Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sedekah adalah ubat mujarab, dan amal perbuatan manusia dalam kehidupan ini akan berada di hadapan matanya di waktu ajaln
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
ni gambar ana kat rumah :)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 19 hari yang lalu
harith: 33 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Ok dak kawin umur 26, 27, 28 tahun? - Minta pandangan


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Ok dak kawin umur 26, 27, 28 tahun? - Minta pandangan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Ok dak kawin umur 26, 27, 28 tahun? - Minta pandangan

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 20:55


Assalamualaikum wbt.

Haaa...nak tanye kengkawan semua....okey dak kalau kite orang pompuan nie....kawin umur atas 25 tahun.....cam 26 tahun ker....27 tahun ker.....atau 28 tahun?....tapi taklah sampai umur mencecah 30 tahun.....sebabnye....mungkin kite nak sambung master & PhD (insyaAllah ) ...ataupun "si dia" yg study lame sangat....contohnye "si dia" study medicine.....kene repeat papers...sampai buat medic 6, 7 tahun.

Bagilah pandangan yeee....


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 23:49


Mengenai umur utk melangsungkan perkahwinan nie... pada ana .. terpulanglah pada individu tue sendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kahwin awal nie dapat elak fitnah dan bendung maksiat. Bercinta lama2 pun bkn elok sangat.. kalau tak pandai bawa diri masa di alam percintaan tue... silap2 buat tambah dosa jer... Na'uzubillah...

Tapi, ana prefer kawin lambat kot. Maybe paling awal pun dalam lingkungan 27-28 tahun.. Insya Allah... sebab, ana ramai adik2 kecil lagi dan kalau boleh ana nak bantu parents sebelum berumah tangga. Ana dijangka grade sekitar umur 24, jadi ana ada masa lebih kurang 3/4 tahun utk tolong family.

Kalau nak ikutkan... tempoh tue tak cukup utk balas jasa baik mak ayah ana yg susah payah besarkan ana... beri ana pelajaran.. tapi, ana cuba selagi ana terdaya. Moga Allah permudahkan jalan utk ana. amien....



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 00:18


a'kum

ok gak

terpulang pada individu tu la..

betul gak kata mawarputih tu..mm3-4 thn tak cukup rasanya nak balas jasa MakAyah

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 18:27


A'kum...Kalau ana..paling cepat nak dirikan rumahtangga, 25 tahun...paling lambat pulak, 28 tahun..Hehee, tak taulah..kalau jodoh dah nak datang tu, umur berapo bukan soalnya...sesungguhnya Allah lebih mengetahui..ye tak??

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

Helwi
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1340
Posting: 44
Dari: Bumi Anbiya'

syria   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 20:03


Ha'ah,kalau dah sampai jodoh,tak kira tua @ muda.Kdg2 umur 19 dah kahwin dah....


Bookmark and Share




  Member Information For HelwiProfil   Hantar PM kepada Helwi   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 20:38


betull.. kalau dah sampai jodoh tu tak kiralah cepat atau lambat.. cuma tanggungjawab masing-masingla untuk membina perkahwinannya walaupun masih muda...

saya kalau ikut hati pon tanakla lambat sangat.. paling lewat pon 24, 25 ke.. Hanya Tuhan yang menentukan....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sweet_darling
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 23:25


a'kum,
ntah la...no komen!wallahua'lam...


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_darlingProfil   Hantar PM kepada sweet_darling   Pergi ke sweet_darling's Website   Send ICQ Meesage To sweet_darling   Quote dan BalasQuote

blueicecube
WARGA RASMI
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 805
Posting: 15
Dari: neXt-to-You

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 00:33


dulu2, masa sebelum masuk U, rasanya boleh kahwin at 25 years old. sekarang bila dah senior year, dah grad, rasanya 25 tahun tu impossible, kena extend lagi...


Bookmark and Share




  Member Information For blueicecubeProfil   Hantar PM kepada blueicecube   Pergi ke blueicecube's Website   Send AIM Meesage To blueicecube   blueicecube's MSNM Number Is blueicecube   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 03:18


kalau dah sampeii jodoh n kalau dah ade kemampuan..insyaAllah

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 08:29


assalamu`alaikum

pesan akak, kalau dah ada jodoh tu, kahwinlah cepat-cepat.. bukan apa, dah ramai sgt akak tengok yg berubah hati...ada tuh sampai 7 tahun
bercinta, last-last putus juga..

memanglah org kata kita nak mengejar cita-cita & nak berbakti pada ibu bapa. tapi, kalau jodoh dah sampai terima dgn hati terbuka..sebabnya in long term, kalau kita kahwin pun, kita masih boleh berbakti kpd mereka sampai akhir hayat mereka (insya Allah)..sambil kerja tu pun, huluq duit poket, untuk merasa titik peluh kita bekerja..


