Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 175
Ahli: 0
Jumlah: 175




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

PERBUALAN DI ANTARA MATA DAN HATI
 Posted on Isnin, 12 April 2004 @ 11:18:14oleh Engku_Salina
Umum samirah menulis Mata adalah penonton, hati punca adalah pendorong dan penentu, yang pertama memiliki kenikmatan pandangan dan yang kedua memiliki kenikmatan pencapaian. Dalam dunia nafsu keduanya merupakan sekutu yang mesra dan jika terjerumus kedalam kesusahan dan keduanya bersekutu dalan cubaan, maka masing-masing akan mencela dan mencaci yang lain.

Hati berkata kepada mata,

"kaulah yang telah mengheretku kepada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikuti beberapa saat sahaja. Kau lemparkan kelipan matamu ke taman itu, kau mencari kesembuhan dari kebun yang tiada sihat, kau salahi Firman Allah, 'hendaklah mereka menahan pandangannya' dan kau salahi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

'Memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah Azza Wa Jalla, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, yang akan didapati kelazatan didalam hatinya' (Diriwayatkan Ahmad).

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Pandangan lelaki terhadap keelokan wanita adalah panah dan berbagai macam panah iblis yang beracun. Barangsiapa menghindari dari panah itu, maka Allah akan menggantinya dengan ibadah yang membuatnya senang."

Lalu adakah orang yang lebih tercela daripada orang yang terkena panah beracun? Apakah engkau tidak tahu bahawa tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia selain dari mata dan lidah? Tidak ada kerosakan yang lebih banyak daripada kerosakan yang diakibatkan mata dan lidah.

Berapa banyak kebinasaan yang disebabkan mata dan lidah? Barang siapa yang hidup bahagia dan terpuji, maka hendaklah dia menahan hujung pandangan matanya dan lidahnya, agar dia selamat dari bahaya, kerana mata menyimpan kelebihan pandangan dan lidah menyimpan kelebihan bicara.

Nabi SAW telah menyatakan bahawa dua mata itu boleh berzina. Keduanya merupakan permulaan zina kemaluan, penuntun dan pendorongnya. Beliau pernah ditanya tentang pandangan secara tiba-tiba. Maka beliau memerintahkan orang yang bertanya itu mengalihkan pandangannya. Beliau memberi petunjuk yang bermanfaat baginya dan menghindari apa yang mendatangkan mudharat kepadanya.

Beliau juga bersabda kepada Ali Bin Abi Talib, "Janganlah engkau ikuti pandangan dengan pandangan lagi". Inilah perkataan ulama, "Siapa yang membiarkan pandangan maka ia akan menuai akibatnya. Siapa yang berlama-lama memandang, penyesalan juga akan terus berkelanjutan, hilang waktunya dan berkepanjangan deritanya.


Jawapan mata kepada hati:

Mata berkata, "Kau zalimi aku sejak awal hingga akhir. Kau kukuhkan dosaku zahir dan batin. Padahal aku hanyalah utusanmu yangs elalu taat dan penuntun yang menunjukkan jalan kepadamu.

Engkau adalah raja yang ditaati. Sedangkan kami hanyalah rakyat dan pengikut. Untuk memenuhi keperluanmu, kau naikkan aku keatas kuda, disertai amaran dan peringatan. Jika kau suruh aku untuk menutup pintuku dan menjulurkan hijabku, dengan senang hati akan kuturuti perintah itu. Jika engkau memaksa diri untuk menggembala dikebun yang dipagari dan engkau mengirimku untuk berburu ditempat yang dipasang perangkap, tentu engkau akan menjadi tawanan yang sebelumnya engkau adalah seorang pemimpin, engkau menjadi hamba yang sebelumnya engkau adalah tuan. Yang demikian ini kerana pemimpin manusia dan hakim yang paling adil. Rasulullah SAW telah membuat keputusan bagiku atas dirimu, baginda bersabda,

"Sesungguhnya didalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan jaadi baik pula, dan jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati."

Abu Hurairah berkata "Hati adalah raja dan seluruh anggota tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik pula pasukannya. Jika rajanya buruk, buruk pula pasukannya." Jika engkau dianugerahi pandangan, tentu engkau tahu bahawa rosaknya para pengikutmu adalah kerana kerosakan dirimu, dan kebaikan mereka adalah kerana kebaikanmu. Jika engkau rosak, rosak pula para pengikutmu, lalu engkau lemparkan kesalahanmu kepada mata yang tidakberdaya. Sumber bencana yang menimpamu ialah kerana engkau tidak memiliki cinta kepada Allah, tidak menyukai zikir kepadanya, tidak menyukai firman, asma' dan sifat-sifatNya. Engkau beralih kepada yang lain dan berpaling dariNya. Engkau berganti mencintai selainNya. Padahal engkau telah mendengar kisah pengingkaran Allah terhadap Bani Israil kerana mereka mengganti makanan yang ada dengan makanan yang lain justeru lebih hina, maka Allah mencela mereka:

Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?" (Albaqarah: 61)

Bagaimana keadaan pengganti cinta kepada Pencipta, Pelindung dan menangani urusannya, yang tidak memiliki keuntungan, kenikmatan dan kesenangan? bandingkanlah Allah dengan sesuatu yang engkau jadikan penciptaNya dan pengganti cinta kepada Allah. Apakah engkau redha berada di tandas, sementara orang-orang yang mencintai Allah berkeliling di Arasy? Jika engkau menghadapkan diri kepada Allah dan selain daripadaNya tentu engkau akan melihat berbagai macam keajaiban, engkau aman dari bencana dan kerosakan. Tentunya engkau sudah tahu bahawa Dia mengkhususkan keuntungan dan kenikmatan kepada orang yang mendatangiNya dengan hati yang bersih dari kemusyrikan, yang didalamnya tidak ada cinta kepada selainNya dan hanya mengikuti redhaNya.

Mata berkata lagi, "Antara dosaku dan dosamu di tengah manusia seperti antara kebutaanku dan kebutaanmu dalam membuat analog" Allah berfirman tentang orang yang mengalami krisis seprti ini didalam Quran,

"Sesungguhnya bukan mata itu buta tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada" (Al Hajj:46)

Petikan dari terjemahan Raudhah al-Muhibbin wa nuzhah al-Musytaqun (Panduan Bercinta dan Memendam Rindu) karya Ibn Qaiyin Al-Jauziyyah

 

  Umum


Komen


"PERBUALAN DI ANTARA MATA DAN HATI" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14263 saat. Lajunya....