Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-01-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI...
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Lin8402
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13719

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
nuarii-

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 4 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: Nilai Segelas Air Yang Tumpah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» Nilai Segelas Air Yang Tumpah

Please Mendaftar To Post


Oleh Nilai Segelas Air Yang Tumpah

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-06-03 14:48


Dalam satu peperangan, seorang pemimpin tinggi pasukan musuh bernama Humazan telah berjaya dita­wan. Sebenarnya sudah beberapa kali dia ditawan tetapi dibebaskan semula dengan janji dan syarat-syarat tertentu.

Syarat yang utamanya ialah Humazan tidak lagi menyerang kaum Muslimin. Tetapi janji itu tidak ditepati. Dan dia tewas juga akhirnya. Lalu turut menjadi tawanan perang. Humazan tidak boleh dimaafkan lagi. Dia terpaksa dijatuhi hukuman mati.

Humazan merayu supaya dibawa menghadap Khalifah Islam pada masa itu iaitu Sayi­dina Umar al-Khattab. Alasannya ialah dia tidak mahu dihukum oleh panglima bawahan. Dia ingin mati di tangan khalifah sendiri.

Dengan mengenakan pakaian kebesarannya, berangka­tlah Humazan menghadap Sayidina Umar. Alalangkah terkejutnya Humazan melihat pemimpin besar umat Islam hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal. Humazan tertunduk kerana malu.

“Kenapa engkau tidak pernah menepati janjimu dengan kami orang-orang Islam?” tanya Sayidina Umar kepada Humazan.

Tetapi Humazan tidak menjawab. Dia meminta segelas air untuk menghilangkan dahaga. Namun tidak pula diminum air yang diberikan kepadanya. Hanya dipe­gang gelasnya beberapa ketika.

“Kenapa kau tak minum?” tanya Sayidina Umar lagi sambil memer­hati gelagat musuh di hadapannya.

“Aku takut kalau-kalau aku dibunuh sebelum meminum air ini,” jawab Humazan.

“Jangan takut. Kami tidak akan mengapa-apakan kamu selagi kamu tidak minum air itu,” kata Sayidina Umar memberi jaminan.

Mendengarkan kata-kata itu, Humazan terus menumpah­kan air ke tanah seraya berkata, “Wahai Umar, sekarang engkau tidak boleh berbuat apa-apa lagi kepadaku kerana kau telah berjanji tidak akan mengapa-apakan aku selagi aku tidak meminum air tadi.”

Sayidina Umar sedar akan helah musuh itu. Namun beliau tetap berpegang pada janjinya. Humazan pun dibebaskan. Dia boleh pergi dari situ tanpa sebarang gangguan. Tetapi anehnya, Humazan tidak pula bergerak ke mana-mana.

Di hadapan Sayidina Umar dia berdiri dengan wajah yang sedih dan terharu. Dan dengan rela hati Humazan pun melafazkan dua kalimah syahadah tanda ke-Islamannya.

Sambil tertunduk hiba dia berkata, “Aku sengaja mengujimu dengan air itu, benarkah kamu sangat berpegang pada janji. Aku lakukan ini kerana tidak mahu orang mengatakan aku memeluk Islam untuk mengelak daripada dibunuh.”

(Koleksi Asuh / Susunan Muhammad Widad)


-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-03 17:38


menarik betul kisah sahabat2 Rasulullah SAW ini..

moral : sentiasa berpegang pada janji dalam apa jua keadaan...


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-03 23:37


crita ni sungguh menarik...Islam berpegang pada janji...

wassalam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..


Bookmark and Share




  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Quote dan BalasQuote

lestari_kasih
WARGA RASMI
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 1998
Posting: 6
Dari: Bumi Allah

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 08:29


Lebih mudah menyebarkan Islam dengan akhlak yang indah..................


Bookmark and Share




  Member Information For lestari_kasihProfil   Hantar PM kepada lestari_kasih   Quote dan BalasQuote

lestari_kasih
WARGA RASMI
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 1998
Posting: 6
Dari: Bumi Allah

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 08:32


Lebih mudah menyebarkan Islam dengan akhlak yang indah..................


Bookmark and Share




  Member Information For lestari_kasihProfil   Hantar PM kepada lestari_kasih   Quote dan BalasQuote

littleOne
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 507
Posting: 70
Dari: pearl island

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 16:26


akhlak yang mulia cerminan peribadi

berpegang teguh la pada janji


-----------------
ruh kudus


Bookmark and Share




  Member Information For littleOneProfil   Hantar PM kepada littleOne   Quote dan BalasQuote

permata_biru
WARGA RASMI
Menyertai: 18.08.2003
Ahli No: 2243
Posting: 5
Dari: malaysia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 17:33


nak tau lagi kisah2 nabi or sahabat2 nabi yg lain...


Bookmark and Share




  Member Information For permata_biruProfil   Hantar PM kepada permata_biru   Quote dan BalasQuote

littlecutebear
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2003
Ahli No: 1134
Posting: 47
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-10-03 19:40


InsyaAllah, jika sentiasa berpegang pada janji, bukan sahaja kita disenangi oleh orang lain, malah Allah Ta'ala akan turut menyukai kita. Sentiasalah berpegang pada janji, jika tidak, di akhirat nanti kita akan dituntut semula apa yang telah kita janjikan di dunia ini. Wallahu Ta'ala 'Alam....


Bookmark and Share




  Member Information For littlecutebearProfil   Hantar PM kepada littlecutebear   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 11:13


mmm best betul..banyak teladan..



-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051681 saat. Lajunya....