Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 267
Ahli: 0
Jumlah: 267




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

kemaafan membawa keceriaan jiwa!!!
 Posted on Jumaat, 17 September 2004 @ 21:41:35oleh Hanan
Umum inspirasihearty85 menulis 'MAAF'-hanya sepatah perkataan, tetapi amat berat bagi mulut untuk melafazkannya. Memang bukan sebarangan sebarangan orang yang mampu memohon maaf dan memberi maaf. Hanya mereka yang berjiwa besar, memiliki bibir yang ringan untuk menyebutnya.

'MAAF'-hanya sepatah perkataan tetapi kesannya besar sekali. Dengan kemaafan, yang keruh menjadi jernih lalu sinarlah kegelapan di celah cahaya yang muncul kembali. Sifat pemaaf si muslim sebati dalam hati dan menerangi jiwa ketika dilanda sengketa.

Benar, memohon kemaafan tidak mengembalikan apa yang hilang dalam persengketaan. Tetapi kemaafan mengurangkan kepedihan dan membuka jalan perdamaian. Mudah-mudahan luka yang berdarah bertaut kembali.

Dan bukankah kemaafan lebih baik daripada kemarahan dan dendam bagi keceriaan jiwa si muslim? Kerana kemarahan sebenarnya ibarat racun bagi jiwa. Sedikit demi sedikit ia boleh memakan tuannya.

Kita memohon maaf dan menghulurkan kemaafan kepada orang lain dengan harapan mudah-mudahan orang lain juga tidak keberatan untuk memaafkan kesalahan kita. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak melakukan kesalahan?

Mohonlah dari al-Ghaffar, Tuhan Yang Maha Pengampun, agar diberinya hati yang lembut selembut fitrah manusia serta mudah menerima dan memberi maaf. Sentiasalah menyebut kalimah Ya Ghaffar...Ya Ghaffar...Ya Ghaffar... Semoga kita menjadi seorang yang pemaaf...


BERKAWANLAH SELAGI ADA HATI,
BERCINTALAH SELAGI ADA YANG SUDI,
BERGEMBIRALAH SELAGI ADA TEMAN DISISI,
BERILAH KEMAAFAN SELAGI ENGKAU HAMBA ILAHI...

 

  Umum


Komen


"kemaafan membawa keceriaan jiwa!!!" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102907 saat. Lajunya....