Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 252
Ahli: 0
Jumlah: 252




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Iman Dan Ciri-Cirinya
 Posted on Selasa, 15 Jun 2004 @ 2:00:23oleh Hanan
Tazkirah adlan menulis Iman dengan makna tasdiq adalah dinamakan diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah SWT. juga sebagai ‘aqidah, dimana rahsianya tidak Walau bagaimanapun manusia itu mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat menjadi ukuran kepada kita, iaitu sifat-sifat yang dapat dilihat melalui tindak-tanduk manusia sama ada perkataan atau perbuatan adalah menjadi tanda iman yang menjadi ukuran kita. Adapun segala apa yang tersirat dihatinya adalah terserah kepada Allah SWT.

Iman itu melahirkan penyerahan diri kepada Allah SWT dinamakan Islam. Ini
bermaksud, seseorang yang beriman itu hendaklah menyerahkan diri kepada Allah
SWT dan menerima segala hukum-hukum-Nya walaupun dengan tidak mengetahui akan
hikmat-hikmatnya. Sesungguhnya penyerahan dan penerimaan itu berlaku dengan dua
perkara; iaitu dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan iman atau
‘aqidah dan juga dengan sifat-sifat lahiriyyah iaitu melalui perkataan dan
amalan yang dinamakan Islam.

Jelas bahawa tempat iman itu ialah hati, yang berlaku padanya tasdiq jazim
kerana firman Allah SWT.

Maksudnya:

“Kerana iman itu belum masuk ke dalam hati mereka.” (Al-hujurat: 14)

Firman Allah SWT.

“Sesungguhnya orang yang meminta izin kepadamu (untuk tidak pergi berjihad),
hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat dan hati
mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.” (at-Taubah:
45)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.

“Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga. Ia memasukkannya sesiapa yang Ia
kehendaki dengan rahmat-Nya. Dan memasukkan ahli neraka ke dalam neraka.
Kemudian Allah berfirman: “Lihatlah kamu akan sesiapa yang kamu dapati di dalam
hatinya iman walaupun sebesar biji yang halus maka keluarkanlah ia.” Riwayat
Imam Muslim.

Iman juga mempunyai rukun-rukunnya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Rasul itu telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran) dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah,
Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. Mereka mengatakan,
“Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun dengan yang lain dari
Rasul-Rasul-Nya”, dan mereka mengatakan . “Kami dengan dan kami taati”. (mereka
berdoa), “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
(al-Baqarah: 285)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Iman itu ialah bahawa kamu beriman dengan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya,
Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar baik dan jahat. (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, bahawa yang dikatakan iman itu ialah beriman dengan Allah SWT,
Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar Takdir.

Wallahua'lam

(tazkirah dr www.maynetwork.net)

 

  Tazkirah


Komen


"Iman Dan Ciri-Cirinya" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114551 saat. Lajunya....