Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Islam Berkembang di Amerika Latin
 Posted on Ahad, 23 Mei 2004 @ 16:48:53oleh Hanan
Umum Long menulis Juan Jose Galvan ialah seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) berketurunan Latin, satu kelompok masyarakat yang juga dikenali sebagai Hispanik dan kelompok ini adalah penganut Katolik yang kuat.

Bagaimanapun terdapat perbezaan sedikit kerana Galvan ialah seorang Latin yang beragama Islam dan kumpulan yang dianggotai lelaki Latin berumur 28 tahun itu semakin berkembang di negara itu. Sebelum memeluk Islam, Galvan adalah seorang penganut Katolik yang taat dan sering menganjurkan pengajian Injil secara berkumpulan.

Keyakinannya mula berganjak apabila pada satu hari, Galvan terlihat seorang
lelaki Latin bernama Armando sedang bersolat. Beliau terfikir: ``Kenapa pula
lelaki Hispanik ini bersembahyang kepada Allah?''

Armando kemudian menerangkan kepadanya bahawa negara asal mereka iaitu
Sepanyol pernah diperintah oleh kerajaan Islam selama 700 tahun lamanya.

Beribu-ribu perkataan bahasa Sepanyol juga berasal dari bahasa Arab.

Runtuhan masjid-masjid lama yang tertera ayat-ayat al-Quran telah dijumpai
di bekas tanah jajahan Sepanyol seperti Cuba, Mexico serta Texas dan Nevada
di Amerika Syarikat.

Tiga tahun selepas berjumpa Armando, Galvan memeluk Islam. Bukan mudah
baginya - seorang yang kuat latar belakang Katolik - untuk membuat keputusan
itu. Tetapi yang lebih penting, pelbagai soalan yang bermain di dalam
pemikirannya terjawab apabila mendalami Islam.

"Bagaimana bapa menjadi anak? Kenapa Tuhan tidak boleh mengampun siapa
sahaja yang diingininya? Apa terjadi kepada bayi yang mati sebelum sempat
dibaptiskan?''

Walaupun keluarganya dapat menerimanya, Galvan menempuh kesukaran sebagai
seorang Latin beragama Islam. Katanya, ramai anggota masyarakat Latin yang
tertanya-tanya: "Kenapa kamu berhenti minum arak dan makan daging bab..?''
Malah ada yang menganggap beliau sebagai 'pengkhianat bangsa' kerana
meninggalkan amalan berfoya-foya dan minum arak.

Saya tidak fikir dengan meninggalkan arak, saya bukan lagi seorang Latin
yang sebenar. Sekurang-kurangnya saya tidak akan menjadi seorang kaki botol.
Semasa saya dibesarkan, bapa dan kebanyakan bapa saudara saya adalah kaki
botol,'' katanya.

Galvan adalah lepasan Universiti Texas di Austin dan kini bekerja sebagai
pengatur cara komputer di bandar raya itu.

Beliau bersama-sama dengan saudara Islam sebangsa dengannya bergerak dalam
Pertubuhan Dakwah Latin Amerika (LADO) untuk menyebarkan ajaran Islam.

LADO ialah sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang ditubuhkan di New
York pada 1997. Galvan ialah Presiden LADO Texas dan Naib Presiden LADO
Kebangsaan.

Beliau bersama dengan Presiden LADO, Samantha Sanchez kini sedang
mengusahakan penulisan sebuah buku bertajuk Orang Latin Kembali Kepada
Islam: Yang Lama Diperbaharui Semula.

Kajian

Menurut Majlis Islam Amerika, terdapat kira-kira 40,000 penduduk Hispanik
beragama Islam di AS. Kebanyakannya berada di kawasan yang banyak didiami
masyarakat Latin seperti di New York, Chicago, Miami, Houston dan Los
Angeles.

Jumlah umat Islam di Amerika dianggarkan antara enam hingga tujuh juta
orang.

Kajian yang dibuat oleh Dr. Ihsan Bagby dari Majlis Perhubungan Islam
Amerika (CAIR) terhadap masjid-masjid di AS, mendapati purata 20,000 orang
memeluk Islam di AS setiap tahun.

Lebih 60 peratus adalah masyarakat kulit hitam, 27 peratus kulit putih dan
enam peratus Hispanik.

Apa yang menarik ialah di kalangan masyarakat Latin, lebih ramai wanita yang
memeluk Islam. Malah pergerakan Islam Latin iaitu LADO diterajui oleh
wanita-wanita Latin, sebagai contohnya Samantha Sanchez mengetuai LADO New
York.

Kebanyakan daripada wanita ini mahu membebaskan diri daripada mentaliti
'penghambaan Maybelline' yang tercipta daripada budaya AS.

"Seperti kebanyakan wanita, kaum wanita Latin juga bosan kerana dianggap
sebagai objek seks. Islam yang saya kenali, mengangkat martabat wanita!''
kata Galvan.

Menurut Sanchez, 25 peratus responden dalam satu kajiannya mengatakan mereka
memeluk Islam hasil daripada `penerokaan peribadi' di mana mereka secara
aktif mencari kepercayaan baru selepas kecewa dengan agama lama.

Mereka yang aktif berusaha itu pernah mempertimbangkan beberapa agama lain
seperti Protestan, Yahudi, Hindu dan Buddha. Bagi orang Latin yang
kebanyakannya berfahaman Katolik, mereka mengambil masa antara tiga hingga
12 tahun sebelum memeluk Islam.

Galvan tahu dia dan rakan-rakannya akan melalui jalan yang panjang untuk
membetulkan salah faham mengenai Islam di kalangan masyarakatnya.

Beliau pernah ditanya: "Tidakkah kamu masih sayangkan Jesus (Nabi Isa)?
Sanggup kamu melakukan ini terhadap Virgin Mary (Mariam)?''

Jawapan biasanya ialah: "Saya masih sayangkan Jesus. Kami percaya bahawa
beliau adalah seorang nabi. Terdapat juga bab mengenai Mary di dalam
al-Quran. Apabila dituduh menyembah Allah, saya akan katakan saya menyembah
Dios atau Tuhan,'' kata Juan.

 

  Umum


Komen


"Islam Berkembang di Amerika Latin" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.15693 saat. Lajunya....