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

Orange_SkunKy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 145
Posting: 61
Dari: Sunway College Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 01:20


Assallammualaikum....hahahaha...best topic ni...cam saya la kan...malas nak fikir pasal cinta...menyusahkan pun...lagipun tak ada la plak dlm syariat tu bercinta sebelum kahwin...kalau buat dosa...so bercinta biarla lepas kahwin...apa yg saya nak ketengahkan...kat sini...buat usia yg masih muda timba lah ilmu sebanyak yg mungkin...kahwin age 26,27,28...tu kira ok coz sbg pompuan kita kena ada bekalan dan persediaan..sebelum menghadapi perkahwinan...at least dah diri stabil...dah ada kerjaya...so at least in future life...kita tak minta perkara yg buruk berlaku..but Allah akan uji kesabaran dan keimanan hamba-hambanya..so just get prepared.....anyway this is my opinion...

-----------------
Wanita itu Cantik dari Akhlaknya,tertibnya Bukan luaran nya...bukan fizikalnya...Jiwa yang bersih adalah wajahnya yang mulia.


Bookmark and Share




  Member Information For Orange_SkunKyProfil   Hantar PM kepada Orange_SkunKy   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 12:34


emm..pd ana..ok jek..sbb jodoh tu semua dh ditetapkan sejak azali lg...kan..


-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

tokmasoon
WARGA RASMI
Menyertai: 26.04.2005
Ahli No: 5223
Posting: 14
Dari: eastcoast

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 13:53


,

Tokma setuju dgn Mardhiah .... kahwin ni jgn dilambat2kan. Bagi anak2 gadis, kalau sudah dtg jodoh - tak kiralah pilihan sendiri atau ibubapa -janji dah setujulah tu- elok dipercepatkan perkahwinan tu. Sebaik habis graduation pun elok.

Bantu ibubapa dan adik2 tetap boleh dilakukan sesudah kita berkahwin. Budget bulanan harus diatur oleh suami isteri dgn sabar dan hati2 mengikut peratusan keperluan dan kemampuan. Bila pendptan menigkat, peratusan pun bolehlah diupgradekan di tiap2 bahagian - utk keperluan sendiri, ibubapa dan bayaran hutang pelajaran. (Jangan sekali2 tak bayar hutang belajar bila dah ada apa2 kerja sekali pun - INGAT org lain pun nak belajar juga)........

Jgn duk tunggu semua keperluan lain spt bantuan utk keluarga dan bina kerjaya itu menjadi penghalang kpd keperluan diri utk membina keluarga sendiri. Gadis2 muslimah kena ingat umur produktif wanita bermula dr umur 18th lagi.... itu pun sudah dilambatkan utk tujuan menuntut ilmu. Ingatlah kita juga perlu sediakan waktu dan budget utk anak2 kita juga nanti.

Jangan pulak anak2 kita masih lagi kecil sewaktu kita sendiri sudah mencapai tahap umur pencen. Ada diantara kita yg seronok sgt nak 'stay single as long as we can,' sampai umur mencecah 30an baru nak kahwin..... kemudian kita dah umur 40an, anak masih lagi di sekolah rendah..... Janganlah buat mcm tu - kesiankan anak2 yg tgh nak besar tu ibubapanya sudah masuk tua...... Kalau tak terpaksa sbb jodoh mmg lambat w/p tlh berusaha - jgnlah anda semua biarkan hidup anda jd mcm tu.......

Bg kita org Islam ni.... hidup berkeluarga dan membesarkan serta mendidik generasi Islam kita seterusnya adalah agenda kehidupan kita yg dituntut kita melakukannya oleh Allah SWT. Jgnlah kita pentingkan diri sendiri dan cuba menguruskan hidup yg kita anggap seolah2 semata2 kita punya ini; dgn sesuka hati kita; tanpa memikirkan kehendak Allah terhdp diri kita......

Rancanglah kehidupan kita dgn sebaik2nya ..... kan kita semua ini dah berpelajaran tinggi. Tambah pulak, tokma fikirlah; tak berapa cerdiklah kita kalau sengaja nak jd anak dara lama2 (kecuali kalau jodoh betul2 lambatlah ya...); kemudian masa kita dah nak kecut dah baru nak bagi orang(suami) badan kita ...... Kan bagus kalau suami dpt kita 'in our best years' di pertghan 20an tu..... dia akan ada kenangan manis akan diri kita yg 'segar dan muda' tu utk dirinya..... Kita pun bukan macam tu je selalu seumur hidup ini w/p kalau kita akan kekal cantik dan awet muda pun....

