Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

10 Perkara Mengenai Menutup Aurat
 Posted on Isnin, 24 Januari 2005 @ 9:02:08oleh Hanan
Tazkirah SrikandiSejati menulis Islam adalah agama yang indah dan tidak menyusahkan penganutnya. Walaupun menutup aura adalah wajib di sisi islam, namun ramai yang telah tersalah anggap dengan mengatakan memakai tudung atau baju labuh adalah sesuatu yang merimaskan dan tidak kelihatan sofistikated. Anggapan ini tidak seharusnya berlaku. Islam telah menggariskan satu penyelesaian yang mudah untuk penganutnya untuk melaksanakan tuntutan seperti yang disyariatkan. 10 perkara berikut mungkin dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan membantu anda memahami amalan menutup aurat di sisi islam.

1. Ada pendapat menyatakan kewajipan menutup aurat khusus kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan nabi. Oleh itu, wanita biasa dan selain golongan itu tidak wajib menutup aurat.

2. Pendapat yang lebih keras menyatakan wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali mata sebelah kiri sebagai kemudahannya bergerak. Kerana itu mereka diwajibkan memakai jilbab dan nikab yang menutup muka.

3. Bagaimanapun majoriti ulama mengambil jalan tengah yang bersifat sederhana iaitu wanita wajib menutup seluruh anggota kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Kelonggaran ini diberikan berikutan tuntutan keadaan untuk memudahkan pergerakan wanita terutamanya yang bekerja dan belajar.

4. Wanita bekerjaya tidak boleh menjadikan kerjaya mereka sebagai alasan untuk tidak menutup aurat. Tiada bukti atau tanda yang menunjukkan pakaian menutup aurat mengurangkan tahap kecemerlangan wanita dalam kerjaya.

5. Menurut tafsir Ibnu Abbas, muka dan dua tapak tangan (beliau menamakannya perhiasan zahir) dikecualikan daripada anggota yang wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, dada, rambut, dua lengan dan betis harus dibuka ketika di rumah atau semasa berada dalam lingkungan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik atau ibu bapa mertua.

6. Bahagian yang lebih sulit seperti perut, kemaluan, paha dan belakang, tidak boleh dibuka sama sekali walaupun di hadapan keluarga rapat atau sesama wanita sama ada muslim atau bukan muslim. Hanya suami yang dibenarkan melihat seluruh anggota tubuh isterinya.

7. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan sama ada tapak kaki wanita adalah sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup dan ia boleh dibuka untuk keselesaan berjalan.

8. Perintah menutup aurat bagi wanita bukanlah kerana islam meragui iman kaum lelaki. Sebaliknya ia langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu kejadian buruk.

9. Aurat wanita sesama wanita adalah seluruh tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Kawasan yang haram dilihat, adalah haram didedahkan walaupun ia tidak menimbulkan fitnah.

10. Batas aurat lelaki seperti yang disepakati ulama adalah kemaluan hadapan dan belakang serta wajib ditutup. Sesetengah ulama berpendapat paha adalah aurat yang wajib ditutup lelaki, sekali gus bermakna aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Bagaimanapun kebanyakkan ulama mengambil jalan tengah dengan menyatakan aurat lelaki terbahagi dua iaitu mughallazah (keras) yang merujuk kemaluan hadapan dan belakang, serta mukaffafah (ringan) iaitu paha. Kedua-dua bahagian ini dikira aurat dan wajib ditutup.

 

  Tazkirah


Komen


"10 Perkara Mengenai Menutup Aurat" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120999 saat. Lajunya....