Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UTK MEMERINTAH, BKN DARIPADA RUSUK BAWAH UTK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BHGN DADA & BERDEKATAN DGN TGN BERMAKNA TGN YG MEMBELAI & HATI YG MEMPUNYAI PERASAAN & KASIH SYG.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
assalamualaikum, bsama org kuat JK UUM insyaAllah bakal dilaksanakan bulan ogos..ukhwah fillah abadan abada.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: PRO DAN KONTRA KAHWIN MUDA


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» PRO DAN KONTRA KAHWIN MUDA

Please Mendaftar To Post


Oleh PRO DAN KONTRA KAHWIN MUDA

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-06-03 13:51


Ada yang mengatakan bahawa berkahwin muda merugikan memandangkan banyak penceraian berlaku kerana pasangan yang belum matang dalam melayari erti berumah tangga. Sejauh manakah benarnya pendapat ini?

Sebenarnya, berkahwin pada usia muda mempunyai pro dan kontranya sendiri. Ia tidak merugikan bagi pasangan yang telah betul-betul bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjadi seorang suami atau pun isteri.Jika seseorang itu telah matang dan bijak berfikir, usia muda bukanlah penghalang untuk mendirikan rumah tangga. Saya berpendapat, pasangan telah mengambil langkah bijak jika membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang ‘lebih tua’ (dalam lingkungan 25 tahun ke atas bagi kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan).

Walaupun kematangan tidak semestinya menginjak selari dengan usia seseorang, kematangan itu boleh dipupuk jika diberikan ruang dan masa yang cukup. Sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, pasangan perlulah bertanyakan dalam diri masing-masing sama ada sudah cukupkah ‘ilmu’ di dada. Memandangkan perkahwinan adalah komitmen seumur hidup dan pasangan pilihan itu akan menjadi teman hidup sepanjang hayat, persiapan sebelum berkahwin tidak boleh diambil ringan.

Tempoh yang ada memberi ruang untuk pasangan menambahkan ilmu sebagai panduan berumah tangga kelak. Yang paling penting, ilmu agama mestilah mencukupi terutama di pihak lelaki kerana pihak lelakilah yang akan menjadi nakhoda rumah tangga.

Suami Tempat Rujukan
Jika ilmu agama pihak lelaki tidak seberapa, bagaimana dia mampu menjadi tempat rujukan si isteri, sedangkan si suami adalah rujukan pertama isteri dalam rumah tangga? Dalam masa yang sama, pihak perempuan tidak boleh lepas tangan dengan tidak berusaha melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga. Menjadi satu kelebihan di pihak perempuan, jika mereka mampu menimba ilmu setanding atau melebihi pihak suami. Bukannya bertujuan untuk bertanding dengan suami, tetapi sekurang-kurangnya jika suami membuat kesalahan, si isteri tahu bahawa ia salah di sisi agama.

Ringkasnya, menimba ilmu adalah satu tuntutan kepada kedua-dua pihak dan ia merupakan satu ibadah yang murni. Selain itu, ia juga merupakan persiapan terpenting menuju gerbang perkahwinan.Selain memberi ruang berkenalan dan menambahkan ilmu agama dan rumah tangga, berkahwin pada usia yang dianjurkan memberi peluang untuk pasangan menggapai impian peribadi masing-masing dari aspek pendidikan, pengurusan aset peribadi dan kewangan.

Ini tidak bermakna dengan berkahwin segala impian tidak boleh dicapai lagi, cuma komitmen yang lebih besar diperlukan untuk mencapai kedua-dua impian — peribadi dan rumah tangga. Contohnya, jika seorang gadis berkahwin pada usia 20 tahun, mungkin dia masih boleh melanjutkan pelajaran ke IPT, tetapi komitmen akan menjadi lebih banyak dan berat memandangkan dalam waktu yang sama dia juga terpaksa menguruskan diri dan keluarga.

Memang tidak salah, malah ia merupakan satu ibadah jika dapat dijalankan dengan sempurna, tetapi kita haruslah menilai kemampuan diri. Bolehkah kita menjalankan kedua-dua tanggungjawab sebaik mungkin? Jika ya, dan dia yakin boleh berjaya, teruskanlah perkahwinan itu. Jika sebaliknya, jangan cuba meletakkan diri dalam situasi yang berisiko tinggi. Si gadis juga perlu memikirkan risiko-risiko lain seperti kemungkinan kegagalan dalam rumah tangga itu pada masa depan.

Memikirkan kemungkinan seperti itu bukan bermakna berfikiran dan bersikap negatif terhadap perkahwinan, tetapi berfikiran jauh ke depan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diduga, bolehkah dia meneruskan hidup dengan sempurna? Sudahlah berkahwin muda tanpa aset peribadi dan kelayakan pendidikan yang tinggi, dia juga akan menghadapi tekanan dalam hidupnya kerana memikirkan kebajikan anak-anak yang memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk dibesarkan.

Jika persediaan material kedua-dua belah pasangan mencukupi, insya-Allah perkahwinan tidak akan mendatangkan bebanan kepada kedua-dua pihak kerana sekurang-kurangnya tiada pertengkaran akan tercetus kerana masalah kewangan. Kita perlu ingat bahawa ramai pasangan yang bercerai kerana masalah kewangan.Justeru, masalah ini bukanlah masalah remeh yang boleh dipandang sebelah mata. Sesungguhnya, persiapan material juga penting selain melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan rumah tangga sebelum berkahwin.

Persediaan Lahiriah
Dalam pada itu, persediaan di pihak perempuan amat penting walaupun dalam berumah tangga, menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan kemudahan secukupnya kepada isteri dan anak-anak. Ada baiknya jika pihak perempuan mempunyai aset sendiri sebelum berkahwin kerana dengan mempunyai aset dan kelebihan sendiri, isteri tidak perlu bergantung seratus peratus kepada suami.

Malah dalam keadaan-keadaan tertentu, isteri boleh memainkan peranan membantu suami apabila diperlukan. Bayangkan, apa yang dapat si isteri lakukan jika perniagaan suami muflis, atau suami dibuang kerja ataupun sakit teruk? Tanpa kelayakan yang cukup untuk bekerja dan tidak pula mempunyai aset peribadi sebelum berkahwin, apa yang dapat dibantu isteri? Keadaan sebaliknya berlaku jika isteri mempunyai tahap pendidikan yang tinggi atau mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dimanfaatkan untuk menambah pendapatan keluarga.

Isteri boleh meringankan beban suami, dan suami serta anak-anak boleh menetap di rumah yang telah dibelinya sebelum berkahwin. Di sinilah peranan isteri nampak lebih berkesan dalam rumah tangga. Pendek kata, persediaan mental dan fizikal kedua-dua calon pengantin amat penting. Mereka harus ada visi sebelum mendirikan rumah tangga. Masa muda yang ada tidak harus digunakan untuk bersukaria tanpa matlamat hidup yang nyata. Selain mengumpul bekalan dan ‘aset’ untuk kehidupan di akhirat, masa muda adalah masa untuk melengkapkan diri dengan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang, menggapai cita dan menyempurnakan aset peribadi sebelum berkahwin.

(Koleksi Anis/ Oleh Siti Suriani Haji Othman)





-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055183 saat. Lajunya....