Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sedekah adalah ubat mujarab, dan amal perbuatan manusia dalam kehidupan ini akan berada di hadapan matanya di waktu ajaln
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
analah ni....

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 1 jam, 38 minit yang lalu


Keluargaku
Topik: PETUA MEMBELAI CINTA


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» PETUA MEMBELAI CINTA

Please Mendaftar To Post


Oleh PETUA MEMBELAI CINTA

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-03 13:41


PETUA MEMBELAI CINTA
Oleh Ustaz Ismail Kamus

Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga.


INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang.
Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.



-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 21:08


Assalamualaikum dik Fizah...
Nanti jgn lupa amalkan petua ni tau....
Semoga 'cinta' yg disemai berkekalan dunia akhirat...

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-03 21:52


CINTA..? ada apa dengan cinta..heee

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 23:08


Trima kasih banyak2 untuk tips ini... Sungguh baik dijadikan panduan...

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 00:47


tq kak afiza...(comel la gamba yg kat tepi tu.sweet!)

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-06-03 10:03


Terima kasih kembali..gambar je yg comel...
>-

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

aku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 12:05


bagus petua nie..

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...


Bookmark and Share




  Member Information For akuProfil   Hantar PM kepada aku   Quote dan BalasQuote

Ruhulqudus
WARGA RASMI
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 1920
Posting: 10

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-07-03 17:15


A'kum...

apapun segalanya datang dan kembali kepada Allah jua...begitu juga dengan cinta...mintalah pada Allah supaya kasih yang dibaja..dan cinta yang dibelai tak layu sebelum waktunya...


Bookmark and Share




  Member Information For RuhulqudusProfil   Hantar PM kepada Ruhulqudus   Quote dan BalasQuote

niknurhannan
WARGA RASMI
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1833
Posting: 8

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-08-03 13:47


Alhamdulillah , terima kasih byk2 , apapun kita berusaha yg terbaik , yg penting , berdoa dan memohon kpd Allah , Pemilik dan Pencipta cinta yg sebenar , semoga sifat rahmat dan kasih sayang yg telah Allah campakkan ke dlm hati makhlukNya digunakan pada jln diredhai olehNya , walau hanya satu bhgn daripada 100 bhgn , namun dgn sifat itulah ukhuwwah terjalin antara dua shbt , isteri berkasih syg dgn suami , anak2 mendapat kasih sayang drpd ibu bapa , begitu indahnya ciptaan Allah....


Bookmark and Share




  Member Information For niknurhannanProfil   Hantar PM kepada niknurhannan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064256 saat. Lajunya....