Lepas tu, dgn ilmu dan kebijaksanaan yg kita ada tu.... berbincanglah suami isteri atur jadual hidup berumahtangga kita ..... utk belajar lagi ke dan berbagai2 lagi atucara kehidupan kita suami isteri itu TANPA melanggar syariat Allah..... Bolehnya....

Cuma ..... jgnlah sbb kita ni graduate, maka kita pun tak sabar2 nak hidup 'dgn standard graduate' kita tu..... mula2 kahwin lagi dah mula nak ada rumahtangga yg serba lengkap..... pinggan mangkuk pun terus ada brand dan jenama..... dan lain2 lagilah...... Sdgkan, misalnya..... kita masih ada ibubapa dan adik2 yg harus dibantu..... Lainlah kalau memang 'awak' dtg dr keluarga yg memang kaya dan berada..... sampai kata orang setengah2nya tu.... 'nak tidur atas duit siang mlm pun tak apa.'

So..... elok fikirkan baik2.... kalau masa buat ijazah pertama tu rasa mcm tak laratlah nak campur rumahtangga dan pelajaran, maka bila dah graduate tu, tak payahlah tunggu lama2 sangat. Asalakan kahwin..... cara sederhana pun tak apalah..... itulah yg seelok2nya.....

Maassalam dr tokma di hujung desa.......


Bookmark and Share




  Member Information For tokmasoonProfil   Hantar PM kepada tokmasoon   Quote dan BalasQuote

salam_ukhuwah
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2004
Ahli No: 3420
Posting: 11
Dari: rumah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 15:42


erm..

bg saya, umo tak memainkan peranan sgt pun..yg penting diri kita sama ada dah bersedia utk pikul tanggungjwb sbg isteri atau tak...berkongsi segala2nya dgn zauj kita...kepada yg sedang bercinta tu..elok lah cepat2 mendirikan masjid..bg yg masih single plk...pk lah yg terbaik...klu ada yg bertanya tu...istikhoroh...insyaAllah...

wallahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For salam_ukhuwahProfil   Hantar PM kepada salam_ukhuwah   Quote dan BalasQuote

xara_fatima
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-05 10:25


kadang tu..bukannye x nak kawen cepat..tapi bila xde langsung orang bertanya,atau kita bertanya kat orang , tapi xde balasan, lama2 jadi tawar..lebih baik tumpu pada kerja dan famili sendiri...sesambil tu berdo'a juga..


Bookmark and Share




  Member Information For xara_fatimaProfil   Hantar PM kepada xara_fatima   Quote dan BalasQuote

kasturihati
WARGA RASMI
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 3380
Posting: 11
Dari: tanah melayu

Kedah  


posticon Posting pada: 12-05-05 15:46


bila dah sampai jodoh, baik jgn tolak. tapi pastikan diri betul2 bersedia untuk memikul tanggungjawab. banyak persediaan yang perlu difikirkan. antaranya kewangan la,kalau tak stabil lagi kewangan 2, lebih baik stabilkan dahulu. baru boleh merancang untuk masa hadapan.


Bookmark and Share




  Member Information For kasturihatiProfil   Hantar PM kepada kasturihati   Pergi ke kasturihati's Website   Quote dan BalasQuote

shemizz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 5152
Posting: 49

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 09:49


xtaula bila nk kawin..calon xjumpe lg!rasanye bila2 nk kawen pon xpe asalkn dh jumpe yg sesuai


Bookmark and Share




  Member Information For shemizzProfil   Hantar PM kepada shemizz   Quote dan BalasQuote

GhaizahNorazra
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 5328
Posting: 46

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 16:00


Bagi Ghaizah...keja dulu...kumpul duit byk2 bantu keluarga...pastu baru kawen...heheheh...Kawen Insya Allah dlm umo 25-28 ...ok tak? Apapun ajal, maut dan jodoh itu ditangan Tuhan...Hanya Allah swt lenih mengetahui siapa jodoh kita...


Bookmark and Share




  Member Information For GhaizahNorazraProfil   Hantar PM kepada GhaizahNorazra   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-05 13:54


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

berdasarkan sabda Rasulullah:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal
bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tokmasoon
WARGA RASMI
Menyertai: 26.04.2005
Ahli No: 5223
Posting: 14
Dari: eastcoast

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-06-05 11:53



Ini adalah pandangan ikhlas dari tokma dan anak2 dan cucu2 gadis sekelian...... seelok2nya wanita jgnlah lengah2kan perkahwinan mereka jika calon jodoh yg sesuai sudah ada, terutamanya bagi yang sudah pun bekerja.....

