Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal.

-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Dari Galeri
Assalamualaikum..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 7 hari yang lalu
Laurenjoy: 35 hari yang lalu
jackurban: 37 hari yang lalu
porkalwais: 37 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: Buah bongkar rahsia peribadi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» Buah bongkar rahsia peribadi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Buah bongkar rahsia peribadi

nurul_hanan
WARGA RASMI
Menyertai: 27.05.2003
Ahli No: 1492
Posting: 3
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-03 16:32


Assalamualaikum.....
Sebenarnya saya jumpa artikel ni dalam majalah. Jadi saja nak kongsi dengan anda semua.

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
- Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
- Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang Contohnya epal dan pear
- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
- Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
- Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu Contohnya kundur
- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. Sekian, wassalam.....


Bookmark and Share




  Member Information For nurul_hananProfil   Hantar PM kepada nurul_hanan   nurul_hanan's MSNM Number Is shaahan_girl   Quote dan BalasQuote

nuriz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 549
Posting: 53
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-06-03 19:18


Quote:

3. Jenis buah ladang Contohnya epal dan pear
- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.





ana dalam jenis ni rupenye

-----------------
[IMG]http://www.gamespy.com/avatars/av/AT/at239.gif[/IMG][b]meniti fantasi melayari realiti[/b]


Bookmark and Share




  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

jijah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 18:01


assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

jijah suka buah tembikai susu..
iye ke romantik...
betullah tu..
wassalam



Bookmark and Share




  Member Information For jijahProfil   Hantar PM kepada jijah   Quote dan BalasQuote

kaklong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 551
Posting: 155
Dari: darul ridzuan

brunei  


posticon Posting pada: 16-06-03 23:32


kaklong paling suka buah oren.
makan berguni2 pun takpe....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For kaklongProfil   Hantar PM kepada kaklong   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 16:23


a'kum

ske sume buah hehe

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 16:40


saya pon suka mkn semua buah tu kecuali tembikai susu...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

cute_pinky
WARGA RASMI
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 547
Posting: 17
Dari: tokyo

japan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 16:41


assalamualaikum..
saye suka buah epal..suke sangat2..tapi,suke honeydew gak!...camaner tu? ..


Bookmark and Share




  Member Information For cute_pinkyProfil   Hantar PM kepada cute_pinky   Quote dan BalasQuote

madihah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1728
Posting: 31
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 18:03


Tak sangkalah pulak makanan boleh menggabarkan keperibadian seseorang .


Bookmark and Share




  Member Information For madihahProfil   Hantar PM kepada madihah   Pergi ke madihah's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 19:28


time kasih pd nurul_hanan!

menarik jugak artikel ni.
a'a buah-buahan pun ade rahsianya..subhanallah

ape2 pun,ana ni tak kire buah ape..makan aje,cuma buah-buahan jenis labu aje.camne tu,nak duk dlm kategori mane ek?
tp,paling2 suka jenis limau.
kite qoute sket ek!

Quote:
1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
- Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.



okla.time kasih atas info yg bermanfaat ni.sahabat sahabiah yg lain mana? antum suka makan buah ape?jom kite cek kite kat kategori mana.

insyaALLAH..jumpa lagi nanti
ilalliqa

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-06-03 18:07


A'kum...Menarik sungguh posting ini..
tapi ana suke makan semua jenis buah-buahan tu..

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-03 00:20


Ana suka makan jenis kekacang. Boleh tahan kebetulannya. Tapi, rasanya mengenepikan kawan untuk si dia tu.. tak kot.. ejejeje... tak pernah lagi.. qeqeqeq

-----------------
FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS


Bookmark and Share




  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

hawa_24
WARGA RASMI
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2042
Posting: 19
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-07-03 11:54


mmm semua buah pun sedap........tapi yg paling sedap buah tembikai sambil makn minum air hehehe


Bookmark and Share




  Member Information For hawa_24Profil   Hantar PM kepada hawa_24   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 01:30


mcm2 erk..tapi saya suke mkn semua buah..tak kiralah buah apa pun,kecuali buah nanas sbb rasa cam 'tajam' skit buah dia..
Quote:
tapi yg paling sedap buah tembikai sambil makn minum air


2 dlm satu la tu..ye tak


Bookmark and Share




  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

corpora_amylacae
WARGA RASMI
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1038
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-07-03 12:07


semua buah saya makan.....
tapi favouritenya mestilah buah2an tropika macam pisang ngan betik!!!!!!!!
best ooooooooooo............


Bookmark and Share




  Member Information For corpora_amylacaeProfil   Hantar PM kepada corpora_amylacae   Quote dan BalasQuote

zieka
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 997
Posting: 81
Dari: MMU

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-07-03 11:16


zieka suke mkn buah tembikai susu. kesedapannye smpi menjilat jari... ekekkeeke....

-----------------
Harta menjamin dunia. Iman menjamin akhirat.


Bookmark and Share




  Member Information For ziekaProfil   Hantar PM kepada zieka   Pergi ke zieka's Website   Send ICQ Meesage To zieka   Send AIM Meesage To zieka   zieka's MSNM Number Is zieka_83   Quote dan BalasQuote

seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-08-03 15:04


Syukran jazilan atas information ini..ada jugak yang betulltapi tak nak cakap la...malu...


Bookmark and Share




  Member Information For seharumkasturiProfil   Hantar PM kepada seharumkasturi   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 56
Posting: 52
Dari: MCIIUM

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-08-03 14:01


saya suka semua jenis buah yang dinyatakan kecuali jenis labu tu..agaknya mcm mana la peribadi saya ye? tapi bila baca2 tu, peribadi saya mcm ke arah jenis buah2an tropika..tak tau la pulak ape yang orang pandang saya...setakat ni semua orang pun saya tak kisah nak kawan...ntah...ummimq, camana? Allah lebih tahu...

-----------------
[email protected]@~


Bookmark and Share




  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Maryam's MSNM Number Is maryamira   Quote dan BalasQuote

littleOne
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 507
Posting: 70
Dari: pearl island

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-09-03 16:54


apa! buah menggambarkan peribadi???

boleh ke??? betul ker????

syukran ukhti nurul_hanan atas artikel ni

ana ni suka makan semua jenis buah.
hmmm... fikir 10kali pun... jawapan tetap sama.
ana suka semua jenis buah.
maca mana erk????

tak kisah la macam mana pun peribadi ana atau buah mana pun ana suka makan asalkan ana tetap ana


-----------------
ruh kudus


Bookmark and Share




  Member Information For littleOneProfil   Hantar PM kepada littleOne   Quote dan BalasQuote

hidayah_saibi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 7909
Posting: 75
Dari: UUM/PERAK BUMI BERTUAH

Perak  


posticon Posting pada: 27-10-07 17:46


suka buah tempatan..
pisang, limau & rambutan..
pisang macam kena saja dengan karaktor teman.. :-)


-----------------
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaian..."
[ Telah diedit oleh: hidayah_saibi pada 27-10-07 17:47 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah_saibiProfil   Hantar PM kepada hidayah_saibi   Quote dan BalasQuote

acik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.05.2003
Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 23:34


Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati-hati.


paling suka tembikai, tembikai susu..tapi pisang pun suka juga..hehehe
pepn thank atas info ni


Bookmark and Share




  Member Information For acikProfil   Hantar PM kepada acik   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» Buah bongkar rahsia peribadi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082123 saat. Lajunya....