Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Abu Ubaidah penuhi ciri-ciri perawi hadis
 Posted on Ahad, 01 Ogos 2004 @ 16:37:58oleh Hanan
Tazkirah tuyup menulis NABI Muhammad saw pernah bersabda bermaksud: “Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.”

Itulah penghargaan yang diterima oleh Abu Ubaidah daripada Rasulullah. Penghargaan itu tidak diberikan Rasulullah kepada sahabat yang lain.

Bagaimanapun, ini tidak bererti, bahawa Rasulullah tidak mempercayai sahabat yang lain. Jika dilihat keperibadian Abu Ubaidah, beliau memang layak mendapatkan gelaran itu, sekalipun dia tidak mengharapkannya.

Abu Ubaidah mempunyai sifat mulia yang tidak dimiliki orang lain. Antara sifat menonjolnya ialah jujur, tawaduk dan pemalu.

Muhammad bin saja'far pernah bercerita, suatu ketika datang rombongan Nasrani Najran menemui Rasulullah.

Kata utusan itu: “Datangkanlah utusanmu ke negeri kami untuk menyelesaikan permasalahan yang kami hadapi. Kami benar-benar reda dan yakin terhadap kaum Muslimin.”

Rasulullah menyanggupi permintaan itu dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata: “Esok aku akan mengutus bersama kalian seorang yang benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya.” Rasulullah menyebut ‘amin’ (terpercaya) sampai diulanginya tiga kali.

Tidak lama kemudian berita itu pun tersebar di kalangan sahabat. Masing-masing ingin dipilih oleh Rasulullah menjadi utusan itu.

Umar al-Khattab mengungkapkan: “Aku benar-benar mengharap agar aku dipilih Rasulullah untuk melaksanakan tugas itu.

“Aku sengaja mengangkat kepalaku agar Baginda boleh melihatku dan mengutusku untuk melaksanakan amanat itu.

“Rasulullah masih tetap mencari seseorang, hingga Baginda melihat Abu Ubaidah dan berkata: “Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan penduduk Najran.

“Jalankan hukum-hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan.”

Dalam soal kepemimpinan, Saidina Umar al-Khattab pernah berkata kepada hadirin: “Wahai umat Muhammad! Sesungguhnya aku ini seorang Muslim daripada Quraisy. Tiada seorang pun daripada kamu yang merah atau hitam melebihiku melainkan yang bertakwa kepada Allah.”

Kemudian Umar berkata lagi: “Aku pernah mengunjungi Syam dan bertanya penduduk Syam yang menyambut kedatanganku. Mereka bertanyaku: “Siapa yang anda cari di sini?”

Maka Umar pun menjawab: “Aku mencari Abu Ubaidah al-Jarrah. Dia seorang yang terkenal dan paling warak, sepatutnya dia menyambutku tetapi apabila sampai ke Syam. Aku tidak nampak dia, di mana dia?”

Apabila Abu Ubaidah menyedari Umar sedang mencarinya maka dia pun berusaha mendapatkan Umar. Beberapa waktu kemudian, dia berjumpa Umar yang sedang dikelilingi beberapa penduduk Syam.

Sebaik kedua-duanya bertemu, mereka terus berpeluk-pelukan menandakan keakraban persaudaraan sesama Islam, sedangkan pada hakikatnya waktu itu, Abu Ubaidah cuba mengasingkan diri daripada segala kesibukan urusan dan pemerintahan negara.

Dia ingin menumpukan perhatian kepada soal ibadat dan duduk dalam keadaan warak. Kalau dilihat dalam konteks sekarang, hal ini sebenarnya ada juga berlaku. Itulah sebabnya dari segi pemerintahan, apabila kita menjadi seorang ketua yang naik melalui politik, kita jarang didampingi orang warak. Kebanyakan kalangan yang warak tidak begitu berminat mencampuri urusan pemerintah berteraskan politik.

Pada zaman pemerintahan khalifah Islam, hal ini memang pernah berlaku.

Dalam hal orang yang meriwayat, mengumpul dan menyampaikan hadis, kebanyakan mereka tidak sanggup menjadi pemerintah atau pembesar. Mereka berasa cukup menjadi pembantu kepada kalangan pemerintah itu saja, walaupun tinggal di kawasan berhampiran dengan ketua negara berkenaan.

Mereka khuatir kezuhudan mereka akan hilang. Malah lebih daripada itu, mereka sangat takut apabila timbul sesuatu masalah. Mereka mungkin terpaksa mencari helah untuk bercakap tidak benar atau berlaku tidak adil kepada sesetengah orang atau golongan yang terbabit dalam pertikaian atau masalah itu.

Justeru, bukan semua sahabat nabi dikategorikan sebagai pengumpul hadis kerana mereka adalah kalangan paling warak. Mereka sentiasa menjaga kepentingan agama melebihi daripada diri sendiri.

Ciri-ciri kewarakan ini memang wujud pada diri Abu Ubaidah. Oleh itu, sekiranya sesuatu hadis itu diriwayatkan olehnya maka cerita itu dianggap oleh umat Islam sebagai datang daripada orang yang benar-benar warak.

Faktor ini amat penting dalam soal meriwayatkan hadis kerana hadis hanya mula ditulis 80 tahun selepas Rasulullah wafat.

Sebagai perawi hadis, Abu Ubaidah memanglah memenuhi sebahagian besar ciri berkenaan. Satu ketika, Umar pergi pula ke rumahnya dan melihat sekeliling rumah itu kosong saja.

Tidak ada apa pun yang menghiasi rumah Abu Ubaidah kecuali pedang, perisai, tombak dan baju besi untuk berperang. Malah, bantal untuk tidur pun tidak ada. Sebaliknya dia hanya tidur di atas pelana kuda.

Melihat keadaan itu, Umar tersenyum dan berkata: “Abu Ubaidah, kamu seorang tentera, seorang pembesar yang pernah menjadi gabenor, sahabat Rasulullah, dihormati tetapi mengapa kamu tidur di atas pelana kuda itu saja?”

Abu Ubaidah menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, saya khuatir kalau saya hebat nanti, kehebatan diri dan dunia saya akan menjadi buah mulut ramai, sedangkan saya amat inginkan akhirat melebihi daripada dunia saya.

“Itulah sebabnya saya tidur di atas pelana yang pernah menjadi pelapik duduk kuda yang menjadi tunggangan saya ketika berperang dengan musuh Islam,” katanya.

Menjelang wafatnya, Khalifah Umar pernah berkata: “Kalau Abu Ubaidah masih hidup, maka aku akan melantiknya sebagai khalifah penggantiku.

“Dan apabila kelak Allah bertanya sebabnya, maka aku akan menjawabnya,Aku memilih dia kerana dia seorang pemegang amanat umat dan pemegang amanat Rasulullah.”

Demikianlah keperibadian sahabat Nabi ini. Beliau tidak pernah mundur dalam memperjuangkan kesucian Islam.

Tenaga, harta, waktu, dan jiwanya dikorbankan demi Islam dan kejayaan umatnya.

 

  Tazkirah


Komen


"Abu Ubaidah penuhi ciri-ciri perawi hadis" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.233409 saat. Lajunya....