Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-08-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
gambar yang diambil semasa jalan2 kat pantai tanjung aru....

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 11 jam, 14 minit yang lalu
bintanghatee: 2 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: MUSLIMAH SEJATI, WANITA DIKASIHI, WANITA SOLEHAH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» MUSLIMAH SEJATI, WANITA DIKASIHI, WANITA SOLEHAH

Please Mendaftar To Post


Oleh MUSLIMAH SEJATI, WANITA DIKASIHI, WANITA SOLEHAH

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 07:46


MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti
yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan
dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan
syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan
perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan
ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum
menceriakan suasana dan taman-taman.

Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk
berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun
kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani.
Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang
dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari
lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu,
wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan
impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan
keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat
kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan
yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan
akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri
budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita
dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan
dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam
sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk
dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang,
isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.


-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 00:23


A'kum kak yong..
Trima kasih laaa bebanyak for this posting...Insya-Allah, ana pun nak jadi Muslimah sejati, Wanita Dikasihi dan Wanita Solehah..Doa'kan yeee...

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 63
Posting: 32
Dari: pulau mutiara

japan   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 02:36


a'kum....

erima ksih di atas psoting manfaat ni...

moga-moga boleh menjadi inspirasi buat semua muslimah insyaallah..

-----------------
hidup ini seindah pelangi..
sebagaimana indahnya dan uniknya warna yg diaturkan oleh DIA
seunik dan seindah itu juga kehidupan yg diaturkan utk kita..


Bookmark and Share




  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   azzahrawi's MSNM Number Is zahrah   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 07:46


Insyaallah muslimah semua.....kita sama2lah berdoa semoga kita menjadi muslimah yg solehah dan dikasihi bukan shj oleh Allah yg pastinya, tp juga dikasihi oleh semua insan...

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

sweet_darling
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 15:48


a'kum,
jazakallahu khairan kathira 4 the articles.semoga mendapat manfaat darinya


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_darlingProfil   Hantar PM kepada sweet_darling   Pergi ke sweet_darling's Website   Send ICQ Meesage To sweet_darling   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 12:49


Syukran kakyong...sedih bila baca artikel yg bercorak nasihat dan peringatan utk muslimah ni sbb diri sendiri masih tak mampu menjadi apa yg diingini... Kita sama-sama doa yer

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-06-03 23:05


Assalamu'alaikum wrt wbt

syukran jazilan utk kak yong atas artikel yg sungguh bermanfaat ni..

utk menjadi muslimah sejati,dikasihi dan solehah ni,kita haruslah menyempurnakan urusan kehidupan sesuai dgn binbingan Islam dan harus memahami bahawa hidup ni adalah perjuangan dan pengabdian kpd Allah SWT...

Wallahu'alam..
ilalliqa'

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-03 07:41


syukran kakyong

-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060615 saat. Lajunya....