Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 50 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Syawal
 Posted on Jumaat, 04 Jun 2004 @ 8:51:15oleh Engku_Salina
Tazkirah SitiSabarini menulis Peperangan Uhud (3 Hijrah)

Peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun ke tiga Hijrah di bukit Uhud sebelah Utara bandar Madinah. Orang-orang Quraisy telah menggerakkan seramai 3000 orang angkatan bersama-sama dengan tentera bersekutunya untuk membalas dendam terhadap umat Islam dan menebus kembali kekalahan mereka yang sangat teruk di dalam peperangan Badar.

Ketika berita ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda terus menghimpunkan para sahabat dan berbincang dengan mereka bagi mencari jalan yang terbaik untuk menghadapi keadaan ini.

Setelah mesyuarat dan perbincangan selesai dilakukan, Nabi s.a.w keluar bersama dengan angkatan tentera baginda ke medan Uhud. Baginda menjadikan bukit Uhud berada di belakang angkatan tentera baginda dan musuh berada di hadapannya. Baginda membuat pemeriksaan yang rapi terhadap kawasan peperangan tersebut dan mendapati bahawa bahaya akan datang dari arah belakang tentera.

Lalu baginda menyediakan seramai 50 tentera dari kalangan pemanah-pemanah yang mahir. Pasukan ini diketuai oleh Abdullah bin Jubair Al-Ansari di mana mereka ini diperintahkan supaya mengambil tempat yang strategik di atas puncak bukit Uhud yang berada di belakang mereka. Ekoran dari peristiwa inilah bukit ini dinamakan dengan Bukit Pemanah.

Kemudian tentera memberi kata putus kepada mereka: Peliharalah belakang kami dan kami juga tidak akan memberikan peluang kepada mereka menyerang dari belakang kamu. Baginda memerintahkan kepada mereka supaya memanah orang-orang musyrikin dengan menggunakan anak panah dan mereka tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan tempat mereka sama ada umat Islam mendapat kemenangan atau umat Islam mengalami kekalahan kerana kedudukan lokasi tersebut yang sangat bahaya. Memandangkan perkara ini sangat penting, baginda mengulangi arahan tersebut beberapa kali.

Semasa berlaku peperangan, pada peringkat awal umat Islam mendapat kemenangan tetapi oleh kerana sikap mereka yang tergesa-gesa merebut kemenangan dan mereka tidak bersabar malah mereka menyangka bahawa peperangan telah tamat, orang-orang yang berada di medan meninggalkan peperangan dan mereka mula menghimpunkan harta ghanimah serta orang-orang yang berada di atas bukit pula membelakangi perintah Nabi s.a.w dan perintah panglima mereka Abdullah bin Jubair di mana mereka meninggalkan tempat-tempat mereka untuk bersama-sama mengumpul harta ghanimah.

Melihat keadaan tersebut, Khalid bin Al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam terus merebut peluang tersebut, menyerang dengan menggunakan tentera berkuda dari belakang menggunakan kesempatan yang terbuka secara tiba-tiba kerana tentera pemanah meninggalkan tempat mereka menyebabkan beliau berjaya menukar perjalanan peperangan dari kemenangan umat Islam kepada kekalahan umat Islam dengan menggunakan gerakan ketenteraannya.

Ternyata peperangan tersebut memang berakhir dengan kekalahan teruk bagi umat Islam di mana seramai tujuh puluh orang tentera yang gugur syahid. Peristiwa tersebut menjadi pengajaran yang sangat kuat bagi umat Islam. Allah telah menurunkan ayat Al-Quran sebanyak lebih dari enam puluh potong ayat di dalam surah "Aali Imran" mengenai keadaan tersebut sambil menjelaskan kepada mereka faktor-faktor yang mencetuskan tragedi yang telah berlaku dan kekalahan tersebut adalah kerana mereka melanggar perintah Rasulullah s.a.w dan terlalu tamak untuk mengumpulkan harta.

 

  Tazkirah


Komen


"Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Syawal" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Syawal
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 1:13:56
(Info AHLI)


Allah subhanahu w ta'ala
tertawa melihat orang yang
pernah membunuh muslimin
yang berjihad di jalan Allah
tapi dia masuk surga

Gemana boleh?

Kerana dia masuk Islam
dan Allah ampunkan semua
dosa dan kesalahan masa-masa
jahiliyyahnya dahulu

Itulah Khalid contohnya

Semoga Allah ampunkan
semua dosa syuhada uhud
dan dosa yang tlah kita perbuat
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122862 saat. Lajunya....