Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 240
Ahli: 0
Jumlah: 240




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Kamal Atarturk Hidup Kembali!!
 Posted on Khamis, 08 April 2004 @ 23:05:52oleh Hanan
Semasa Putra_Aiman menulis Soviet Union runtuh pada tahun 1991.Hasilnya muncul beberapa negara baru yang kebanyakkan penduduknya adalah Islam.Salah satu daripadanya adalah Uzbekistan.

Bilangan masjid rakyat pada sekitar 1989 ialah 7200 dari 82 pada sebelumnya.100 buah maahad dan sekolah agama telah dibina dan lebih separuh daripadanya adalah untuk wanita.Seluruh institusi agama mula bergerak aktif.

Pada peringkat awalnya kepimpinan Uzbek bersama dengan rakyatnya untuk membangunkan islam.Presidan nya Islam Karimov berhujah mengunakan ayat-ayat al-quran dan nas nas agama dalam ucapan dan khutbah beliau.Bahkan pada kempen pilihanraya 1991,beliau berjanji menukarkan Uzbekistan sebagai sebuah Republik Islam.Beliau juga berjanji akan berusaha sepenuh tenaga untuk merealisasikan target tersebut yang menjadikan aqidah islam berada pada tempat yang istimewa.beliau juga telah mengankat sumpah sebagai presiden dengan al-quran.

Bagaimanapun semua janji manis itu hanya tinggal janji.Beliau tiba-tiba menjadi musuh utama Islam.Beliau menganggap Islam adalah Pengancam keamanan dan kestabilan negara.Katanya”Contoh Afghanistan tidak jauh dari kita”.Amaran keras dilontarkan kepada rakyat agar tidak berbicara soal daulaha islamiah di Uzbekistan kerana ia menggerunkan ‘para penyelamat dari Eropah’.Penangkapan besar besaran dilakukan ke atas ulama-ulama islam yang tidak tunduk kepada kepada arahan pejabat agama. Ratusan masjid telah dikunci atas alas an ia dibina untuk tujuan lain,bahkan sebahagiannya telah ditukar menjadi stor.Ini adalah enviroment yang sama semasa zaman Komunis Joseph Stalin.Media massa pula diarah menyebarkan propaganda anti ulama-ulama Islam.Ulama dituduh kolot,ekstrim,taksub ketinggalan zaman dan banyak lagi.

Pihak berkuasa juga menyerang pakaian hijab dengan hujah itu adalah pakaian Arab dan pakaian menutup kepala wanita Uzbekistan adalah berbeza dengan hijab yang difahami sebelum ini.Mufti Kerajaan Uzbekistan sendiri,Abdul Rashid Qari Bahramov turut serta dalam kempen ini dengan membuat kenyataan luar biasa.Katanya”Hijab adalah pakaian Saudi dan Pakistan dan wanita yang berhijab adalah penganut fahaman Wahabi yang pada mulanya berjalan ,kemudian bermacam lelaki berselindung di belakangnya.Pihak berkuasa tempatan pula diminta melaporkan sebarang aktiviti rakyat setempat seperti siapa yang berulang alik ke masjid,menyimpan janggut dan mengajar agama kepada anak-anak di rumah.


Jabatan Syriah di Maahad Dirasat ditutup dan pelajarnya dipindahkan ke jabatan-jabatan lain.Alat pembesar suara di masjid-masjid telah dirampas,para penyimpan janggut ditangkap dan dipaksa cukur di balai polis jika inginkan keamanan.Jika tidak sedia menanti.Teradapat di sana meraka yang mencukur janggut tetapi pada gambar passport mereka masih berjanggut,ditangkap atas tuduhan pengganas atau ekstrimis. Ramai yang ditangkap dia atas tuduhan berulang alik ke masjid sebagai penentang kerajaan pada sekitar tahun 80an dan 90an.Kerajaan menganggap masjid sebagai sarang anti kerajaan yang mesti ditangkap.

Lebih 5000 orang telah ditangkap kerana sebelum ini mereka pernah menunaikan haji pada tahun 90an .Alasan ini telah menambahkan bilangan yang ditangkap ialah 10000 orang.Penjara baru telah dibina khusus untuk ekstremis agama yang tiada harapan untuk dipulihkan.

Kerajaan juga telah memanggil lebih 3000 pelajar yang pernah belajar di universiti-universiti Islam dengan alasan meraka telah mempelajari pelajarana ekstremis.Islam Karimov sendiri mengisytiharkan sendiri bahawa mereka adalah pelajar yang telah dirosakkan dan dilatih mengunakan senjata dan bom tangan .Mereka diarahkan ke balai-balai polis jika hendak bertaubat.Jika tidak mereka dan ibu bapa mereka akan dikenakan hukuan yang perit..

Begitulah nasib penduduk Uzbekistan.Ancaman baru dari Kamal Atartuk yang baru telah menjadikan Islam di bumi itu semakin tenat.Kini ia semakin menular di Turkmenistan.Semoga Malaysia tidak diancam atartuknisme ini.

 

  Semasa


Komen


"Kamal Atarturk Hidup Kembali!!" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135271 saat. Lajunya....