Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Ampunila diriku ini........
 Posted on Sabtu, 10 April 2004 @ 21:53:40oleh Hanan
Kenangan istisafa menulis Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya



Sayup - sayup lagu ini dibawa angin luar.. terasa panas dikelopak mataku, tanpa kusedari air mataku tumpah dengan sendirinya..ternyata lagu kumpulan Diwani ini mampu memecahkan tembok yang selama ini telah menutupi hatiku.

Malam semakin berlalu, jam dikeretaku menunjukkan angka 1 pagi. Hampir sebahagian penduduk Kuala Lumpur telahpun dibuai mimpi, namun ada juga yang masih mencari dan terus mencari, yang mereka sendiri tak tahu apa yang mereka cari. Dan mereka itu termasuklah aku jua.. Setelah penat menghayun badan ditempat yang sesak. Aku membawa diriku ketempat yang lebih adventure. Setelah puas memerah keringat di bilik 201, Hotel Istana. Aku meninggalkan gadis yang kutiduri yang aku sendiri tak tahu siapa namanya..

Aku semakin panas dan badanku mulai mengeluarkan peluh. Hairannya aku telah memasang penghawa dingin yang paling kuat. Kukeluarkan sapu tangan yang ada dikocek seluarku.. tanganku mulai menggigil dengan sendirinya.

Untuk mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Aku menyusur perlahan ke tepi jalan lalu memberhentikan keretaku. Suasana terasa sunyi dan sepi, hanya lampu keretaku yang menerangkan keadaan.

Untuk menghilangkan kebosanan yang amat sangat. Aku membuka radio semula. Entah apa rancangan yang aku buka. Aku pun tak tahu. Asalkan radioku berbunyi itu lebih dari memadai..

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Macam terkena pulak lagu ni kat aku, ujarku sendiri.. aku mula menghitung diriku,kali terakhir aku menunaikan solat pada hari raya yang lepas, selepas itu bukan sekadar solat wajib, solat jumaat pun selalu aku tinggalkan.. apa nak jadi dengan aku ni..

Aku mula terbayang akan wajah isteriku yang pada ketika ini dialah yang paling jelita dan rupawan. Wajahnya sentiasa terukir senyuman dan rambutnya yang mengurai jarang dibuka kecuali dengan aku sahaja. Bangga sungguh diriku kerana kecantikannya hanya dapat dilihat oleh aku seorang.. namun kecantikan itu tidak lama setelah Jamilah melahirkan lima orang cahaya mata. Aku tidak lagi memandang dirinya, tetapi aku lebih mengagungkan wanita yang memakai skirt mini yang sering menggodaku dipejabat.

Namun Jamilah tidak melenting, malah dia melayanku bagaikan seorang raja.. ah, pedulikan Jamilah.. yang penting Shelly ada ditanganku..

Aku tersedar dari lamunan.. jam menunjukkan angka lima, pastinya Jamilah sedang solat tahajjud seperti biasa.. kerinduanku pada Jamilah semakin membuak - buak. Segera aku hidupkan enjin kereta lalu dengan tergesa - gesa aku terus kerumahku yang hampir seminggu kutinggalkan..

Ketika sampai diperkarangan rumah, bilik tidurku gelap gelita.. tak bangunkah Jamilah untuk solat? Kemanakah perginya Jamilah.. Aku masuk dengan perlahan untuk mengelakkan Jamilah terjaga.. sampai di bilik. Aku membuka lampu kecil, Jamilah tiada! Dimanakah kau Jamilah. Aku rindukan belaianmu..tiba - tiba bahuku disapa..

"Ayah.. beristigfarlah ayah.. mama kan dah lama tak ada.."ujar Amira anak sulungku. Aku terkesima, Jamilah sudah pergi rupanya.. Ya Allah, apa dah jadi dengan diriku ini.. Jamilah.... Jamilah......terasa pandanganku kian pudar dan akhirnya.... hanya jeritan panjang Amira yang sempat kudengar...

 

  Kenangan


Komen


"Ampunila diriku ini........" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.338437 saat. Lajunya....