22:17oleh Hanan
Tazkirah dakwah_ilahi menulis Semua kita tentu pernah mendengar perkataan "Anak Derhaka".Kalau diajukan soalan tentang takrif anak derhaka sudah tentu semua orang mampu menjaabnya dengan tepat.Memang dungu betullah kalau masih ada insan yang tidak faham pengertian "Anak Derhaka".Lebal "katak di bawah tempurung'amat sesuai dikenakan kepada orang sebegini.

Namun,ramai manusia tidak sedar terkadang bapa juga boleh menjadi "Bapa Derhaka"kepada anaknya.Betulkah bapa juga boleh menderhakai anaknya?Ya!Untuk menjawab soalan ini elok rasanya kita bawakan sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab .a.


Suatu hari telah datang seorang lelaki kepada saidina Umar.Tujuan kedatangannya ialah untuk mengadu perangai anaknya yang selalu melawan dan tidak pernah mendengar kata-katanya. pendek kata,anaknya ini tergolong di kalangan "Anak Derhaka".Mendengar aduan
lelaki tersebut,Saidina Umar terus memerintahkan supaya si anak tersebut datang menghadapnya dengan segera.Setelah anak itu datang,Saidina Umar menasihatkannya supaya jangan menderhakai ayahnya serta diwajibkan ke atas setiap insan mentaati dan menghormati ibu bapanya.


Tiba-tiba si anak tersebut bertanya kepada Saidina Umar, dengan katannya: Wahai Amirul Mukminin!! Apakah anak tidak mempunyai hak yang perlu di tunaikan oleh bapanya??/ Jawab Saidina Umar:Bahkan ada. Berkata si anak: Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin???Saidina Umar menjawab:Bapa perlu memilih ibu yang baik (berkhawin dengan perempuan yang solehah), memberi nama anaknya dengna nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran (memberi pendidikan islam yang sempurna).


Berkata si anak: Sesungguhnya bapa saya tidak membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara ini. ibu saya berbangsa Afrika, dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama nama Khunsa (kumbang) dan dia juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pundari Al-Quran.


Saidina Umar lantas menoleh kepada orang yang mengadu tadi sambil berkata: Engkau datang untuk mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah memalukannya sebelum engkau dimalukkan.

 

  Tazkirah


Komen


"Bilakah Bapa Menderhakai Anaknya" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Bilakah Bapa Menderhakai Anaknya
oleh pengembara_firdausi pada Isnin, 07 Mac 2005 @ 0:04:55
(Info AHLI)


tiada istilah bapa menderhakai anak.......
sebaliknyer bapa mengabaikan tangungjawab terhadap anak.kalau bapa menderhaka pada anak...satu situasi yg agak berbeza...kalau bapa menderhakai anak...anak tidak buleh berkjata walupunuh..tapi kalau anak menderhakai bapa....
tidak buleh uh sekali pun....kalau anak tak ikut keputusan yg dibuat oleh bapa utk kebaikan ia dinamakan derhaka...tapi kalau bapa tak ikut suruhan anak walupun kebaikan,.,,iia tak dinamakan derthaka tetapi....menzalimi islam tuh sendiri...dosa pada pengtaklifan hukum islam tuh sendiri...
begitu juga keadaan seorg tuan pada hambanya..ia mempunyai hak.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109551 saat. Lajunya....