Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

CERITA BILIK TUMPANGAN
 Posted on Ahad, 03 Oktober 2004 @ 14:23:52oleh Hanan
Tazkirah raihanahfirdaus menulis Bumbungnya hanya tanah yang ditampal-tampal sehingga menutupi langit. tiada lagi hembusan langit jauh dari air-cond yang menyejukkan tiada lampu-lampu antik menerangi kegelapan...bilik kecil itu tiada tiang, namun kukuhnya tidak boleh dipertikai...itulah tempat bilik trilion jasad manusia ditumpangkan sementara untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Mega.

lubang sedalam enam kaki selebar 2 kali 6 inci adalah sebuah bilik kecil yang telah memberi jasanya menumpangkan musafir yang berkelana menuju ke Bandar Mega. Hanya berlapikkan lantai tanah yang lembap dan berbantalkan sekepal tanah. Dindingnya tanah yang tiada hiasan tiada gambar tiada langsir yang beralun dan berombak. Hanya yang ada gurisan-gurisan yang mencalar di sana-sini pada dinding itu.

Walaupun dikiri kanan terdapat banyak bilik-bilik lain yang turut menumpangkan jasad-jasad lain, namun tidak kedengaran satu suarapun . Kelibat rupa mereka pun tidak kelihatan, hilang tawa mereka, tiada lagi sindiran, tiada lagi pertengkaran dengan mereka dan tiada kaitan apa-apa dengan mereka. Disini ditinggalkan baring keseorangan. Tiada lagi kekasih yang dicintai, tiada lagi isteri tercinta, tiada lagi anak-anak dan saudara yang sanggup baring bersama untuk menemani. Disini tinggallah keseorangan bersama dengan hadiah jariah-jariah yang ada. mujurlah kalau dulu pernah menjana harta benda untuk mengembangkan makruf yang dimanfaati oleh orang ramai hingga ke hari ini. Orang yang mendapat jariah itu tentunya tidak berputus-putus mengirimkan hadiah berupa doa selamat sebagai teman bersama dalam bilik kecil itu. kalau dulu ada ilmu yang baik lalu diajarkan kepada orang lain dan ilmu itu digunakan orang yang menerima dengan baik, maka mereka itu juga tidak lepas dari menghadiahkan pahala yang tiada terbanding nilainya pada kita diketika itu.
Kalau dulu kita ada anak dan berusaha menjadikan dia anak yang soleh dan beriman, tentunya juga mereka tidak akan lupa menghadiah doa dan pahala.

sebenarnya jasad yang dibaringkan dibilik itu hanya menunggu masa untuk dagingnya, kulitnya dan tulangnya bercerai berai. daging hanyir itu untuk makanan cacing tanah, dulu jasad itu dijaga dengan sebaik-baiknya dicuci dengan beraneka jenis busa, diharumi dengan pelbagai wangian yang menusuk hidung. Namun, ketika jasad dibaringkan dalam bilik sempit ini semua menjadi hidangan mahluk bernama cacing tanah lalu ulat-ulat dari perut bersorak surai gembira menyoreh daging yang semakin hari semakin reput menjadi air hitam yang tersangat busuk. Bau busuk itu belum tentu hilang walau dicuci dengan tujuh air tanah sekalipun. Dulu perut itu diisi dengan macam-macam jenis juadah enak dan sedap malangnya, semua juadah memenuhi perut yang enak dan sedap malangnya semua makanan yang memenuhi itu perut itu menjadi santapan ulat dibilik tumpangan ini..selepas itu akan terlihatlah jasad sebenar manusia yang dulu kelihatan gagah,yang dulunya kelihatan sangat indah.

Orang-orang yang mendalami dan mengkaji hakikat bilik kecil ini mengakui ia hanya persinggahan untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Mega. Walaupun jasad itu hancur dimamah ulat dan cacing tanah, namun itu hanyalah obje yang dilekat sementara untuk teman dilam perjalanan dalam alam buana. Bila tiba masanya jasad itu perlu kembali pada tuannya iaitu tanah dan dibilik inilah tempatnya. Manakala tuan jasad itu tetap akan dikunjungi oleh dua pengawal dan bertanya khabar...Mereka ini diarahkan untuk mengambil berat kepada sesiapa yang menumpang bilik kecil ini. Segala khabar orang yang menumpang disini akan ditanya.

" siapa Tuhan kamu ?"...." siapa nabi kamu ?"...." Apakah imam kamu ?"...
" dimana kiblat kamu ?" itulah antara soalan yang ditanya oleh dua orang pengawal tadi.

namun bagaimana jawapan orang yang tidak pernah mendendangkan tasbih, tahmid dan takbir sedangkan mulut tiada noktahnya untuk berkata-kata? bagaimana mahu menjawab kalau SHAH RUKH KHAN, RONALDO, MICHEAL SHCUMACER lebih dikenali daripada PARA ANBIYA' ? bagaimana mahu menjawab sedangkan lidah hanya mengukir sebutan ayat-ayat suci wahyu Ilahi dikala teringat sahaja sedangkan serangkai lagu BRITNEY SPEARS dihafal sebaik mungkin walau tidak tahu maknanya ? bagaimana mahu menjawab kiranya jiwa sudah terpersona dengan KASINO, BAR, KELAB MALAM, LAMAN-LAMAN PORNO, AURAT-AURAT WANITA JELITA dan segala macam lagi....???

Disinilah baru terfikir "dimana aku habiskan masa aku dan kemana aku belanjakan harta-harta ku? Kenapa aku terlalu degil, tidak lansung menghiraukan nasihat orang-orang yang baik sebaliknya aku mempersendakan dan memaki hamun mereka? Kenapa aku akrab dengan golongan yang cintakan dunia sehingga aku turut tertipu dengan dunia fana itu? Kenapa aku menangguh-nangguhkan untuk melakukan perkara yang baik? alangkah ruginya aku....rugi ! rugi ! rugi !

Apabila jasad dibaringkan disini baru sedar kehidupan sebenar masih jauh,perjalanan dialam buana terlalu singkat. Disini baru terfikir kalau sekiranya masa itu dikembalikan, sudah tentu akan dimanfaatkan sepenuhnya ketika di alam buana. Tentulah banyak yang dapat dicapai untuk dibawa bersama sebagai peneman menuju ke Bandar Mega.

Malangnya setelah jasad berada dibilik sempit ini bukan masanya untuk menyesali kehidupan lampau mu. Semua sudah berlalu dan akan menjadi persaksian di Mahkamah Agung Rabbul Jalil nanti. Tiada gunanya lagi menjerit walau habis batun batan yang pejal pecah kerana jeritan itu, tidak guna menangis lagi walau menitiskan air mata darah sekalipun. Di bilik tumpangan ini bukan lagi tempat untuk menyesali masa lampau, tetapi ia adalah saat menunggu panggilan ke Perhimpunan Agung di al Mahsyar kelak. Disana nanti dihimpunkan pemilik jasad sejak dari kewujudan Adam hingga berakhirnya hayat bumi dan isinya,Perhimpunan yang akan membuat tapisan untuk menempatkan setiap jasad yang layak menghuni satu dari dua tempat.

maka beruntunglah empunya jasad yang mengendalikan jasad sebagaimana yang dituntut oleh yang Maha Pencipta sesungguhnya amatlah rugi jasad bagi mereka yang mengendalikan jasad yang dipinjamkan itu menyimpang dari Kehendak Yang Maha Pencipta

petikan Haluan bil 1 2003

 

  Tazkirah


Komen


"CERITA BILIK TUMPANGAN" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145103 saat. Lajunya....