Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 137
Ahli: 0
Jumlah: 137




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Laut yang bercahaya
 Posted on Selasa, 27 April 2004 @ 11:17:51oleh Engku_Salina
Umum ibnu_muaz menulis Hasilnya adalah suatu yang menakjubkan. Persekitaran laut yang dijangka akan diseliputi kegelapan itu menjadi bercahaya-cahaya seperti permainan bunga api. Cahaya-cahaya ini datangnya dari ikan-ikan yang berwarna keperak-perakan, bila berenang badannya meliuk lintuk menghasilkan satu cahaya yang terang.

Sekumpulan penyelidik telah menyelam ke bawah dasar laut dengan sejenis kapal selam kecil yang direkakhas agar kedap tekanan air bawah laut. Hidupan yang mereka kaji bukanlah hidupan yang berhampiran permukaan laut, tapi jauh di bawah laut sana yang melebihi 300 meter dari permukaan laut.

Dalam perjalanan mereka melihat binatang-binatang yang ganjil menyerupai aliens di dalam cerita di filem-filem. Ikan-ikannya berupa hodoh, berduri dan bermata besar. Kebanyakan haiwan-haiwan yang ada di sini adalah lutsinar. Mereka berada di dalam air laut yang amat gelap. Para penyelam dan kapalselam biasa pun tidak akan dapat berenang ke paras itu. Kebanyakan haiwan-haiwannya dapat dilihat bila disuluh cahaya dan dalam keadaan lutsinar. Terdapat juga haiwan yang menyerupai tumbuhan yang memerangkap mangsa.

Para penyelidik mencuba untuk melihat keadaan laut dalam dalam keadaannya yang natural dengan menutup lampu kapal selam. Hasilnya adalah suatu yang menakjubkan. Persekitaran laut yang dijangka akan diseliputi kegelapan itu menjadi bercahaya-cahaya seperti permainan bunga api. Cahaya-cahaya ini datangnya dari ikan-ikan yang berwarna keperak-perakan, bila berenang badannya meliuk lintuk menghasilkan satu cahaya yang terang. Cahaya juga datang dari 'pancing' sejenis ikan, ianya berbentuk seperti obor dengan mentol bercahaya yang ada di mulut ikan itu digunakan untuk memancing mangsa. Cahayanya berwarna kebiru-biruan. Ikan itu berwajah menggerunkan dan badannya bulat seperti ikan buntal tetapi bersaiz besar. Anehnya ia adalah ikan betina dari spesis itu. Ikan jantannya 1/10 lebih kecil dan tidak pula mempunyai pancing.

Dipendekkan cerita, perjalanan diteruskan ke dasar laut di mana permukaannya menjadi rata dan bertemu di sebuah dataran yang dipanggil "ataran Habis". Dataran Habis ini hanya 1% sahaja yang dapat dikaji oleh manusia. Manusia lebih mengetahui keadaan di permukaan bulan daripada keadaan di dataran habis. Di sini pula terdapat jurang yang dalam dan apabila diselami, kapalselam itu seolah-olah berada di satu banjaran gunung yang disifatkan banjaran gunung terbesar di bumi. Di bahagian ini terdapat air panas senas 400 darjah celcius yang berupa asap (seolah-olah asap gunung berapi) yang keluar dari batu di 'gunung' tersebut.

Berhampiran dengannya terdapat berbagai jenis haiwan ganjil yang tidak menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga, tetapi menggunakan bakteria dari badan cacing yang berbentuk ganjil dan berwarna merah menyala. Di celah-celahnya terdapat ketam berwarna putih dan sejenis ikan yang hanya berada di tempatnya sahaja tidak berenang-renang ke sana sini.

Segala puji adalah milik Allah, Tuhan semesta alam. Subhanallah.

 

  Umum


Komen


"Laut yang bercahaya" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117593 saat. Lajunya....