Misal kata, tuah jodoh sudah datang sebaik2 habis pengajian diumur 24 th, jgnlah tunggu lagi, kahwin je lah..... banyak baiknya kawin awal ni..... kan masa tu kita tgh cantik, comel lote gitu.... masa tulah kita nak bagi diri kita kpd org yg kita sayang itu.... bakal ayah kpd anak2 kita tu.... ya lah.... bersuami ni bukan nak cari pasangan supaya orang tak kata kita tak laku sahaja..... ianya lebih dari itu.....

Bagi kita orang Islam ni, berkahwin ni bukan utk suka2 je.... maka kita pun buat ikut suka kita.... Kita berkahwin utk menyempurnakan sunnahtuLlah, melahirkan zuriat yg soleh dan solehah spt yg dikehendakki Allah....

Kahwin awal mmg dpt mengelakkan fitnah andaikata kedua2 belah pihak sudah MAMPU.... kalau tak mampu kenalah belajar2 berpuasa dulu sementara mampu..... berdoalah dan bersolat hajatlah selalu mudah2an jodoh dan kemampuan kewangan dimudahkan Allah...

Janganlah muslimah mudah sangat tergoda dgn slogan "nak bina karier dulu" atau "nak tanggung ibubapa?keluarga" beberapa th dulu baru nak kahwin.... Ingat, kalau muslimah bekerjaya, w/p dia berkahwin, pendapatannya adalah milik mutlaknya...... dia ttp boleh mengatur percentage pendapatannya utk keperluan keluarga ibubapanya, keluarganya sendiri dan diri personalnya sendiri...... lakukan dgn berdisiplin dan istiqamah..... kita kan dah cerdik dan dah belajar tinggi2.... takkan tu pun tak boleh buat..... tak payahlah nak korbankan umur muda yg sangat baik utk proses kelahiran anak2 tu dgn meniru perancangan yg dibuat oleh emansipasi wanita non muslim yg tak mempunyai aturan kehidupan yg sesempurna kita yg Islam ni.....

Anak2 muslimah juga harus fikirkan tentang masa depan anak2 yg mengikut perspektus sekarang harus sebaik2nya menamatkan pengajian ijazah pertama di umur kira2 24 th juga...... jadi janganlah sampai awak dah pencen, anak2 kecil masih lagi berderet2 duk kat bangku sekolah rendah atau menengah....... tak sesuailah mcm tu...

Kalau nak beranak sikit sangat pun, tak kan kita yg berpendidikan tinggi dan cerdik pandai ni nak anak2 cuma satu dua orang saja...... jgn tidak sahaja kata orang..... patutnya kita2 ni beranak lah banyak sikit..... sekurang2nya 6 atau 7 orang..... sbb kita kan dah belajar tinggi, tentu kita mampu mengendalikannya ...... ya tak.....? Ha....kalau mcm tu eloklah muslimah2 yg muda2 tu kahwin cepat2 sikit kan.... kita dah sekolah pandai2 tentulah kita yg sepatutnya melahirkan ramai anak2 yg berqualiti utk menghuni bumi kita ini di masa depan...... tidakkah begitu....?

Jangan sampai kita lupa diri....... masa saham tgh tinggi, kita jual mahal2..... atau tunggu lama2...... anggar kata dah dekat 30 dah, dah kira tak berapa bergetah lagi dah....... baru nak kahwin...... tak patut sungguh tokma rasa buat mcm tu dengan sengaja...... LAINLAH...... kalau memang dah berusaha cari jodoh dan memang tak dapat juga..... tu tak apa lah...... memang sedihlah, tapi nak buat mcm mana kan......

Ingatlah....... dengan ilmu yg (dgn izin Allah) kita ada...... jgnlah sampai kita lupa menunaikan t/jwb kita sbg wanita yg dijadikan Allah berfungsi utk meneruskan kesinambungan zuriat yg dikehendakki Allah di mukabumi ini.... kita lupa kerana terpesona dgn keseronokan dunia pekerjaan yg lepas bebas, dan merasakan bahawa dunia rumahtangga adalah satu bebanan yg hendak dijauhi selama yg boleh....... waliauzubillahi min zaalik!........

So, dgn segala kapasiti yg kita ada, marilah kita sama2 bina, tegakkan dan pelihara unit2 keluarga Islam yg berqualiti utk menempuh cabaran zaman dan membendung kemusnahan insan.....

Maassalam dari tokma di ujung desa.......


Bookmark and Share




  Member Information For tokmasoonProfil   Hantar PM kepada tokmasoon   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Ok dak kawin umur 26, 27, 28 tahun? - Minta pandangan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.08383 saat. Lajunya....